CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Sepanjang Karier Saya Tak Pernah Request Nak Dukung Heroin,"-Zul Ariffin

9-8-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2664| Komen: 38

Description: “Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”
“Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”

Demikian kata pelakon terkenal, Zul Ariffin yang mengakui babak yang dilakonkan menerusi mana-mana naskhah tidak lebih sekadar tuntutan kerja.

Foto: IG

Zul, 36, berkata, situasi dikritik atau disalah tafsir segelintir pihak susulan babak tertentu sudah pun dilaluinya sebelum ini.

“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikritik). Kalau Zul saja mesti ‘dukung… dukung’.



“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.

“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.



“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.

“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.



“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.

Hampir 15 tahun dalam industri seni, Zul turut mendedahkan dia kini mahu fokus di layar perak berbanding drama.


“Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.

“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.



“Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon bertahun-tahun.

“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-8-2022 12:24 PM
so yesterday news lah dia ni

next
Quote Kurex 9-8-2022 12:25 PM
Dah tak dambakan kau la zul ripin
Quote bulalof 9-8-2022 12:28 PM
ayat2 defensive yg sgt2...
Quote esbok 9-8-2022 12:36 PM
sapa pandai2 kata ni kan dah kata
Quote makton 9-8-2022 02:06 PM
boring la kau ni. next!
Quote She-Ra 9-8-2022 02:12 PM
nasib baik iols tak jd pelakon, kalau tidakkkk mesti kena dukung jgk ahahhahahaaaaa
eww tak kuasaaa
Quote stingergrumpy 9-8-2022 02:17 PM
Dapnyeeeeeeerrrrrrr
Quote stingergrumpy 9-8-2022 02:18 PM
She-Ra replied at 9-8-2022 02:12 PM
nasib baik iols tak jd pelakon, kalau tidakkkk mesti kena dukung jgk ahahhahahaaaaa
eww tak kuasaaa ...

Bagusler sekurang kurangnyer ko sedar diri ...only a crane can do that on you.....(angkat heavyweight ko)

Koser....

Kahkahkahkahkah
Quote moonela 9-8-2022 02:26 PM
Ingat lagi dulu Izara de fam tu siap request nak berlakon dengan ZA
dapat la dia bergandingan

Tapiiiiii I suka drama bersiri yang dia berlakon dengan Farah Nabilah tu..


Berlakon dengan kak ya dalam Menanti Februari ja ZA tak boleh nak lebih-lebih..
tu pun ada yang aksi dia spontan katanyah untuk menghayati lakonan walau takda dalam skrip
Quote mawardia 9-8-2022 02:28 PM
Makin lama makin besar esbok
Quote moonela 9-8-2022 02:34 PM
She-Ra replied at 9-8-2022 02:12 PM
nasib baik iols tak jd pelakon, kalau tidakkkk mesti kena dukung jgk ahahhahahaaaaa
eww tak kuasaaa ...

ewwwwww perasannyaaaa....hahahaha
entah-entah ZA pun koserrr nak dukung chuolsss

hahahaha
.
.
.
.
sorrryyy...gurau-gurau je
Quote AnnaSendin 9-8-2022 03:23 PM
Abis tu, dengan intan bini popeye ittuew apa? Pengarah dakwa no such scene in that drama? Dan dah heols yang berkali2 dukung heroin, memanglah ummah cop heols as pendukung wanita berjaya.
Quote She-Ra 9-8-2022 03:42 PM
stingergrumpy replied at 9-8-2022 02:18 PM
Bagusler sekurang kurangnyer ko sedar diri ...only a crane can do that on you.....(angkat heavywei ...

helloooooo... berat iiols bawah 45kg tau.. tatau la kot dah capai 45  julripin kan suka dukong org2 yg haluih
tp tetap  la, tak kuaserrrr
Quote She-Ra 9-8-2022 03:43 PM
moonela replied at 9-8-2022 02:34 PM
ewwwwww perasannyaaaa....hahahaha
entah-entah ZA pun koserrr nak dukung chuolsss

selamat kita yuuuuuuuuu
Quote Kancilkering 9-8-2022 03:49 PM
dari norman baik le muka dia lagi…
Quote rezaremy 9-8-2022 03:49 PM
moonela replied at 9-8-2022 02:26 PM
Ingat lagi dulu Izara de fam tu siap request nak berlakon dengan ZA
dapat la dia bergand ...

betulll...citer dgn farah nabilah tu bestt..
Quote rezaremy 9-8-2022 03:50 PM
ZA nie ketegori handsome gak laaa...
Quote ctnorpropa 9-8-2022 04:00 PM
Umur Zul ni baru 36 ea ?
Quote Carcosa 9-8-2022 04:19 PM
Bahahhahahha. Meols tergelak besar baca tajuk thread ni. Kemain statement JulRiporn menganjing retis2 perempuan yg dia dah penah pikul

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.092072 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top