CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Selalu Fikir Kematian, Sampai Takut Naik Pesawat

10-8-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3812| Komen: 75

Description: Nora Danish mendedahkan dia kini mengalami masalah anxiety dan selalu berfikir buruk tentang sesuatu perkara.
Nora Danish mendedahkan dia kini mengalami masalah anxiety dan selalu berfikir buruk tentang sesuatu perkara.

Peningakatan usia antara faktor berlaku perubahan pada diri Nora, 40, dan disebabkan itu dia selalu terfikir tentang kematian sehingga ada ketika perasaan yang datang menyebabkan dia takut menaiki pesawat.



Foto: IG

“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kematian.

“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.


“Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih menghargai orang sekeliling,” katanya kepada mStar.



Bercakap tentang masalah tekanan, kata Nora pencapaian dalam kerjaya juga boleh membuatkan perasaan itu datang secara tiba-tiba.

Bagaimanapun Nora bijak mengatasi tekanan dan dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya melakukan lebih baik di masa akan datang.



“Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan.

"Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi.

“Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” jelasnya.


Sementara itu bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan di Astro First itu, Nora memberitahu dia cukup bersemangat menerima tawaran kerana merasakan mesej yang ingin disampaikan cukup dekat dengan masyakarat ketika ini.



“Apabila terima tawaran ini saya berkobar-kobar untuk terlibat sama kerana masalah yang ingin disampaikan cukup dekat dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Saya ingin sampaikan kepada penonton bahawa masalah kesihatan mental ini perlu diambil berat dan ia boleh bawa maut jika tidak dikawal dari awal,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 10-8-2022 11:32 AM
Eh eh.. ye ke? Kalau betul2 fikir mati... Dia x mcm ni... Hurmm.. semoga dia mendapat hidayah..
Quote tasha 10-8-2022 11:33 AM
Tinggi batang... hidung baru ke?
Quote prettyuglybabe 10-8-2022 11:57 AM
dah semua nak mengaku mental pulak sekarang..
Quote OyaTonggek 10-8-2022 12:02 PM
gambar baju ungu mcm acuan tok bida
Quote Kurex 10-8-2022 12:07 PM
Dah tua pun nak acah comel ke pompuan
Quote babelina 10-8-2022 12:29 PM
penipuan apakah ini.. ko nie nowa.. ye2 jer.. mcm apa ko ckp x sama ngn pbuatan ko..
Quote lolita737 10-8-2022 12:31 PM
ingat takut sebab apa..

tapi takut2 pun know,know je nanti sampai jugak oversea..
Quote mizruncing 10-8-2022 12:36 PM
yelahhhh nextttt. org yg kena anxiety je tau mcm mana rasanyaa
Quote namr 10-8-2022 12:38 PM
Edited by namr at 10-8-2022 12:41 PM

acah la ko phui..
kalo dah takdir ko mati jatuh lubang jamban takdanya ko mati naik kapal terbang tu
Quote MadameOnion 10-8-2022 12:48 PM
yelah..aku percaya je..tapi kan nora..kalau tengah bergelek tiktok pun kalau dah smpai ajal... jalan jugak
Quote Abot 10-8-2022 12:51 PM
Baru2 ni aku Ade terbaca, kite x perlu takutkan kematian..sbb nak tak nak setiap dari kite ttp akan hadapinya..tp kite kene pikir apa amalan yg kita akan bawak bile dah mati kelak ...
Quote bulanbulat 10-8-2022 12:54 PM
tasha: Tinggi batang... hidung baru k ...


Patut nampak pelik
Quote helicornia 10-8-2022 12:55 PM
Sama la.makin tua ni aku rasa hati aku makin kecik.byk benda yg dulu berani skrg jd takut.cth naik kapal terbang.tp aku tkde la nk declare anxiety ke apa.mungkin sbb ada pengalaman tk best naik kapal terbang.dulu suka bawak kete laju skrg ni rasa cuak pulak.takut mati tu mmg selalu rasa tambah2 bila makin ramai rakan sebaya pergi
Quote dudaberhias 10-8-2022 01:04 PM
kalau dah fikir kematian elok la tu...
ke fikir macamtu sebab takut pembunuh ada dekat sebelah je...

tengah hint untuk orang selamatkan ke macam mana..
Quote Redmyvi 10-8-2022 01:06 PM
post gambaq selpiee tetiba caption i miss casper.. tk kaitan lgsung..
Quote stingergrumpy 10-8-2022 01:16 PM
You better don’t be in the plane I’m due to fly on…I will make sure I have you report to the airlines… bad fengshui to have you to be among the rest of the inflight passengers….
Quote September14 10-8-2022 01:23 PM
Xyah la buat muka cacat mcmtu dah mcm level gadis cendol dah
Quote nylliette 10-8-2022 01:27 PM
acik ajet terpaling cute nora ni udoh2 le selpie mcmtu stuck kat mesin masa zaman puteri ke tu. retis bab statement x selari dgn pemakaian berpisah tiada. cenggitu rupa org yg igt mati
Quote black_handbag 10-8-2022 01:33 PM
nampak tua dah dia ni. udah udahlah tu menggedik nak berlawan dgn budak2 muda

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.282849 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top