CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Suah Bertahun Menunggu, Aishah Siap Sedia Turun Naik 'Court' Tuntut Hadiah Tanah Lot

8-8-2022 04:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4489| Komen: 44|Original author: Tatod

Description: Penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 57, meluahkan rasa hampa dan kecewa kerana sehingga kini masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program ...
Sumber IG


Penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 57, meluahkan rasa hampa dan kecewa kerana sehingga kini masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Aishah yang sudah menunggu lebih lima tahun berkata, isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

"Detik yang penuh bermakna, mimpi jadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat sekejap tetapi malangnya mulai saya terpaksa ke mahkamah untuk tuntutan hadiah tanah GV4.


"Kalau dah berjanji untuk beri hadiah, tunaikanlah saja. Kalau tidak elok, jangan mimpi nak jadi penaja," katanya.


Luahan itu dikongsikan oleh penyanyi berkenaan menerusi IG bersama gambarnya ketika menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

Aishah menjelaskan, dia memilih untuk menyelesaikan isu berkenana di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah yang dijanjikan dan enggan anak seni dipermainkan.

"Beberapa tahun dah tunggu tetapi hingga sampai kena naik mahkamah juga. Doakan yang terbaik.

"Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni," coretnya.


Terdahulu, sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanag yang dimenanginya selaku juara program berkenaan.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 serta trofi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 8-8-2022 04:29 PM
apsal teruk benor yg kemain sponsor tu? lepas sponsor show tu dah xde duit, artis plak jd mangsa. bagus kak ecah, tuntut lah selagi boleh, sbb dah berjanji n dah menang as juara kan? adil laa.
Quote tukul 8-8-2022 04:34 PM
Vida eh yg teruk bebenor nih...
Quote noorhairiahma 8-8-2022 04:35 PM
Janji, pandai. Tunaikan, tak pandai pulak. Ke buat2 buta, buat2 pekak?

Kang mulalah tu kata kak esah tamak nak tuntut hadiah je. Padahal kau yang berjanji bulan bintang bagai, sekali habuk je dapat.


Quote dudaberhias 8-8-2022 04:40 PM
yang tanah lot ni bukan acik vida punya janji manismu... tak silap dari syarikat hartanah... astro pun main bedal je ambik sape nak taja hadiah... patutnya siap2 kan agreement dulu kalau nak ambik sponsor hadiah pun... tak pasal2 kak ecah kena tipu begitu saja...
Quote AnnaSendin 8-8-2022 07:06 PM
Kapitalis bethol syaitanikat ittuew. Ibarat ketuk tin kosong. Bunyi jur ader, barang tade. Saman jurr acik ecah, biar tinggal spenda renoma jur owner tuew.
Quote pichee 8-8-2022 07:49 PM
Tp kn...juara2 gv yg lain kira dh dpt ke hadiah memasing...nmpk kak ecah je yg fight..yg len tu kira redha je ke
Quote hanihan16 8-8-2022 08:06 PM
fight je kak ecah! dah hadiahnya tanah, entah2 itu la yg jadi motivasi sepanjang bertanding. sekali dah menang nan hado pulak. geram eh!

kebetulan petang semalam masa dlm kereta dgr lagu janji manismu, laki i tetiber tanya betul ke aisyah ni kakak nora? ahaha
Quote LadyCarefree 8-8-2022 08:08 PM
lasagna replied at 8-8-2022 03:29 PM
apsal teruk benor yg kemain sponsor tu? lepas sponsor show tu dah xde duit, artis plak jd mangsa. ba ...

Exactly. Sponsor main janji manis je. Probably ingat alaaaa melayu xkoser nk masuk court. Reda je xdapat. Dapat sikit2 jadilah.
Quote mojarean_X 8-8-2022 08:11 PM
pichee replied at 8-8-2022 07:49 PM
Tp kn...juara2 gv yg lain kira dh dpt ke hadiah memasing...nmpk kak ecah je yg fight..yg len tu kira ...

Yg lain2 tu malas nk bising jd semua redha je. Ntah2 kalo kak ecah menang, dorang pun dpt habuan sama
Quote mojarean_X 8-8-2022 08:12 PM
Iols meremang bulu roma masa kak ecah nyanyi All by Myself masa final GV itu ari. Mmg nmpk kak ecah nk menang
Quote dino 8-8-2022 08:17 PM
lasagna replied at 8-8-2022 04:29 PM
apsal teruk benor yg kemain sponsor tu? lepas sponsor show tu dah xde duit, artis plak jd mangsa. ba ...

nama pun founder hauk cam org gile
yg heran org dok layan produk sampah die

bida tu berduit bkn sbb produk dah.. investment lain.. haha
Quote dino 8-8-2022 08:18 PM
dudaberhias replied at 8-8-2022 04:40 PM
yang tanah lot ni bukan acik vida punya janji manismu... tak silap dari syarikat hartanah... astro p ...

oh bkn eh.. tp nak kutuj huda jugak haha
Quote scrocth 8-8-2022 08:24 PM
dudaberhias replied at 8-8-2022 04:40 PM
yang tanah lot ni bukan acik vida punya janji manismu... tak silap dari syarikat hartanah... astro p ...

Xsilap boss sponsor tanah ni vokalis kumpulan pearl. Pnh hit dgn lagu aku tak bersalah. Saman jer yg ni sbb mmg terang benderang promote hadiah tanah lot dr mgu pertama lg
Quote scrocth 8-8-2022 08:26 PM
Edited by scrocth at 8-8-2022 08:28 PM

https://www.mstar.com.my/spotlig ... 8/penaja-tanah-amir
Quote ReginaGeorge 8-8-2022 08:29 PM
Screenshot_20220808_202930.jpg
Quote ReginaGeorge 8-8-2022 08:33 PM
Sakit hati, malang nasib esah. Dahlah ketulenan emas diragui, tanah lot pulak sampai bertahun takda cerita. GV jgnrpas tangan. Bantu la esah utk dapatkan hak dia. GV pun dah untung byk. Klu artis boikot, hilang punca pendapatan.
Quote intan244 8-8-2022 09:21 PM
low class sgt pertandingan x bagi hadiah. astro yg patut bertanggungjawab.
Quote reporter_kalut 8-8-2022 09:39 PM
Tuntut mokcik tuntut.. Hak kamu tu mokcik..
Quote naina 8-8-2022 10:33 PM
Hadiah2 tu semua dia dua dapat ke selain tanah yg tak nampak bayang dan emas fake tu? 100k tu dapat tak? Tanah lot banglo area mana. Bagi jelah bukan mahal pun kalau area hulu.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.100492 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top