CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

SAC Shaharon Anuar Bersara Sebagai Pegawai Polis, Impi Buka Syarikat Produksi

7-8-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2550| Komen: 20

Description: Peminat drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.
Peminat drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.

Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.

Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang.


Foto: mStar

"Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.


"Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992," jelasnya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.

Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja.

"Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

"Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

"Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi," ujarnya.


Foto: mStar

Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya.

"Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat," katanya.

Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001.

"Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka.

"Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan," terangnya.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditolak.

Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik.

"Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya buruh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak.

"Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya.

"Pada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan," terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan.

Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu.

Antara filem lakonan beliau Gerak Khas The Movie 1 dan Maria Mariana 2. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 7-8-2022 01:38 PM
Fuh hebat lakonan Tuan.

Anak2 pun ramai. Memang hebat Tuan. Tibe.. aku jadi skema.
Quote reporter_kalut 7-8-2022 03:56 PM
Good luck le..  
Quote Mulotkoyak 7-8-2022 04:12 PM
Best gak dia ni. Pandai bagi mase kerjaya.
Quote Nenasketum 7-8-2022 04:14 PM
Dah kemaruk glamer & dirty life of retis. Kawan lama asben den
Quote cheezel 7-8-2022 04:14 PM
Polis betul rupanya
Quote Nenasketum 7-8-2022 04:15 PM
Takde orang nak bukak news TS Hamid Bador kawen lagi ke? Tetiba sun laporkan dia sebagai balu padahal hidup jer bini no 2 dia walau bini no 1 dah cerai. Spin abis citer
Quote Goodluckdontcry 7-8-2022 04:42 PM
Mmg die berkaliber bila berlakon JD polis..Dan yg den tgk pun, mmg ITU jelah Kan wataknya .klu Ada watak selain polis..maafkan..den xtau ..slmt bersara lah pakcik..salutee (BG tabikla)
Quote tahanie 7-8-2022 04:52 PM
Ada masa dia berlakon?
Quote sukacactus 7-8-2022 06:58 PM
Nenasketum replied at 7-8-2022 04:15 PM
Takde orang nak bukak news TS Hamid Bador kawen lagi ke? Tetiba sun laporkan dia sebagai balu padaha ...

Ooo bkn duda la ye, cuma buka caw baru
Quote makita 7-8-2022 07:07 PM
sukacactus replied at 7-8-2022 06:58 PM
Ooo bkn duda la ye, cuma buka caw baru

Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada fb. So meols nak tgok la kak long aka wife dia..sekali eh wife dia org lain. Meols bgtaw mak meols bila masa lak wife da bertukar. Mak meols kata ada la 5..6 tahun kot dah divos.
Alaaa sedih pulak sbb kat atas tu dia sendiri citer terpaksa korbankan hujung mgu masa dgn keluarga. Last jumpa masa anak uncle ni kwen msa 2012.
Meols pangkat anak2 so x sempat la nak kaji masa dulu2 uncle ni depan2 ensem ke tak .
Quote Suchi 7-8-2022 07:28 PM
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...

Haah iols pun ada baca post dia kat group tu, sbb tu rasa dejavu je nih mmg dia ada sebut akan bersara tak lama lg.

Ermm tukae bini la plak ye huntunglaa binik baru boleh luang masa byk2 ngn laki dah pencen.
Masa zaman bini lama kurang masa laki sibuk keroje dan berlakon bila hari cuti.
Quote kuchenta_81 7-8-2022 07:53 PM
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...

Ni refer tu Shaharon ke atau ex KPN tu? Confuse akak
Quote makita 7-8-2022 08:05 PM
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 07:53 PM
Ni refer tu Shaharon ke atau ex KPN tu? Confuse akak

Alamak, meols pon tiba2 confused. Meols refer pd shaharon ni
Quote makita 7-8-2022 08:09 PM
Suchi replied at 7-8-2022 07:28 PM
Haah iols pun ada baca post dia kat group tu, sbb tu rasa dejavu je nih mmg dia ada sebut akan ber ...

Ha la untung la bini lama dpt laki yg dah nak pencen. Dgn bini lama ada la dlm 30 tahun gak.
Quote sukacactus 7-8-2022 08:21 PM
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...

Eh yg kata ada caw baru tu yg ex KPN
Kat CI ada thread dia kawin baru
Quote kuchenta_81 7-8-2022 08:34 PM
makita replied at 7-8-2022 08:05 PM
Alamak, meols pon tiba2 confused. Meols refer pd shaharon ni

Haha sebab ex KPN katanya kawen baru. So yg Shaharom ni pun kawen kali kedua la jugak eh
Quote makita 8-8-2022 09:22 AM
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 08:34 PM
Haha sebab ex KPN katanya kawen baru. So yg Shaharom ni pun kawen kali kedua la jugak eh

Ha betul. Berlapis2 gosip nya
Quote lifeline 8-8-2022 09:48 AM
dah 30an aku bru tau ye dia ni sebenarnya polis hahaha
tau baru2 ni la time dia pencen
aku igtkan dia mmg betul pelakonn je bukan polis

hahahhaha menjadi lakonan dia
Quote mizruncing 8-8-2022 09:54 AM
dulu masa mula2 tau pn trkejut dia sbnrnyaa polis btol

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.473070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top