CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Laki Bini Ikat Kaki Tangan Anak Sebab Takut Curi Makan Gula-gula

9-8-2022 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 611| Komen: 2

Description: Sepasang suami isteri bertindak kejam terhadap anak mereka dibawa ke muka pengadilan.
Sepasang suami isteri bertindak kejam terhadap anak mereka dibawa ke muka pengadilan.

Memetik laporan Daily Star, pasangan dari Amerika Syarikat ini dipenjara buat sementara waktu dan bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak berkuasa menemui anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diikat di lantai bilik sebuah hotel. 



Foto: Wood County Corrections

Menurut sumber, Tabetha Sosnowicz, 38, merupakan ibu kandung mangsa manakala Jason Sosnowicz Sr, 42, merupakan bapa tiri mangsa.

Kedua-dua suspek ketika disoal siasat mengaku sudah biasa mengikat mangsa kerana mahu mengelakkan kanak-kanak itu makan gula-gula semasa mereka tidur. 


Menurut sumber, pergelangan tangan mangsa diikat ke belakang pada buku lali dengan menggunakan tali kasut. 

Ketika ditemui, kedua-dua suspek bersama tiga anaknya yang lain termasuk mangsa berada di dalam bilik berkenaan, tetapi dua kanak-kanak lain berusia enam dan 14 tahun tidak diikat. 

Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa berada dalam keadaan begitu dalam tempoh hampir 10 jam.

Susulan daripada itu, kedua-dua suspek ditahan di Penjara Wood County dan bakal dijatuhi hukuman atas kesalahan penderaan kanak-kanak.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 9-8-2022 10:11 PM
sebab gula-gula, ko biar betui nyah
Quote airmineral 10-8-2022 06:09 AM
buang la gula² yg diikat bdk tu kenapa?
ni kalau nak elak tikus masuk umah, dia buang rumah dia agknya , bukannya ditangkap tikus

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064725 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top