CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

“Saya Sudah Bosan Jadi Sultan, Rasanya Biasa Saja.” Raffi Ahmad

9-8-2022 05:16 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1834| Komen: 14

Description: Jika di Indonesia, gelaran "Sultan" mempunyai maksud yang berbeza dan merujuk kepada seniman yang diiktiraf kejayaannya. Salah seorang daripada selebriti terkenal yang diberi gelaran Sultan adalah Raf ...

 



Jika di Indonesia, gelaran "Sultan" mempunyai maksud yang berbeza dan merujuk kepada seniman yang diiktiraf kejayaannya. Salah seorang daripada selebriti terkenal yang diberi gelaran Sultan adalah Raffi Ahmad. 

Namun, Raffi atau nama sebenarnya Raffi Faridz Ahmad, 35,  baru-baru ini berkongsi di media sosial bahawa dia mengaku sudah bosan bergelar "Sultan".

Beliau berkata demikian selepas isterinya, Nagita Slavina memberitahu bahawa dia sudah bosan menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Kenyataan pasangan itu kemudian mencetuskan reaksi netizen.

Menerusi perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dirinya mengerutkan kening di sisi kereta sport merah miliknya, tulis Raffi, “Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja.”




Di ruangan komen, rata-ratanya peminat berhajat bertukar posisi untuk menjadi "Sultan" seperti Raffi namun ada juga yang menasihatkan aktor itu agar berhati-hati ketika berkata-kata kerana kata-kata itu seperti doa. 

Terdahulu, kecoh di media sosial melaporkan Raffi memberikan nafkah sebanyak RM60,000 sebulan kepada isterinya.



Beberapa hari kemudian, Raffi memuat naik foto yang lain dan memberikan penjelasan tentang statusnya yang terdahulu. Ternyata rupa-rupanya apa yang dikatakan olehnya sebelum ini hanyalah gurauan saja dan mengajak peminat untuk sama-sama menjadi "Sultan Shopee" dengan menyertai peraduan.


Aduh, ingatkan betul-betul bosan jadi kaya. Risau juga kalau orang kaya pun rasa bosan hidup mewah sedangkan orang miskin pula kerja berhempas-pulas sebab teringin nak hidup senang dan kaya-raya. - CARI

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 9-8-2022 07:03 PM
gurau kunun. bila ko hidup serba mewah, tetiap mlm tido nyenyak dgn perut kenyang, memang seronok pandang ringan dgn kehidupan org susah sampai boleh jd bahan gurauan.

semoga impian ngko nak hidup miskin jd kenyataan. amin.
Quote Mopiko 9-8-2022 09:04 PM
Dia berlakon cerita apa..nyanyi lagu apa.kenapa tak kenal dia ni..anak siapa
Quote hareeeesah 9-8-2022 09:39 PM
Mopiko: Dia berlakon cerita apa..nyany ...


Dia ni actor la kat indon sana.. byk cerita dia belakon. Lg pun sana kan kalau kaya kaya betul.. miskin miskin sgt
Quote delia3003 9-8-2022 10:10 PM
Macam mana dia boleh kaya raya. Bisnes ke?

Kat sana ada bisnes timbang kilo jugak ke?
Quote Zazama 9-8-2022 11:12 PM
Bisnes apa an raffi nih? Kaya banget!
Quote Tembikaigoreng 10-8-2022 07:24 AM
Aku pun bosan tgk drama curang² kau
Quote Cpkay 10-8-2022 09:39 AM
mmg lahir dari dulang emas kah ?
Quote salimrock 10-8-2022 10:08 AM
Edited by salimrock at 10-8-2022 10:10 AM
dani-rox replied at 9-8-2022 07:03 PM
gurau kunun. bila ko hidup serba mewah, tetiap mlm tido nyenyak dgn perut kenyang, memang seronok pa ...

ramai celebrity holiwood yg jatuh papa kedana, mudah-mudahan tercapai hajat nya nak jd org susah, biar dtg malaysia ikut bot kt dumai, kerja kontrek dan kena pau dgn penguatkuasa tempatan
Quote DianaSaksen 10-8-2022 11:43 AM
delia3003 replied at 9-8-2022 02:10 PM
Macam mana dia boleh kaya raya. Bisnes ke?

Kat sana ada bisnes timbang kilo jugak ke?

Retis indon banyak yg kaya raya
Payment masyuk
Plus jadi duta income beribu
Bini si Raffi ni yg pandai berbisnes kata nya
Quote mizruncing 10-8-2022 12:07 PM
wuu teringin nk ckp mcm ni 1 hari nti
Quote jebatmaspunyer 10-8-2022 12:21 PM
Kaya tu kaya tp rumah penuh dgn org. Pembantu dia ramai betul.
Quote BlackOpium 17-8-2022 10:51 PM
Sekali semua nikmat tu kena tarik, baru ada akal.
Quote pistolairAbah 18-8-2022 03:03 AM
bila dah kaya memang akan makin kaya sebab duit ko boleh labur kat macam2 tempat...saham...trader...aset2
Quote Redmyvi 18-8-2022 07:27 AM
Paling menyampah org buat lawak pasal nie.. they should be thankful..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.221641 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top