CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Hilang Lepas Perahu Karam

5-8-2022 08:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 358| Komen: 0

Description: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini awal pagi tadi.Anak panah memaparkan ...
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini awal pagi tadi.



Anak panah memaparkan lokasi kejadian perahu dinaiki empat sekeluarga karam di Sungai Rajang, Kuching hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila enjin perahu dinaiki empat sekeluarga itu menghadapi masalah.

“Enjin perahu mengalami masalah dan gagal dihidupkan menyebabkan perahu hanyut lalu melanggar tongkang yang berlabuh mengakibatkan perahu berkenaan karam.



Operasi mencari kanak-kanak hilang dilaksanakan di Sungai Rajang, Kapit hari ini.

“Ayah mangsa, Antas Agang bersama isteri dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, Jenggut Atas, 10, hilang dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama anggota polis. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073933 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top