CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penghantar Makanan Maut Rempuh Lori Kelapa Di Lampu Isyarat

5-8-2022 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 717| Komen: 9

Description: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu ...
Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.


Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 23 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.


Motosikal mangsa yang maut selepas merempuh sebuah lori muatan kelapa di KM44 Jalan Klang - Teluk Intan di Kuala Selangor, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak ke Selayang.


“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri lampu isyarat. 

“Mangsa yang menunggang Yamaha 135 LC dari arah belakang dikatakan merempuh belakang lori tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan cedera parah lalu disahkan meninggal dunia.

Tambah Ramli, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-8-2022 06:59 PM
Yang mogok tu sume tepok tangan..
Quote Skuau 5-8-2022 07:21 PM
td..nengok 1 rider 2x lwn arus...Aku perati jer..dgn
Quote Carcosa 5-8-2022 08:07 PM
Skuau: td..nengok 1 rider 2x lwn arus ...


Samalah! Aku nak belok kiri, dia tercatuk atas motor nak keluar simpang. Lampu merah lagi belah dia.
Tak faham lah diorang ni, kalau aku tak alert tadi.... Nauzubillah Min Zalik!!
Quote MissyMolly 5-8-2022 08:12 PM
Unpredictable ke lori benti ke tgh tgk hp
Quote Thunderclouds 5-8-2022 08:21 PM
Innalillah..salam takziah
Quote vee_zara 6-8-2022 01:31 PM
Hati2 la ye adik2, abg2 kakak2 rider. I sebagai pengorder tegar Food Panda tak marah pun kalau makanan lambat asal bukan lebih sejam. Kdang kita faham kedai yg problem lambat siapkan order..
Quote Perwira2022 6-8-2022 01:33 PM
Eloklah rider jenis macam ni mampos beramai2... Jenis tak sabar & melulu.... Pastu expect pengguna jalan raya lain pulak kena jaga keselamatan mereka.
Quote mojarean_X 6-8-2022 01:35 PM
innalillahiwainnailaihirojiun...mohon berhati2 rider semua. Jgn dikejarkan sgt income RM7-8K spt yg dicanang-canangkan itu ye. Nyawa plg penting
Quote downiey 6-8-2022 01:57 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076614 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top