CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Hilang Sejak Aidilfitri, Ditemui Menyorok Dalam Rumah Kosong Sebab Hamil

6-8-2022 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2269| Komen: 9

Description: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menyorok di sebuah kediaman kosong kerana risau rahsia mengenai kehamilannya terbongkar.
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menyorok di sebuah kediaman kosong kerana risau rahsia mengenai kehamilannya terbongkar.

Pelajar sekolah menengah dari Kabupaten Pati, Jawa Tengah itu dilaporkan hilang sejak awal Mei lalu sebelum ditemui semula oleh keluarganya dalam keadaan daif di sebuah rumah kosong, baru-baru ini.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati AKP Ghala Rimba Doa Sirrang berkata, berdasarkan maklumat keluarga, beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, remaja itu keluar rumah tanpa pengetahuan keluarganya.


Gambar Hiasan

Sebelum ini, dia mengaku pernah berjumpa dengan seorang lelaki dikenali sebagai PH yang juga penduduk Daerah Dukuhseti.


“Setelah berbulan-bulan dicari oleh keluarganya, mangsa ditemui di sebuah rumah kosong pada 31 Julai lalu. Kes ini kemudian dilaporkan ke polis pada 1 Ogos lalu,” kata Ghala.

Ketika ditemui oleh keluarganya, gadis itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak berdaya, malah badannya kurus dan lemah.

Gadis yang direkodkan mengalami trauma teruk itu menerima rawatan di Hospital RAA Soewondo Pati

Polis dan Khidmat Sosial Daerah Pati turut campur tangan memberikan bantuan psikologi dan kesihatan kepada mangsa.

“Hasil ujian, mangsa hamil tiga atau empat bulan,” kata Ghala.

Menurut siasatan polis, dia disyaki menjadi mangsa hamba seks dan didakwa ditawan, diseksa serta dirogol berkali-kali.

"Dakwaan sementara membawa kepada itu. Masih tak banyak maklumat, mangsa masih trauma. Kita sedang mencari suspek pelakunya.

"Identiti pelaku hanya seorang. Apabila kita sudah menahan dan ada juga kenyataan daripada mangsa, barulah diketahui sama ada terdapat pelaku lain atau pun mangsa lain," kata Ghala. -CARI

Sumber:mStar Online/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 6-8-2022 09:37 AM
Berita utk friska..
Quote Solokkk 6-8-2022 10:41 AM
Berita caprut dari ummah caprut.
Quote JunkMail 6-8-2022 10:57 AM
IMG_20220806_065643.jpg
Quote tikusmontok 6-8-2022 11:02 AM
Minami2013 replied at 6-8-2022 09:37 AM
Berita utk friska..

Agak2 @Friska babu masuk tak sini??  Mungkin tidak...dia kan feeling2 golongan have2 sejak berjaya mencaras jusa c minus n menjadi madu majikan sendiri..
Quote bakingsoda 6-8-2022 11:10 AM
mangsa rogol...kenapa nak menyorok dek
Quote Adrif 6-8-2022 04:19 PM
bakingsoda replied at 6-8-2022 11:10 AM
mangsa rogol...kenapa nak menyorok dek

jawapan realistik ibarat telur bistik daripada I ialah,
brainwashed dan stockholm syndrome (feelings of trust or affection felt in many cases of kidnapping or hostage-taking by a victim towards a captor). ini kebiasaannya terjadi kepada mangsa yang diculik untuk beberapa tempoh tertentu. dalam keadaan adrenaline rush, dan over stress, otak dia akan cuba protect mental mangsa daripada terlalu tertekan hingga membahayakan rasionaliti untuk terus hidup. hence, dia akan cling, atau berpaut pada penculik walaupun tak rela. gituu palatao.. jangan dengar cakap aku, baik tanya pakar jenayah.

jawapan kedua Iols, disebabkan lokasi di sebelah sana,
I tak menolak kemungkinan unsur2 mistik telur bistik terlibat, seperti pukau, minyak calit, atau nasi kangkang vibes
sebab kat Malaysia pun ada kes mangsa dipukau/ dicalit minyak pengasih, etc, seterusnya menjadi mangsa. bukan perempuan je ye, lelaki pun ada yang jadi mangsa ni. baik kes hetero, perempuan <-> lelaki, atau homo, lesbian dan gay.

gituuu

atau kalau jawapan sinetron, (slow mo, zoom muka)
"Aku tresno karo kowe."

tangkap cintan habis, hingga lautan api sanggup diredahi, walaupun teh panas pun tak sanggup minum
Quote fortiori13 6-8-2022 06:38 PM
tikusmontok replied at 6-8-2022 03:02 AM
Agak2 @Friska babu masuk tak sini??  Mungkin tidak...dia kan feeling2 golongan have2 sejak berjaya ...

Jantan jusa C mana la agaknya yg nak sangat kawen ngn indon. Banyak lagi kerani, pt yg anak dara lawa2 yg boleh dibuat bini kat Msia ni bebanding Indon. Jantan jusa C desperate pun tak ada yg hingin nak kawen ngn Indon, habis kena bahan 1 opis...

Kalau layan dongeng si jantan bernama Friska ngaku Indon tu, noreen pun boleh terbang..
Quote Supersirap 6-8-2022 06:43 PM
Kenapa nama mesti nak PH? Tiada nama yang elok lagi kah                  
Quote Mini.Me 6-8-2022 08:40 PM
Alaaa kena rogol ke...kesian pulak...baru nak.maki tadi ingat sama² sedap

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.238167 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top