CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Individu Bawah 22 Tahun Lakukan Seks

10-8-2022 12:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 305| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April dan Mei lalu mendapati semakin ramai golongan belia di negara ini melakukan hu ...
Gambar hiasan


Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April dan Mei lalu mendapati semakin ramai golongan belia di negara ini melakukan hubungan seks secara aktif termasuk individu berusia 22 tahun pada tahun ini berbanding enam tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, kajian membabitkan 1,089 responden berusia 18 hingga 30 tahun, 51 peratus daripada mereka adalah belia Melayu.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Tiffany Tang berkata, hasil kajian mendapati sebanyak 35.4 peratus golongan belia mengakui pernah melakukan hubungan seks iaitu meningkat hampir 20 peratus berbanding hanya 18.8 peratus pada 2016.

Tiffany Tang. SUMBER Harian Metro

"Sebanyak 62 peratus belia pula mengaku pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah berbanding 42 peratus pada 2016.

"Selain itu, hasil kajian juga mengesan salah faham meluas terhadap jangkitan seksual (STI) dan kehamilan apabila 31 peratus responden mengaku tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seksual.

"Kira-kira 31 peratus responden juga masih percaya mitos bahwa wanita tidak boleh hamil ketika haid," katanya.

Gambar hiasan

Katanya lagi, tinjauan itu dijalankan bagi mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai kontraseptif, STI, stigma dan persepsi berkaitan seks.

"Kita mengharapkan lebih banyak perbincangan berkaitan seks dan seksualiti diadakan secara terbuka dalam usaha mewujudkan ruang selamat kepada golongan belia. 

"Ini penting supaya mereka tidak takut berkongsi pengalaman dan sekali gus mendidik diri untuk mencari ilmu mengenai seks.

"Justeru itu, kita melancarkan kempen #come together bagi memberikan nasihat, maklumat bersesuaian dengan usia dan kemahiran diperlukan mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045903 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top