CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Bersyukur Jadi Buruan Penerbit Filem Epik

13-8-2022 05:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 1429| Komen: 8|Original author: LilRose

Description: "Semuanya memerlukan kos yang tinggi."
"Semuanya memerlukan kos yang tinggi."


Kredit foto: IG

Syamsul Yusof yang diangkat kredibilitinya dalam dunia pengarahan menerusi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan bersyukur apabila menjadi buruan penerbit filem epik.

Dia bagaimanapun tidak menolak filem berkenaan bakal menelan belanja besar kerana dia mahukan peningkatan kualiti dalam penghasilannya.

“Saya sangat bersyukur. Bukan sahaja daripada kerajaan negeri Terengganu, tetapi ada juga beberapa negeri lain. Semua ini masih dalam perbincangan lagi. Nak kata buat filem, mungkin terlalu awal untuk saya bercakap soal itu.


“Saya ada uar-uarkan perkara ini dalam Instagram saya. Tentang menghasilkan filem epik, pahlawan kita juga ramai. Jadi, saya kena fikirkan mana yang terbaik dan sesuai dengan bajetnya.

“Saya sendiri pun tak mahu buat ala kadar. Selepas ini, kalau nak hasilkan (filem), saya mahu ada peningkatan dari segi kualiti. Gambarnya haruslah mencapai tahap yang diinginkan. Itu semua perlukan kos yang tinggi,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.


Kredit foto: IG

Syamsul juga ada menyebut hasratnya menyambung usaha seniman negara, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin untuk merealisasikan filem berkisar kepahlawanan Datuk Maharajalela berjudul Pasir Salak – King Of The River.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan anak kepada Tan Sri Jins. Bagi saya, kenapa tidak? Niat dia nak menyambung kerja arwah ayahnya dahulu bagi saya murni.

“Saya difahamkan arwah sebelum ini sudah memulakan kajian, skrip asal telah ditulis, barang-barang props juga telah disediakan. Namun, proses itu tergendala kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi. Jadi, tak ada masalah untuk saya meneruskannya.


Kredit foto: IG

“Kalau tanya, untuk mencapai standard kualiti yang diperlukan, kita perlukan budget sekurang-kurangnya RM20 juta.

“Boleh kalau kerajaan nak laburkan RM10 juta, tetapi sayang. Kenapa tidak lebihkan sedikit (peruntukan). Dengan dana yang besar, kita dapat lakukan banyak perkara untuk meningkatkan kualiti,” kongsinya.


Kredit foto: IG

Seandainya terealisasi filem Pasir Salak – King Of The River, anda rasa mampukah ia menandingi rekod Mat Kilau? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-8-2022 05:12 PM
rezeki agitteww...
bukan rezeki si sol tapi rezeki si ira kaza

harap2 filem seterusnya pun menjadi la jangan terganggu fokus tu dek ternampak bayangan kaza tido dekat sebelah malam2.... macam si jeri nampak bayang bandi amuk kat sebelah...
Quote Siri99 18-8-2022 02:11 PM
rezeki ira kazar gittewww
Quote .HannahMontana. 18-8-2022 04:55 PM
xde artis lain ke nak kan si Syam ni ????


rezeki dia mencurah-curah betul
Quote Langit13iru 18-8-2022 10:08 PM
Wah, kalau orang berbakat rezeki tu tak ke mana. Tapi itulah filem Mat Kilau dia yang rasanya iolss tengok di panggung wayang.
Quote Hearty_Winter 19-8-2022 11:11 AM
dah tiba masanya untuk era filem epik Melayu...bagi kesedaran lebih pd anak2 bangsa sekarang.
Quote Redmyvi 19-8-2022 01:43 PM
Kalau tolak tepi kontroversi si SY nie, at least dia nk bawak kelainan la dlm industri kita.. serius aku bosan tgk cite melayu rempit, gangster, polis.. buat la cite lain dri lain sikit.. Cite tamil pun dh byk improve..
Quote Suchi 19-8-2022 02:11 PM
Ermm so pemilihan pelakon nnt ikut kehendak dia laaa kan? Muka2 pelakon gerak khas la nanti huhu.
Btw dia bukanlah pengarah pertama yg penah buat pilem sejarah/patriotik ke apa.
Kalau nak kata ni genre baru kat Malaysia silap laa ye.
Btw Thailand nak kuar pilem baru The Lake pasal Godzilla tak silap so bila malaysia nak try genre nih maybe leh remake Garuda ke apa.
Naga tasik chini ke or misteri ular sawa hitam gergasi berlumut yg duk bertapa dlm hutan tu
Quote pocongkiutss 19-8-2022 02:20 PM
.HannahMontana. replied at 18-8-2022 04:55 PM
xde artis lain ke nak kan si Syam ni ????



Baby Shima boleh??

Baru boleh lawan Ira Kazar gelek

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081284 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top