CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Beberapa Lelaki Serang Pusat Tahfiz, Terjerit-jerit Belasah Pelajar

12-8-2022 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3741| Komen: 28

Description: Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Rakaman berdurasi pendek itu di muat naik oleh pemilik akaun Instagram dikenali act431_775 yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian separuh bogel berteriak memanggil pelajar berkenaan sebelum menampar, menendang dan memukul mereka bersama rakannya.



IG @act431_775

act431_775 berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Video dan entri yang dimuat naik itu menerima banyak tontonan dan pelbagai reaksi serta komen dari warganet terutama artis tanah air.


Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, “Gangster kampung, selamat bermalam dan menjadi lauk pari masak dalam lokap ya sayang".



Tidak ketinggalan di ruang komentar, pelakon Wak Doyok turut mempersoalkan tindakan lelaki itu terhadap pelajar tahfiz yang disifatkan keterlaluan.

Berkongsi pandangan yang sama Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video tersebut.



Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan kejadian dari pihak polis.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 12-8-2022 07:17 PM
Separuh bogel dek? Akak ingatkan ber g string dek.
Quote batmana 12-8-2022 08:32 PM
aku rasa nk tendang si pengupload ni, takde cerita sebenar..
main letak video, buat org tertanya2, dpt byk hits, jana iklan, dapat duit

duit hasil video budak kene tendang

so, mohon cari pengupload ni, tendang ramai2 je dlu
Quote Skuau 12-8-2022 08:39 PM
No komen.....xtau ujung pangkal citer....
Quote Belibis 12-8-2022 08:41 PM
Nak sparing muay thai,bukan dengan budak tahfiz..ko rasa dah macam Buakaw ke?
Quote CiliPadiSedap 12-8-2022 08:41 PM
dia ada sebut hormat orang tua? rasanya ada kes ni.  
Quote syamzana 12-8-2022 09:36 PM
mana videonya?
Quote abadi84 12-8-2022 09:43 PM
CiliPadiSedap: dia ada sebut hormat orang tua ...


Dah tu knp ustaz pun kena pukul sekali
Quote ninja9 12-8-2022 09:44 PM
So dah tahu ker kenapa mengamuk?
Quote matjerk 12-8-2022 10:00 PM
Pengupload asal di fb tanpa ada detail.... cari dot com copy pun tanpa detail....

Meh aku kopipes setakat update yg ada...

Kuala Lipis: Ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam selepas diserang lima lelaki di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, di sini, kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.

Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang yang dibuat oleh seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun yang turut mengalami kecederaan di badan ketika bersama ustaz terbabit.

Menurutnya, punca kejadian akibat tidak puas hati terhadap ustaz berkenaan kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz.

"Bertindak atas laporan polis, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi tadi di kawasan Damak, Jerantut di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dadah dan mereka berdua juga positif methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.

"Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tiga lagi suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 12, 2022 @ 8:16pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/870987/ustaz-pelajar-tahfiz-cedera-diserang-lima-lelaki
Quote matjerk 12-8-2022 10:03 PM
Cuma tertarik dgn komen2 kat atas tu... ada nama sharnazahmad... gangster kampung katanya...

Apa beza dgn dia.... yg penah menjadi gangster twitter satu ketika dulu membuli patah amin.. hahahaha..
Quote bulanbulat 13-8-2022 01:41 AM
Harap kena lanyak sebelum sumbat lokap
Sampah masysrakat
Quote supernaturalee 13-8-2022 06:40 AM
Komen retis2 msia....x nmpk matang langsung
Quote aHoi83 13-8-2022 06:50 AM
Taik dadah sampah masyarakat. Harap mampos overdose jah
Quote ultra78 13-8-2022 07:13 AM
supernaturalee replied at 13-8-2022 06:40 AM
Komen retis2 msia....x nmpk matang langsung

Komen sekadar menumpang view posting orang lain.
Quote Mini.Me 13-8-2022 12:20 PM
Anak kaki ngadu kat pak kata kena buli tapi acah² je kata kawan² nya...pastu hutang duit makan ngan ustaz smpai ratus²
Quote Artemesiaa 13-8-2022 12:25 PM
Bila tak siasat betul2 siapa betul siapa salah tahunya nak membantai orang je macam tu ler hasilnya
Quote renko 13-8-2022 12:30 PM
tengok pun tau taik dadah
Quote shida81 13-8-2022 12:49 PM
Dah agak.. Sbb dadah... Knp x mampus taik dadah nik
Quote ina_na 13-8-2022 01:30 PM
Aku bc kat FB katanya anak dia x dibg makan magie dan air gas.. agak Bodo la kalo bab tu nak mengamuk.dlm Maahad kan makan minum mmg dipantau..x blh mkn sembarangan..tu kalo btl pasal tu...kalo pasal lain x tau la..

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065820 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top