CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Masih Sayang Ashira - Bad Indigo Umum Bercerai Bukan Sebab Orang Ketiga

23-6-2022 05:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13906| Komen: 131|Original author: Tatod

Description: Pasangan penyanyi, Bad Indigo dan Ashira mengumumkan mereka sah bercerai pada petang tadi (23 Jun) selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu enggan mendedahk ...

Pasangan penyanyi, Bad Indigo dan Ashira mengumumkan mereka sah bercerai pada petang tadi (23 Jun) selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga. 

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

Menerusi Instagram Bad, 47, keputusan untuk berpisah itu adalah atas perbincangan dan kata sepakat mereka, namun enggan memperincikan lebih lanjut punca perceraian itu bagi menjaga aib kedua-dua belah pihak.



"Kami tetap akan berkawan sampai bila-bila dan tiada masalah antara kami. Tiada orang ketiga atau keempat atau kelima atau keenam.

"Sebenarnya, apa sebab tak boleh nak cerita pasal apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ini adalah satu aib. Mendedahkan aib walaupun sendiri dedahkan adalah dosa.

"Jadi, hanya Allah yang tahu. Itu yang penting," katanya.


Sementara itu, Ashira menjelaskan, video yang dimuat naik menerusi media sosial itu adalah sebagai makluman kepada umum mengenai status perkahwinan mereka bagi mengelakkan timbulnya cerita yang kurang enak dari pihak lain.

"Nak beritahu dulu sebelum keluar dari mulut orang lain sebab banyak sangat cerita kat luar tak betul. Harap video ini jelas untuk semua orang. 

"Saya juga minta maaf kalau ada rakan wartawan yang nak call untuk tanya, kenapa, apa punca, bila... tak perlu kot. 

"Yang itu biarlah saya, dia, keluarga dan yang kat atas sahaja yang tahu," katanya.


Terdahulu, pemilik nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah dan Ashira mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Bad mengakui jatuh cinta pandang pertama ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 23-6-2022 05:49 PM
Udah cerai ye
Quote Lailerthee 23-6-2022 05:49 PM
Lain macam cara announce cerai depa dua orang ni
Quote Kancilkering 23-6-2022 05:51 PM
Edited by Kancilkering at 23-6-2022 05:55 PM

end up jaga lah dri sendirik…takziah moga dipermudahkan urusan…
Quote Piramida 23-6-2022 05:51 PM
Oooo alah.
Moga yg baik2.
Quote missHaidiD 23-6-2022 05:51 PM
Cerai sudah

Yela berapa lama ashira bole tahan. Lain la kalau da kawen lama bahagia pas 30thn sakit kan.
Quote makita 23-6-2022 05:53 PM
Boleh lah Ashira kembangkan bakay nyanyian ke Holiwud lepas ni. Byk offer kam dari sana
Quote makadek 23-6-2022 05:54 PM
Hagak dah elok la bercerai ...sian bini tersiksa batin
Quote prizadane 23-6-2022 05:54 PM
Nampak Bad sayang Ashira lagi, tapi dia kena fikir Ashira gak. Ashira maybe dah tak larat dah..
Quote shernazz 23-6-2022 06:07 PM
Walaupung kita tgk.banyak je sebab2nya kan..
Iols doakan moga masing2 bahagia dgn hidup masing2...
Quote aidil8687 23-6-2022 06:19 PM
Semoga yang baik2 shj buat Ashira & Bad.
Quote red_velvet 23-6-2022 06:20 PM
Agak dah.. sebab time Raya aritu ashira ngan anak dia n family dia je.. bad takde
Quote surih07 23-6-2022 06:22 PM
Sempoi bad.
Comey pule ashira dalam tu.
Moga yang baik2 jelah untuk uolss bedua.
Quote kaoru44 23-6-2022 06:25 PM
Yeke..kesian jgk dkt ashira..smoga dipermudahkn urusan bad n ashira..
Quote Jentayupink 23-6-2022 06:28 PM
Dah agak dah..sepakat buat video umum cerai ye...okla msh baik2 saja xperlu gaduh2..bkn mudah nak jaga org sakit ni
Quote auntyonion 23-6-2022 06:30 PM
Jahat x kalau kata dah agak
Quote mojarean_X 23-6-2022 06:40 PM
Semoga dipermudahkan utk kedua2nya
Quote newyork 23-6-2022 06:43 PM
Mmg forumer pun kesian kat syira ni.. bleh agak dah la
Quote cicicumel 23-6-2022 06:46 PM
Akhirnya makbul doa2 forummer Cari
Quote miracle_forever 23-6-2022 06:47 PM
ok la.. dua2 boleh move on. buat apa stay kalau makan hati

Lihat semua komen(131)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.400361 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top