CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ayie Floor88 Belum Sedia Dedah Muka Anak, Bagi Nama Nayla Amanda

11-8-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1182| Komen: 9

Description: Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang bergelar bapa pada 22 Julai lalu memilih nama Nayla Amanda buat puteri sulungnya dan sedia berkongsi gambar si kecil itu tidak lama lagi.
Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang bergelar bapa pada 22 Julai lalu memilih nama Nayla Amanda buat puteri sulungnya dan sedia berkongsi gambar si kecil itu tidak lama lagi.


Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, ketika ditemui berkata, dia belum lagi berkongsi foto anaknya di media sosial kerana masih terlalu awal dan Nayla pun baru berusia tiga minggu.

Foto: IG

"Usia bayi pun belum sampai sebulan lagi. Insya-Allah, saya akan berkongsi gambarnya pada masa yang sesuai. Tunggulah, dalam sedikit masa lagi. Kehadiran Nayla melengkapkan kebahagiaan saya dan isteri.

"Malah, melihat isteri bertarung nyawa ketika nak melahirkan anak pun, saya berasa sedih dan amat tersentuh hati. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu," katanya kepada Harian Metro.




Ayie ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelima Floor 88 dan pelancaran single baharu, Sahabat dan album digital mereka berjudul Infinity.

Ditanya mengenai rutin hariannya kini, Ayie berkata, menjaga bayi amat mencabar dan Nayla sudah memberi cabaran kepadanya untuk berjaga malam.


"Sekarang saya dah rasa bagaimana menjaga anak yang bangun pada tengah malam dan tak tidur hingga ke pagi. Begitu juga mendengar dia menangis. Ia satu pengalaman baharu yang menyeronokkan dan membahagiakan dalam hidup saya kini.

"Alhamdillah, saya juga sekarang makin selesa menjaga anak bagi membantu isteri yang masih dalam pantang. Selain itu, keluarga saya dan mentua juga banyak membantu kerana kami baharu ada anak sendiri," katanya.



Ayie mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha Awie, 23, pada 21 Oktober tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-8-2022 05:13 PM
hokeyhhhhhh.............
Quote prince_marhaen 11-8-2022 05:13 PM
who are yussss?? exclusive sangat ke kau dik??
Quote azimodin 11-8-2022 06:02 PM
24434 kenapa bini ko asyik nampak tali bra merata tempat
Quote DeLuna85 11-8-2022 06:22 PM
azimodin replied at 11-8-2022 06:02 PM
24434 kenapa bini ko asyik nampak tali bra merata tempat

Hahaah Aduh Terus rasa nak stalk
Quote nakkomenjugak 11-8-2022 06:28 PM
Uhhhh okay?
Quote imransulaiman 11-8-2022 10:38 PM
Tak berperasaan malu ke mereka ni? Keterujaan apa yang mereka harapkan kepada muka anak mereka?
Quote AcikBuncit 12-8-2022 12:29 AM
Lahh.. Xtau plk ada anak dh. Xpela ayie.. Rilex2 je. Xda org yg desak2 nk tgk muka baby pn.
Quote minnie_mouse 12-8-2022 08:41 AM
Kesah plak aku klau hg tkmo tunjuk muka anak..
Quote chempaka_7 12-8-2022 09:56 AM
Kadang-kadang aku annoying tengok muka bini die ni tak tau pasal apa..ayie tu makin kurus semenjak kawin..nampak bini dia besar 3 kali badan ayie ni..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080387 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top