CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Doktor Kata Ako Mustapha Dah Nyawa-Nyawa Ikan

11-8-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8984| Komen: 66

Description: Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat darah kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang, semalam.
Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat darah kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang.

Isterinya, Kartina Shuaib ketika dihubungi berkata, Ako kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Foto: IG

"Alhamdulillah, selepas doktor melakukan pemeriksaan akhir, Ako dibenarkan pulang sekitar jam 7 malam," katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan detik cemas ketika Ako dikejarkan ke HKL pada 4 Ogos lalu, Kartina berkata, keadaan suaminya ketika itu kritikal dan doktor ibaratkan dia seperti 'nyawa-nyawa ikan'.




Kartina bersyukur dapat membawa Ako segera ke hospital ketika itu.

"Selepas melihat keadaannya yang teruk, saya memang bercadang nak bawa dia ke hospital. Tak sangka pula selepas saya beri dia minum air dan sup, tiba-tiba dia muntah dan wajahnya mula senget.

"Saya terus hubungi ambulans dan Ako dibawa ke HKL. Bila sampai sana, Ako dimasukkan ke zon merah. Doktor juga maklumkan mujur saya bertindak cepat kerana ketika itu nyawanya sudah ibarat 'nyawa-nyawa ikan'," katanya.



Menurut Kartina, ketika dibawa ke hospital, doktor masih belum dapat mengesan punca penyakitnya.

Namun, laporan ujian darah mendapati dia mengalami darah kotor atau toksik dalam badan sehingga tahap oksigennya menurun ke 40 peratus serta mengakibatkan gangguan pada saraf dan otot.

"Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bercakap, berjalan dan makan seperti biasa. Doakan semoga Ako diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur," katanya.



Kartina berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada doktor di HKL kerana dapat mengesan penyakit suaminya dengan pantas.

"Selepas diberi rawatan kecemasan, dia sudah boleh buka mata dan bercakap," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-8-2022 05:11 PM
Semoga cepat sembuh... dah berusia dan sakit pun masih tersisa kekacakan beliau...
Kacak je lah, berlakon tetap sama, pelat & monotone... hihihi
Quote lyshafull 11-8-2022 05:14 PM
Terasa tua iols hmm semoga cepat sembuh
Kurus betul dia
Quote one_aiman 11-8-2022 05:17 PM
kellas ig bini nama sama ngan laki
Quote LadyCarefree 11-8-2022 05:25 PM
Xtau saper tp sokorlah dh baik
Quote Diamondmoney 11-8-2022 05:35 PM
Baru 51.  Sejenis tak jaga kesihatan dr muda ke apa. Pengambilan fastfood yg berlebihan pun tak baik
Quote dejure 11-8-2022 06:08 PM
Diamondmoney replied at 11-8-2022 05:35 PM
Baru 51.  Sejenis tak jaga kesihatan dr muda ke apa. Pengambilan fastfood yg berlebihan pun tak baik


Skg yg muda2 pon ramai kena diabetis dik oii..ada remaja lagi dah cucuk insulin tu.
Quote DeLuna85 11-8-2022 06:11 PM
51 dah dia. Lepas ni kena jaga la makan ye
Quote nakkomenjugak 11-8-2022 06:27 PM
Moga cepat sembuh laaa acik ako
jangan makin jauhhhh dari sihat
Quote msdummy.2018 11-8-2022 06:41 PM
dejure replied at 11-8-2022 06:08 PM
Skg yg muda2 pon ramai kena diabetis dik oii..ada remaja lagi dah cucuk insulin tu.

Satu sebab keturunan. Kedua dr kecik mak pak ajar ank makan benda xberkhasiat atau xjaga makan ank
Quote Minami2013 11-8-2022 06:43 PM
Sebab darah kotor... punca diabetes ke kidney problem?

Anak2 kecik2 lagi.
Quote Bihungoreng 11-8-2022 06:55 PM
Teringat dulu2 gosip dia dgn jue aziz.. tapi tak kesampaian.. ensem dia muda2 dulu.. apa dia buat bila xberlakon.. rasa dah lama xtgk lakonan dia kat tv…
Quote kemala.sigh 11-8-2022 07:00 PM
Terkezut baca umo dia dah 51 rupanya anak2 kecik lagi. Sweet pulak baca post dia pasal birthday wish kat wife.Semoga cepat sembuh la ako.
Quote sleepandream 11-8-2022 07:02 PM
tengok gambar mcm dah kurus
Quote MsKathryn 11-8-2022 07:05 PM
Get well soon ..
Quote imanjannah 11-8-2022 07:19 PM
semoga ako cepat sembuh
Quote dudaberhias 11-8-2022 07:26 PM
Semog cepat sembuh... Siapa tahu ada punca darah kotor ni? ako masih ada rupa yach walaupun dah veteran.
Quote shiraloveyou 11-8-2022 07:54 PM
Semoga cepat sembuh ako...hero peberet iols masa sekolah rendah
Quote DragonSari 11-8-2022 08:31 PM
Still hensem. Semoga cpt sembuh ako
Quote af_mania 11-8-2022 08:37 PM
Edited by af_mania at 11-8-2022 08:40 PM

Ako ni masa muda sgt herlok.
Kalau uols ingat 1st movie dia senario movie 1999. Dia jadi penjahat bodyguard kpd syamsul ghau ghau. Masa tu dia kurus & nampak hensem.

Akak suka watak dia dlm filem Buli. Jadi bff boyot. Paling kelakar masa scene kat stadium

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.176235 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top