Emma Maembong mengambil pendekatan untuk tidak melatah apabila didakwa mewarnakan rambut anak lelakinya, Shariq Gabriel yang baru berusia dua tahun dengan warna coklat keperangan.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak terkesan dengan komen berkenaan kerana mengetahui kebenaran dan kesahihan di sebalik dakwaan yang dilemparkan. "Saya tidak melatah atau menjawab dakwaan itu, sebaliknya rasa lucu saja. Takkanlah saya hendak mewarnakan rambut anak saya yang masih kecil. "Mungkin ramai tidak tahu, rambut asli saya sebenarnya berwarna sama, cuma apabila sering menukar warna dan sebagainya, tidak dapat dah warna itu.
"Kadang-kadang jika kacukan, mungkin tidak dapat pada kita tetapi turun kepada anak-anak pula. Jadi bagi saya, isu yang timbul ini bukanlah isu besar," katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
27-1-2023 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073351 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.