CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Bekas Suami Dewi Perssik Mengaku ‘Curi’ Bayaran Persembahan Demi Kelangsungan Hidup

9-8-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1116| Komen: 0

Description: Selepas sah bercerai pada 1 Ogos lalu, penyanyi Dewi Perssik mendedahkan bekas suaminya iaitu Angga Wijaya mencuri duit simpanan hasil bayaran persembahan sebelum ini.

Selepas sah bercerai pada 1 Ogos lalu, penyanyi Dewi Perssik mendedahkan bekas suaminya iaitu Angga Wijaya mencuri duit simpanan hasil bayaran persembahan sebelum ini.


Angga memberitahu dia sudah memohon maaf kepada Dewi dan tindakan yang dilakukan sebelum ini adalah kerana masalah komunikasi antara mereka.



Angga mengaku buat silap ketika masih bergelar suami Dewi.


"Saya tidak salahkan dia (Dewi), dia kecewa, marah atau rasa dikhianati. Saya sudah minta maaf kerana tindakan yang diragui itu.


"Saya melakukan semua itu untuk meneruskan hidup di Kota Jakarta kerana ketika itu komunikasi antara kami tidak lagi baik.


"Jika ada tawaran kerja, saya akan naikkan harga dengan klien. Namun setelah semua itu diketahui, saya kembalikan semula wang tersebut.


"Apa yang Dewi dedahkan sebelum ini adalah wang dari klien kepada saya. Saya sudah berikan wang tersebut kepada Dewi," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik.




IG Dewi


Dewi sebelum ini memberitahu wang simpanannya sering diambil oleh Angga tanpa pengetahuannya.


Dia juga membuat pendedahan beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank miliknya dari pihak yang tidak diketahui.


Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat penyanyi lagu Ayo Semangat itu.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069528 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top