CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Jadi Hero Dalam Drama, Lakonan Lah Ahmad Dipuji

9-8-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2090| Komen: 21

Description: Memiliki suara yang lunak merdu dan sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar nyanyiannya pasti akan terpukau.
Memiliki suara yang lunak merdu dan sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar nyanyiannya pasti akan terpukau. 

Lah Ahmad yang dikenali pada awal pembabitannya dalam industri muzik pernah bersama kumpulan V.E yang sangat popular sekitar awal tahun 2000.

Foto: IG

Selain itu dirinya pernah menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah juga pernah melahirkan beberapa buah album.

Namun percubaannya terjun dalam bidang lakonan juga diterima ramai peminatnya. Nampak tidak kekok dan kaku sebaliknya berjaya membawakan watak diberikan pengarah dengan jayanya.


Foto: via Murai.my

Terbaharu Lah Ahmad muncul sebagai watak utama dalam telemovie kekeluargaan bertajuk “Mahligai Belum Terbakar” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Drama On 2 yang bakal menemui penonton setia saluran TV2 pada 9 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Foto: via Murai.my

Bergandingan dengan pelakon Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain dan Zul Helmi, Lah Ahmad menghidupkan watak pemuda bernama Fahimi yang berdepan konflik dalam hidupnya.


Fahimi diuji dengan pergolakan dalam diri seorang lelaki bila mahligai yang dibina dan diharapkan bahagia hingga ke akhir usia gagal dipertengahan jalan. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 9-8-2022 11:51 AM
Berlakon kdang2 kne sentuh2 dia ok ke
Quote Dee^Kay 9-8-2022 11:57 AM
lakonan Lah Ahmad berganding dengan Azar Azmi dalam Drama Bila Sayitan Berbisik pun OK tak lah nampak kayu.
Quote prince_marhaen 9-8-2022 11:58 AM
omggg... dia ni takde lah handsome standard model ke apa...tapi dia ni ada something macam karisma sweet-sweet, caring, soft spoken tapi tegas gitu... meols fannnnn!!!
Quote Adrif 9-8-2022 12:26 PM
prince_marhaen replied at 9-8-2022 11:58 AM
omggg... dia ni takde lah handsome standard model ke apa...tapi dia ni ada something macam karisma s ...

agreed. nampak biasa je. tapi naturally attracting people.
btw, aku minat vocal dia. power doooo

sedap gila bila menyanyi
Quote prince_marhaen 9-8-2022 12:27 PM
Adrif replied at 9-8-2022 12:26 PM
agreed. nampak biasa je. tapi naturally attracting people.
btw, aku minat vocal dia. power doooo

vocal jangan cakap la..dia punya soothing tu----banjirrrrr kakak tau! hahahahahahahahahaha
Quote nadie90 9-8-2022 12:31 PM
Nampak serius berlakon skg.....awat xnak buat comeback dengan V.E ek?
Quote roti_banjir 9-8-2022 01:01 PM
prince_marhaen replied at 9-8-2022 11:58 AM
omggg... dia ni takde lah handsome standard model ke apa...tapi dia ni ada something macam karisma s ...

dia nih stock calon menantu terpaling lulus klu ikut piawaian mak aku.....

muka sejuk mata memandang...
perangai sopan santun....
tone suara penuh keseksian....
pandangan penuh perhatian....

dia bukan kategori hensem, tapi dia charming dan sweet mata memandang...
Quote nakkomenjugak 9-8-2022 02:25 PM
dalam ve heol paling hensem pada iol
dari zaman sekolah menengah ngetaste heol
Quote reporter_kalut 9-8-2022 05:04 PM
Sekarang ni mmg musim hero2 tua belaka ke mcm mana? Hari tu tok tan.. Lepas tu Sham bisa.. Ni lahh pop yeyeh pulop..
Quote beatgirlX 27-8-2022 10:15 PM
Pada aku dia mcm Beto, Bront..kategori tak Jensen tapi manis, sedap mata memandang
Quote Safirania 28-8-2022 12:11 AM
Suara dia sedap giler
Quote jejaka_hensem 28-8-2022 01:14 AM
Iols je ke yg rasa geli bila dengar dia nyanyi?
Jenis nyanyi suara lembik2 camtu sangat geli ya
Quote September14 28-8-2022 03:15 AM
X minat laki kurus mcm dia ni, faizal husen, zamani wlupun rmai yg suka
Quote LembingDayanti 28-8-2022 03:18 AM
hujung2 hilang serban jubah demi kelangsungan hidup
Quote winky1 28-8-2022 03:49 AM
Dia ni ke yg berlakon elok tapi gigi tu perlu repair sikit. Yg dgn siti nordiana I dah lupa cerita mana...I was so distracted ghimas dgn gigi...sorry lah guys...mcm Henry Golding lah...elok rupa dan berlakon tapi gigi tu slack. ..
Quote bluecrystal 28-8-2022 04:24 AM
kawan aku kata dia iras hang kebun ..cangkul pun cangkullah
Quote anony-mous 28-8-2022 04:33 AM
September14 replied at 28-8-2022 03:15 AM
X minat laki kurus mcm dia ni, faizal husen, zamani wlupun rmai yg suka

Same. Mujur la taste org lain2 ek
Quote che-cikL 28-8-2022 04:56 AM
jejaka_hensem replied at 28-8-2022 01:14 AM
Iols je ke yg rasa geli bila dengar dia nyanyi?
Jenis nyanyi suara lembik2 camtu sangat geli ya ...

Kita geng.
Quote jejaka_hensem 28-8-2022 08:19 AM
che-cikL replied at 28-8-2022 04:56 AM
Kita geng.

Ada geng

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.103100 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top