CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Selalu Dikecam Kerana Seksi- Nora Danish Malas Cari Fasal Dengan Netizen, Anggap Semua Berhak Bersuara

30-6-2022 11:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1585| Komen: 19|Original author: Tatod

Description: Aktres, Nora Danish, 40, adalah salah seorang selebriti yang selalu mendapat perhatian dek kecomelannya serta tampak muda berbanding usia sebenar. Pun begitu, dia juga tidak terlepas daripada ...
Sumber IG


Aktres, Nora Danish, 40, adalah salah seorang selebriti yang selalu mendapat perhatian dek kecomelannya serta tampak muda berbanding usia sebenar. Pun begitu, dia juga tidak terlepas daripada kritikan netizen kerana penampilannya yang seksi.

Memetik laporan mStar, pelakon itu bagaimanapun tidak melatah dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya kerana percaya sesiapa sahaja mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai dirinya.


"Sebenarnya, saya tak suka berlawan-lawan atau mencari fasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

"Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat. Aoa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa," katanya kepada mStar.

Nora yang ditemui ketika majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin turut menyedari dia sebagai selebriti menjadi perhatian ramai. Namun, dia tidak pernah merasakan pakaian yang digayakan keterlaluan ataupun seksi seperti yang dikatakan oleh netizen.


Nora bersyukur kerana suaminya, Nedim Nazri Aziz sentiasa tenang setiap kali pelakon wanita itu berdepan dengan kecaman netizen.

"Saya pun kalau boleh tak nak la seksi sangat. Tapi, kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi tapi orang kata seksi.

"Nasib baik saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam 'whatever la' dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.


"Jadi, dia kena faham la selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah besar untuk difikirkan.

"Saya pun kata, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama support. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif. Bila pandang positif, semuanya akan jadi positif," katanya. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-6-2022 12:53 PM
Tak tanye pun
Quote Myhappyending 30-6-2022 12:57 PM
Awk mmg perasan comel kan
Quote ina_na 30-6-2022 01:05 PM
Dia ni anak laki semua kan..anak gan Jejai lelaki,anak tiri pun lelaki,anak gan ned pun lelaki..jd leh la dia meneruskan perasan comel..sbb anak lelaki kan sll puji2 mama dia org comel..bab seksi tu biar la laki dia tanggung..kang kita bgtau pun dia bukan ambik kisah pun.. retis kan..x blh ditegur
Quote SherryZass 30-6-2022 01:13 PM
Sudah lakinya pun rela & suka tengok dia menyeksi, biorlah mereka.
Quote immaryjane 30-6-2022 01:14 PM
Berlakon dh berbelas tahun, back to back keluar tv tapi yg selalu jadi highlights pasal sexy, sexy dn sexy. Bersara je lah sis, umur dh dkt 40 tp terkinja2 mcm bbnu. Try hard sgt nk smpan laki tu supaya perhatian tk beralih ke lain
Quote ezacbee 30-6-2022 01:59 PM
Off comment, senangkan acik nora.
Quote Miawlover 30-6-2022 02:22 PM
Tgk poster cerita baru dia kat fb astro gempak nmpk sgt dh tua tp try jd muda. Hero plk muda. Mmg kena kecam dgn acik2 fb la .
Quote she 30-6-2022 02:25 PM
Macik teda masalah dia seksi
Yang jadi masalah tu sebab dia gempal
So bile seksi tu macam tak kena gaya
Nak acah remaja pun tak sesuai

Kalau kecik molek macam Amy Mastura tu
Kiut lah juga menyeksi

Jenis badan bagak macam AMH Janna Nabila ni entah lahhh
Quote amyza82 30-6-2022 02:34 PM
Miawlover replied at 30-6-2022 02:22 PM
Tgk poster cerita baru dia kat fb astro gempak nmpk sgt dh tua tp try jd muda. Hero plk muda. Mmg ke ...

Bukan poster je, trailer pn mmg aging tapi rasa citer tu psl pompuan tua n laki muda, ok la kut
Tapi ade ke org nk tgk muvie sweet2 tapi heroin tua
Quote miss_perfect 30-6-2022 02:39 PM
Kenapa rupa dia macam berubah2? Teknik mekap?
Quote Miawlover 30-6-2022 02:50 PM
amyza82 replied at 30-6-2022 02:34 PM
Bukan poster je, trailer pn mmg aging tapi rasa citer tu psl pompuan tua n laki muda, ok la kut  ...

Tak tgk trailer dia lg. Tajuk movie pun mcm boring je.
Quote orkidorkido 30-6-2022 02:58 PM
She feels cute, apa boleh buat.
Tapi orang kata, kalau dah cukup perhatian kat rumah, dia takkan mencari perhatian dari luar. kes dia ni, husband dah sayang habis, ikut kerenah dia. Still lagi nak perhatian .. hmm nasib badan
Quote Mary_jane 30-6-2022 03:46 PM
Ada lah tu nak tarik perhatian sesapa.
Quote mizruncing 30-6-2022 04:10 PM
dia ni buat ape je skrg selain tiktok? elok laa laki bini sama je lapar perhatian
Quote nakkomenjugak 30-6-2022 07:11 PM
acik myanmar
ko dah tak semuda zaman2 iklan Hotlink pakai maskot dulu
slow down
Quote msdummy.2018 30-6-2022 11:47 PM
Sejak dia kawin br ni, rasa suka i tuh hilang....tp 1 thing i respect dia..sntiasa postive thinking..xpernh plak aku nmpk post yang negative2 walau kena kecam...part tuh boleh pujilah..part tuh ajerrrrr
Quote LoveSungmin 1-7-2022 12:21 AM
nora ni okay je.. bukan jenis yang suka cari pasal dengan orang.. takda nak bertekak dengan netz kat socmed.. life dia pun dengan family, kerja.. sanggup lagi i tengok dia bertiktok daripada retis bernombor tu
Quote mawarika 1-7-2022 01:45 AM
Kena kecam dgn warga fb kan psl jd heroine tua. Nangis tak tu kt bucu katil? Fbians pun kuang asam jgak main lepas je. Hahaha!!
Nd ni bagus gak tak kuat merempan. Kecuali masa zaman laki kena rampas.
Quote crazypink 1-7-2022 09:43 AM
cute & comel bagus ND sentiasa positif

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072742 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top