CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Tak Perlu Panggil Saya Hajah, Segan Pula Rasanya" Nelydia Senrose

5-8-2022 05:58 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1446| Komen: 12

Description: Pelakon jelita Nelydia Senrose kini memegang gelaran hajah di usia 28 tahun selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.



Pelakon Nelydia Senrose kini memegang gelaran hajah di usia 28 tahun selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.

Walau bagaimanapun, Nelydia berkata dia mengakui segan apabila dipanggil gelaran Hajah dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sahaja.

“Tak perlu panggil saya hajah, segan pula rasanya. Cukup dengan Nelydia saja,” katanya, dipetik dari Harian Metro.

Melalui perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, Nelydia turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas usaha suaminya untuk menjadikan mereka tetamu Allah dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu.


"Syurgaku.. terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu untuk kejalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. "

"Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya." tulisnya.



Ditanya mengenai apa yang dipohon ketika berada di Tanah Suci, Nelydia mengakui dia tidak boleh menipu diri memohon untuk memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik serta terus istiqamah.

“Tipu kalau saya katakan kehadiran saya di sana bukan untuk mencari keredaan Ilahi. Di usia saya sekarang dan sudah melalui macam-macam fasa dalam kehidupan. Saya tidak boleh menipu diri.

“Allah itu Maha Mengetahui apa yang kosong dalam isi hati saya selepas melalui zaman remaja dan kini memasuki alam dewasa. Saya selalu berdoa supaya Tuhan tingkatkan keimanan dan beri saya kekuatan untuk terus istiqamah.

“Di bumi Allah memang kita boleh buat, tapi bila sampai sini lain pula ujian yang perlu dilalui. Jadi, saya selalu berdoa supaya Allah jauhkan saya daripada perkara yang boleh menghalang saya untuk melakukan sesuatu yang terbaik,” katanya.



Nelydia Senrose bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada April 2019 iaitu dua tahun selepas pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 5-8-2022 06:05 PM
kalau pergi haji sendiri berapa eh?
Quote reporter_kalut 5-8-2022 06:26 PM
Jgn ada plot twist bukak tudung pulak lepas ni jahneklida
Quote princessmiang 5-8-2022 06:42 PM
Semoga hajah nely Dan Haji freezer tak jadi seperti hajah bungkos Dan ostad palsu
Quote Mopiko 6-8-2022 12:16 AM
Bila panggil hajah atau haji rasa macam berusia pulak..
Quote ibugarang 6-8-2022 01:28 AM
Sheols ni cantik betoi tak kisah la org cakap buat ke ape, tapi cantik la.
Quote prizadane 6-8-2022 06:47 AM
Bagus, she sedar diri n rasa segan nak guna gelaran hajah tu. Bukan macam pak usetard wannabe tu. Ke hulu ke hilir usetard sedangkan takde kelayakan pun. Fefeeling entitled sangat
Quote CikYaYaYa 6-8-2022 04:05 PM
Makin cantek pulak tengok sheols niee.
Quote makadek 6-8-2022 04:37 PM
Zmn now ko gi haji ke masuk uni ke org dh tak heran dekkkkkk palaukan je
Quote jajahoney 8-8-2022 12:12 PM
orang2 kaya lain tak kan tak pernah pergi haji...pun tak ada panggil hajjah pun
Quote ainonymous 8-8-2022 12:35 PM
cantiknya sheolssssss, ayu je raut muka tu.
Quote anggeriklatifah 8-8-2022 12:39 PM
Dia memg cantik . Tfgok gambar dia masa kecik memg cantik dia ni..natural cantik gitu..bertuahnya
Quote siasia 8-8-2022 01:38 PM
Nik Zaris Nelydia
Sedap nama dia

Lihat semua komen(12)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.177054 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top