CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Buang Ego- Jaga Anak Sama-Sama, Berkawan Dengan Kekasih Bekas Isteri

11-8-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5193| Komen: 40

Description: Keith Foo, 39, percaya kunci utama dia dan bekas isteri, Kim Raymond, 37, kekal berkawan baik selepas bercerai adalah kerana masing-masing membuang sifat ego serta dahulukan anak mereka, Skylar, 5.
Keith Foo, 39, percaya kunci utama dia dan bekas isteri, Kim Raymond, 37, kekal berkawan baik selepas bercerai adalah kerana masing-masing membuang sifat ego serta dahulukan anak mereka, Skylar, 5.


Keith tidak menafikan memang terbit rasa risau mengenai hala tuju hubungan mereka selepas berpisah, namun lega kerana tiada langsung isu antara dia dan Kim.

Foto: IG

"Pada awalnya, kami memang tertanya-tanya apa akan jadi dengan kami. Tapi pada pengakhirannya semua terletak pada bagaimana menolak ego. Kalau sudah berusia, ego itu kena buang dan kuburkan. Kalau boleh jadi kawan, kenapa tolak? Ini bukan sebab kebaikan sebagai individu, tapi untuk semua pihak," katanya.


Keith berkata, dia juga sentiasa lapangkan diri untuk membantu bekas isterinya terutama perkara membabitkan anak mereka.



"Kami berkawan baik dan mahu anak kami sentiasa bersama. Apa pun terjadi, selalunya berpisah akan bergaduh, tapi tak semestinya semua kena begitu.

"Apa yang berlaku secara individu, itu persefahaman antara kami. Tapi kami sama-sama mahu yang terbaik untuk anak kami dan tak boleh pentingkan diri sendiri.

"Walaupun dia ada teman lelaki atau hal peribadi lain, saya okey. Kalau dia ada hal dan kebetulan saya tak buat apa-apa, dia suruh saya datang rumah tengokkan anak kami," katanya.



Selain itu, Keith tidak terasa apa-apa jurang besar apabila menyentuh mengenai hak penjagaan Skylar.

"Anak bersilih ganti tinggal dengan saya atau mak dia. Tiada langsung isu mengenai hak penjagaan sebab kami memang nak penuhi apa saja yang anak mahukan.

"Sekarang dia ada teman lelaki pun kawan saya juga. Saya sentiasa tawarkan diri juga kalau ada hal yang boleh saya bantu," katanya.



Ditanya mengenai dirinya pula, Keith berkata, dia tidak mencari cinta buat masa sekarang.

"Saya belum bersedia untuk siapa-siapa," katanya.

Keith ditemui pada pelancaran drama berjudul Demi, baru-baru ini.


Turut membintangi drama itu ialah Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Riz Amin dan ramai lagi.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.


Namun, mereka memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 11-8-2022 04:40 PM
nampak happy family je
Quote mamajawie 11-8-2022 05:07 PM
si ex bini dia ni suka cari jejans x sekufu..even si pakwe terbaru ni pun x brape kaya cam dia tapi tu la harap sampai ke jinjang pelamin la ye..sbab kali ni dia berani plak pilih half malay jadi pakwe jangan ujung2 clash sebab tak nak convert sudehhh..
Quote moonela 11-8-2022 05:09 PM
Comel sangattt Skylar ni...
Quote nakkomenjugak 11-8-2022 06:34 PM
kannnn
mak pak je berpisah
anak takde kaitan dalam hal tu
Quote Bebawang 11-8-2022 06:49 PM
Wife dia ank somebody ke? Tp rasa dulu breast dia x sebesar skrng rasa..aging kot kan
Quote kemala.sigh 11-8-2022 07:04 PM
Bagusla macamni mak pak dah x sehaluan. Divorced tapi anak still no 1 sampai berkawan baik x de masalah berebut ke x puas hati orang sebelah x jaga anak ke. Sama2 usaha jd parents yg tbaik. Anak pun nak membesar happy.
Quote aldilla_zahraa 11-8-2022 08:40 PM
Bebawang: Wife dia ank somebody ke? Tp r ...
dia buat tetek sama tempat dengan Sabrena
Quote aldilla_zahraa 11-8-2022 08:41 PM
mamajawie replied at 11-8-2022 09:07 AM
si ex bini dia ni suka cari jejans x sekufu..even si pakwe terbaru ni pun x brape kaya cam dia tapi  ...

I tak rasa dia akan convert pun. Gitu je la relationship diorang
Quote zuri154 11-8-2022 08:51 PM
Ex-wife makin tua makin nampak muka kari
Quote Suchi 12-8-2022 01:30 AM
Dulu rasanya ex bini tu badan agak skinny skrg udah sexy yaa
Quote she 12-8-2022 02:08 AM
Memang lah kena rendahkan ego
Ex bini pewaris harta old money

Dia ni ada apa aje selain berlakon
Quote rayna_raynes 12-8-2022 03:02 AM
she replied at 12-8-2022 02:08 AM
Memang lah kena rendahkan ego
Ex bini pewaris harta old money

Tp okaylah. Gaya hidup dia pun skrg humble tak berdesigner top to toe mcm dulu. Sesuai background.

Quote DeLuna85 12-8-2022 06:43 AM
Tak Faham la pasangan yg bercerai bermasam muka sesama sendiri. Kesian anak2. Padahal masa nak bikin anak tu dah bogel bersama.
Quote pocongkiutss 12-8-2022 07:43 AM
DeLuna85 replied at 12-8-2022 06:43 AM
Tak Faham la pasangan yg bercerai bermasam muka sesama sendiri. Kesian anak2. Padahal masa nak bikin ...

Kalau bercerai secara baik biasa okei je

Yg tak ok kalau bercerai sebab kantoi skandal, curang, tido ngan org lain n etc..mmg bitter la jadinya
Quote moonela 12-8-2022 09:10 AM
she replied at 12-8-2022 02:08 AM
Memang lah kena rendahkan ego
Ex bini pewaris harta old money

Ya lah acik..
Enggang sama enggang
Manakan boleh terbang seiring dengan si pipit
Reta ex minik tak habis

Saya suka juga tengok rumah Kimchy tu..
Quote she 12-8-2022 09:17 AM
moonela replied at 12-8-2022 09:10 AM
Ya lah acik..
Enggang sama enggang
Manakan boleh terbang seiring dengan si pipit

Wardrobe dia mak aiii gedabak
Quote lasagna 12-8-2022 09:23 AM
Bebawang replied at 11-8-2022 06:49 PM
Wife dia ank somebody ke? Tp rasa dulu breast dia x sebesar skrng rasa..aging kot kan

apaknya dato dri jeffrey raymond, mader dia datin sri joyce raymond. sheol chindian.
Quote moonela 12-8-2022 09:27 AM
lasagna replied at 12-8-2022 09:23 AM
apaknya dato dri jeffrey raymond, mader dia datin sri joyce raymond. sheol chindian.

Keith Foo pun Chindian kan?Ayah dia Chinese, mak dia Indian..

Family dia banyak kahwin campur..
Ada yang kahwin dengan Melayu..
Quote moonela 12-8-2022 09:30 AM
she replied at 12-8-2022 09:17 AM
Wardrobe dia mak aiii gedabak

Rete tak habis acik..
Apa pun boleh buat..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.100061 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top