CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Ingat Comel?" Budak Kecil Tunjuk Jari Tengah Pada Peniaga Pasar Malam, Ibu Siap Sengih-Sengih

23-6-2022 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1101| Komen: 8

Description: Apa saja telatah dan ragam kanak-kanak tentunya kelihatan comel dan mencuit hati.
Apa saja telatah dan ragam kanak-kanak tentunya kelihatan comel dan mencuit hati.

Namun tidak untuk seorang budak lelaki yang dirakamkan menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang peniaga, dipercayai berlaku di sebuah pasar malam.


Bukan satu, tapi kedua-dua tangannya diangkat sambil memperlihatkan jari tengah kepada peniaga wanita itu.

Foto: via mStar

Video berdurasi 12 saat itu turut menunjukkan kanak-kanak tersebut diangkat sebelum didukung oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Apa yang mengejutkan, anak kecil itu terus memberi isyarat lucah kepada peniaga berkenaan sambil kedengaran hilai tawa orang ramai di sekeliling yang menyaksikan ádegan' itu.


Lebih mengecewakan apabila ibunya turut tersengih sahaja melihat kelakuan si anak.



Walaupun tidak diketahui punca kanak-kanak tersebut bertindak demikian dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia, seorang pengguna Twitter yang memuat naik video itu kesal dengan situasi tersebut.

"Anak aku atau anak buah aku macam ni, memang auto tempeleng. Orang tua yang gelak-gelak ingat benda ni comel ke apa?" tulisnya menerusi satu ciapan.

Malah aksi kanak-kanak itu yang begitu berani melakukan perbuatan itu di tempat awam membangkitkan kemarahan ramai.

Tak kurang juga yang mengaitkannya dengan didikan ibu bapa, sesuai dengan peribahasa ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

"Bila orang gelak-gelak, lagi budak tu suka buat. Jangan gelak kalau budak buat salah. nanti dia ingat benda tu bukan satu benda buruk."

"Budak tu tak salah. Yang salah orang yang di sekelilingnya yang tak membetulkan budak tu. Budak-budak umpama kain putih, mak ayah yang mencorakkannya."

"Ini tidak kelakar langsung. Kalau dah mak dia gelak macam tu, macam dah biasa buat je. Sebab kalau tak, rasanya setiap ibu yang normal akan marah kot? Nampak sangat dia pun biasa buat ke apa sampai budak tu ikut.

"Sepatutnya ajar budak tu, bukannya gelakkan budak tu. Lepas tu bila dah besar budak tu jadi samseng. Sebab tu kita kena ajar dari kecil, bukannya dah besar baru nak ajar budak tu," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 23-6-2022 04:28 PM
kecik2 lawak la

tunggu dah besar dia pijak ko esok

tengok ko gelak lagi ke tak
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:21 PM
Tak ada yang tegahkan macam dia nak rasa bersalah maknya pun macam sokong pulak perlakuan kurang sopan tu
Quote umie 23-6-2022 07:27 PM
Mungkin dia dah biasa tgk org disekeliling tunjuk jari tengah. Budak besar tu manalah tau maksud isyarat jari tengah tu
Quote KamikuP 24-6-2022 09:20 AM
mAK PAK NYA PUN MESTI KUAT CARUT
Quote BeskotCekelat 24-6-2022 09:32 AM
Diacungkan jari tengah ke arah Surti...

Surti & Tejo tersenyum sinis...
Quote supernaturalee 24-6-2022 11:56 AM
tp adik peniaga tu tangan mcm garu dahi

apooo laaa hai den kono middle finger dek bdk kecik

Quote gekkou 24-6-2022 12:00 PM
same goes macam budak2
bila orang panggil
especially orang tua
menjawab dengan nada tinggi or ignore saja panggilan org
mak pak bukan nak tegur perangai anak being disrepectful
siap backing anak jawab 'dia moody, dia memang mcm tu'
rasa nk tampar je bila panggil kau menjawab 'apa? uhhh..
Quote capiloton 24-6-2022 12:01 PM
Edited by capiloton at 24-6-2022 12:10 PM

[youtube]pjO0rYpKdQg[/youtube]

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061597 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top