CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Terpesong Dari Islam, JHEAIK Pantau Kumpulan Hadi Minallah

5-8-2022 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1604| Komen: 17

Description: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi pada Jun lalu.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi pada Jun lalu.


Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud berkata, siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau peranginan tersebut sebagai lokasi perhimpunan.


Tangkap layar video majlis perhimpunan dianjurkan kumpulan didakwa Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu.

“Kumpulan ini berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah termasuk di Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.


“Walau bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, JHEAIK akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti penduduk negeri ini yang terlibat dengan pertubuhan tersebut.

“JHEAIK juga menasihatkan agar orang ramai menjauhi kumpulan itu kerana dikhuatiri terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu majlis konvokesyen di Langkawi viral di media sosial sejak semalam. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 06:28 PM
Hadi Awang tersenyum sinis
Quote Gomea 6-8-2022 03:33 AM
Mane video?
Quote tumpanglalu74 6-8-2022 04:26 PM
IMG-20220806-WA0006.jpg

[youtube]_X-DL1dSPC4[/youtube]
https://youtu.be/_X-DL1dSPC4

Macam ni pon siked punye ramai ke pengikot?
Quote Kak-Rohana 6-8-2022 04:31 PM
Pulak dahhhh… mcm2 kultus sekarang. Fening.. Al Mulk dah hafal ke yg nk berkultus-kultus bagai ni?
Quote hayrin86 6-8-2022 04:41 PM
Taknah berminat dengan ajaran sesat macam ini. Orang bukan Islam atau bukan penganut sebarang agama pun boleh elak join ajaran macam ini juga..
Quote kepompong 6-8-2022 04:45 PM
serius tak faham org yg terikut kultus ni. Basic islam yg senang2 pun i mim alif lam sin nak buat bebetul, kultus ni biasa kena ada effort bagai haihh laaa
Quote Nenasketum 6-8-2022 05:04 PM
Campak la balik indon sesat ni balik ke lubuk asal, kendian cop pasport dia persona non grata.
Quote tikusmontok 6-8-2022 05:06 PM
@Friska babu ndon tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 6-8-2022 06:27 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote Supersirap 6-8-2022 06:53 PM
Semoga kita dilindungi daripada apa-apa bentuk kesesatan
Quote mrsbale 6-8-2022 08:29 PM
Tgk muka pun xlalu tambah lg nak pcaya.
Ada jugak eh gamak nk mengikut
Quote tumpanglalu74 6-8-2022 11:46 PM
Kak-Rohana replied at 6-8-2022 04:31 PM
Pulak dahhhh… mcm2 kultus sekarang. Fening.. Al Mulk dah hafal ke yg nk berkultus-kultus bagai ni?  ...

IMG_20220806_162239.jpg
IMG_20220806_162254.jpg
Quote Tembikaigoreng 7-8-2022 10:35 PM
Dibelai² is3 org yee LOL
Quote selipar_hijau 7-8-2022 11:00 PM
Ilmu apa dia pkai sampai ramai yg mengikut. Ceramah2 agama tak ketahuan di med soc bagai cendawan tumbuh ni jab agama memang tak pantau jugak ke? Tanya je
Quote airfilterkotor 7-8-2022 11:02 PM
Ayah Pin kerajaan langit time nak beli kretek jer dia turun ke bumi tu pun ramai jer yg mengikut. Level propesyenel pun ada.

Maka, tidaklah menghairankan.
Quote liyamariska 7-8-2022 11:04 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote ultra78 8-8-2022 12:34 AM
tumpanglalu74 replied at 6-8-2022 04:26 PM
https://youtu.be/_X-DL1dSPC4

Macam ni pon siked punye ramai ke pengikot?

Annoying betul youtuber baru naik ni upload video tapi letak muzik background. Noob sangat.

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.092543 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top