CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Victoria Beckham Cemburu, Rasa Terancam Dengan Menantu Sendiri

7-8-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2044| Komen: 13

Description: Hubungan selebriti Victoria Beckham dengan menantunya, Nicola Peltz dikhabarkan tidak berjalan dengan lancar.
Hubungan selebriti Victoria Beckham dengan menantunya, Nicola Peltz dikhabarkan tidak berjalan dengan lancar.

Menurut sumber, Beckham masih dalam usaha untuk menerima Peltz, 27, menjadi sebahagian daripada keluarganya selepas berkahwin dengan Brookyn Beckham, 23, pada April lalu.


Dikhabarkan sejak majlis perkahwinan berlangsung, Beckham dan Peltz jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama sebagai ibu mentua dan menantu.



"Mereka berdua kurang bercakap dan komunikasi sangat minimum antara kedua-duanya, Sebelum perkahwinan lagi mereka dilihat kurang senang ketika berada berdekatan," kata sumber.


Tidak hanya itu, terdapat juga pandangan yang mengadakan Beckham berasa 'terancam' selepas Brooklyn memanggil isterinya, Peltz sebagai 'Mrs Beckham Baharu' di muka depan majalah British Tatler.

Rata-rata mengatakan di dalam sebuah keluarga tidak boleh memiliki dua 'ratu' apatah lagi apabila Peltz juga merupakan anak kepada jutawan Amerika Syarikat, Nelson Peltz merangkap Pengerusi Bukan Eksekutif Madison Square Garden.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-8-2022 02:58 PM
Over yach si Posh Spice ni.
Nicola Peltz ni, bkn from family yg calang2 yach. Dia boleh ketis je si Brooklyn tu mcm ketis kutu.
Brooklyn tu bknnye hensem pun
Quote delia3003 7-8-2022 05:29 PM
Carcosa replied at 7-8-2022 02:58 PM
Over yach si Posh Spice ni.
Nicola Peltz ni, bkn from family yg calang2 yach. Dia boleh ketis je si  ...

Bukan dia sorang yg over. Dua2, menantu dan dia. Banyak pulak artikel pasal feud diorang ni. Dua2 tak nak kalah kot.
Quote blakerainer 7-8-2022 09:22 PM
Iolls imejin nic ni spoil brat ala2 regina george tu haha
Quote Lagubestbest 7-8-2022 10:00 PM
Edited by Lagubestbest at 7-8-2022 10:06 PM

err.. bior betul.. stadium madison square garden tu menantu dia punya ke? kira ada apa2 event terus boleh g seat vvip/ pass backstage semua tak kira la wwe ke konsert ke nba ke. hahaha mmg kalah berkilometer la mrs beckham. adoila dok kejar hal mengarut duniawi ni memang tak pernah habes.

Quote margo20 7-8-2022 10:31 PM
Uish igt di alam melayu je ade kes gini
Quote bondeh 7-8-2022 11:57 PM
Memang dah boleh agak dah. Udoh2 ler tuh Victoriyachhhh. Lengan sheolls nampak kertu lembik2 dah huhu
Quote kechikchomel 8-8-2022 08:53 AM
bukan ke dia sendiri yg hadap sangat nak bermenantukan nicola ni?
ke bukan?
Quote mizruncing 8-8-2022 09:58 AM
lahhh baik jd mcm elisya sandha ngan sis tu. untung2 dlm pantang mak mertua masak sedap2
Quote royaldanish 8-8-2022 10:26 AM
dua2 tak nak kalah
Quote AshkieLa 8-8-2022 10:32 AM
gigih posh ni... ko tu bukannya berduit mana dah dgn business pun merudum.
esok2 anak ko yg lembam tu pun kena cerai je...
org dok countdown je ni.
Quote Klassie 8-8-2022 10:35 AM
Apa pekerjaan anak posh n bekham ni? Naseb la ko posh menantu lebih kaya, terpaksa lah brooklyn ikut telunjuk bini dia
Quote kucingitam 8-8-2022 10:37 AM
pi bagi link page krt/iiumc kat posh...boleh la netizen msia bagi pendapat kes menantu-mertua..
Quote Redmyvi 18-8-2022 07:46 AM
Posh lupa kot dia dh kertu.. zaman kegemilangan dia sbgai spice girl & fesyen dh lama berlalu.. tu nasib kawen dgn beckham jaa.. boleh lg kekal relevan.. Biasa nicola tu anak org kaya mesti la ada attitude sikit.. cuba kawen dgn rkyat marhaen boleh la ikut telunjuk mak mertua..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.071535 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top