CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Kalau Upload Gambar Dia, Dia Minta Saya Padam,"- Suami Puteri Aishah Nak Privasi

10-8-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2343| Komen: 8

Description: Puteri Aishah mendedahkan dia dan suami sebolehnya mahu mempersiapkan diri dalam segala aspek terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata pertama.
Puteri Aishah mendedahkan dia dan suami sebolehnya mahu mempersiapkan diri dalam segala aspek terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata pertama.

Menurut Puteri Aishah, dia dan suami tiada membuat sebarang perancangan sebaliknya, mereka percaya dengan aturan Allah SWT.

Foto: IG

“Bercakap soal zuriat, buat masa sekarang, belum lagi. Kami pun tidak merancang. Kalau ada rezeki, kami terima. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, sudah tentu saya dan suami mahu pastikan kami sudah betul betul stabil dalam segala aspek kerana anak ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jadi, kami harus bersedia dari segi kewangan dan lain-lain.


“Sebagai ibu bapa, kami ingin memberikan yang terbaik buat anak kami,” katanya kepada MH.



Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2013/14 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Demi yang berlangsung di ibukota baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa dia jarang berkongsi perihal suaminya di media sosial, Puteri Aishah menjelaskan suaminya itu seorang yang sukakan privasi.



“Dia seorang yang sukakan privacy. kadang-kadang tu, kalau saya muat naik gambar dia, dia minta saya padam. Dia tak suka sangat perkara-perkara macam tu dan bukan aktif sangat pun di media sosial.

“Kalau anda follow dia sekalipun, gambar terakhir yang dia muat naik adalah ketika kami berkahwin. Kalau sebelum itu pula pada 2018. Dia memang tak update pun di platform media sosial.

“Kalau jumpa depan-depan dia seorang yang peramah cuma di media sosial sahaja dia tak aktif,” ulasnya.


Dalam pada itu, Puteri Aishah turut mendedahkan momen lucu apabila suaminya itu dikatakan pernah dimarahi pengguna media sosial hanya kerana tidak membenarkannya untuk mengikuti suaminya itu di akaun Instagram.

“Akaun media sosial dia memang private. Semasa kami bernikah, dia tinggalkan telefon di hotel. Balik je ke bilik, dia tengok telefon dia mati. Dia ingatkan rosak, rupanya notification masuk banyak sangat.



“Bila hidupkan balik telefon, dia terkejut sebab ramai yang request untuk follow. Dia pun jadi pelik.

“Sampai sekarang, kalau dia buka inbox, dia dapat banyak mesej yang paksa dia untuk approve orang yang follow dia di media sosial. Saya cakap kepada dia, itu perkara biasa.

“Dia juga ada dapat dm yang sampai nak marah ‘Boleh approve tak? Susah sangat ke nak approve?’. Saya jadi tergelak tengok reaksi dia,” akhirinya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jelitayu 10-8-2022 05:00 PM
Elok la tak payah share & tayang2. Al-maklum je lah netizen malaysia ni.....dlm 100, 80 hati busuk mulut capui...mcm2 cercaan dan hinaan lah yg mendapat nnt...
Quote akuHavocczz 10-8-2022 05:04 PM
harap harap bukan jaga privacy sebab ada hati lain untuk dijaga. Semoga berbahagia hendaknya. Sebab dua dua herlok!
Quote reporter_kalut 10-8-2022 08:26 PM
Dia takut skendel nampak letew..
Quote alieyrina 10-8-2022 08:43 PM
reporter_kalut replied at 10-8-2022 08:26 PM
Dia takut skendel nampak letew..

Kaannn takut kantoi la tu. Kang ada org bagi gambar baru tau
Quote reporter_kalut 10-8-2022 09:56 PM
alieyrina replied at 10-8-2022 08:43 PM
Kaannn takut kantoi la tu. Kang ada org bagi gambar baru tau

Selagi boleh sorok.. Sorok kan aje.. Kalau dah terkantoi bertambah ler kes tahun ni..
Quote Perawankota 11-8-2022 03:42 AM
Laki dia nmpk mcm lembut.. Nampak mcm jer lah..
Quote seri_mawr 11-8-2022 09:42 AM
dia ni lawa n berlakon pun ok...
aku kadang2 terkonfius muka dia ni dgn reen rahim..
Quote moonela 11-8-2022 09:46 AM
seri_mawr replied at 11-8-2022 09:42 AM
dia ni lawa n berlakon pun ok...
aku kadang2 terkonfius muka dia ni dgn reen rahim..

Lagi sorang Atikah Suhaimi...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.078326 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top