CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jokowi Pujuk Musk Melabur Sebab Semua Ada Di Indonesia

23-6-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 888| Komen: 18

Description: Indonesia yang merupakan kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara berusaha menarik pelaburan syarikat kenderaan elektrik, Tesla untuk melabur ke negara itu.
Indonesia yang merupakan kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara berusaha menarik pelaburan syarikat kenderaan elektrik, Tesla untuk melabur ke negara itu.

Bilionair terkaya di dunia, Elon Musk merupakan pemilik bersama syarikat tersebut dan beliau dilaporkan akan melawat negara itu pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi telah melawat kemudahan pengeluaran roket SpaceX yang juga milik Musk dan bertemu dengannya di Boca Chica, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.


Reuters

Pertemuan itu diadakan selepas Jokowi menjemput Musk melalui panggilan telefon pada Disember 2020 bagi meminta syarikatnya melabur di negaranya dalam industri kenderaan elektrik dan membina pelancar roket SpaceX.


Baru-baru ini, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan mengumumkan bahawa kerajaan mencadangkan kepada Tesla untuk membina sebuah kilang di Kabupaten Batang, Jawa Tengah.

Bagaimanapun, dalam wawancara khas dengan CNBC pada Jumaat lalu yang kemudian disiarkan pada Isnin lalu, Jokowi mendedahkan kenapa beliau memujuk Musk untuk melabur di Indonesia.

"Kami mempunyai banyak perbincangan, terutamanya tentang bagaimana Tesla boleh membina industri dari hulu ke hiliran, hujung ke hujung bermula dari peleburan kemudian membina industri katod dan prekursor, membina bateri EV (kenderaan elekrtik), membina bateri litium kemudian kilang kenderaan. Semuanya ada di Indonesia kerana itu sangat efisien. Itulah yang saya tawarkan," kata Jokowi kepada CNBC dalam temu bual eksklusif di bandar Serang di wilayah Banten.

Beliau berkata, Musk menghantar pasukan ke Indonesia enam minggu lalu untuk memeriksa potensi nikel, untuk memeriksa aspek alam sekitar tetapi pasukan berkaitan kereta masih belum datang ke negaranya.

Jokowi turut menjemput Musk untuk menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Negara 20 atau G-20 yang dijadualkan akan berlangsung di Bali pada November depan.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu menyatakan sehingga Jumaat lalu masih belum ada keputusan mengenai rancangan Tesla untuk melabur di Indonesia.

Dalam wawancara itu, Jokowi juga menyatakan kerajaan juga telah berbincang dengan pembuat kenderaan elektrik selain Tesla iaitu Ford dan syarikat kereta lain untuk menyediakan kemudahan pembuatan, termasuk kilang kenderaan di Indonesia.

Di bawah pemerintahan beliau, Indonesia yang kaya dengan sumber-sumber asli telah mengharamkan eksport komoditi-komoditi utama termasuk nikel yang tidak diproses pada tahun 2020 dan arang batu pada tahun 2021.

Menurutnya, jika negara berkenaan terus mengeksport bahan-bahan mentah yang mendapat keuntungan daripada sumber-sumber tersebut adalah negara lain.

Sehubungan itu, Indonesia mahu menjadi pemain global dalam pengeluaran bateri kenderaan elektrik dan kereta elektrik.

"Kami mahu membina ekosistem perindustrian untuk bateri litium," kata Jokowi sambil berhujah untuk mewujudkan pekerjaan dan menjana hasil cukai.


Indonesia menyediakan Kawasan Perindustrian Bersepadu Batang, Jawa Tengah untuk tujuan pelaburan barangan berasaskan elektrik. - Foto Antara

Malah, Jokowi telah mengumumkan pada 8 Jun lalu bahawa kereta elektrik Genesis G80 keluaran syarikat Hyundai dari Korea Selatan akan menjadi kenderaan rasmi sidang kemuncak G20 di Bali.

Syarikat Hyundai telah mula memulakan pengeluaran di kilang pemasangan kereta elektrik di Cikarang, Jawa Barat pada Mac lalu apabila ia mengeluarkan kenderaan elektrik IONIQ 5 dengan kapasiti sebanyak 250,000 buah pada setiap tahun.

Pada awal bulan ini, Indonesia mengalu-alukan pengeluar bateri kenderaan elektrik seperti LG dari Korea Selatan dan Foxconn dari Taiwan untuk melabur di Kawasan Perindustrian Bersepadu Batang, Jawa Tengah.

Kemudahan pengeluaran bersepadu seluas 1,000 hektar itu adalah khusus untuk pengeluaran bateri elektrik yang dikatakan sebagai yang pertama di dunia.

Kawasan perindustrian pada asasnya adalah sebahagian daripada usaha negara untuk membina ekosistem kenderaan elektrik berskala besar meliputi sektor huluan hingga hiliran.

Terdapat satu lagi kawasan ialah Taman Perindustrian Hijau Kalimantan Utara yang seluas 30,000 hektar dan sedang dalam pembinaan sejak Disember tahun lalu.

Kawasan itu juga telah ditawarkan kepada Tesla bagi membantu hasrat Musk untuk mengeluarkan produk mesra alam sekitar atau hijau menjadi kenyataan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 23-6-2022 06:11 PM
Kereta murah2 bagi Indonlah.
Malaysia........ Porsche,  Merc,  BM, Volvo...
Selain Perodua dan Proton.
Inipun dan sesak jalan kat Malaysia ni
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:18 PM
Pandai betul cari peluang hutang pun tak banyak berbanding jiran2nya yang lain
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:18 PM
Pandai betul cari peluang hutang pun tak banyak berbanding jiran2nya yang lain
Quote Nenasketum 23-6-2022 07:30 PM
Musk tu mungkin scammer tau... hehehe
Quote CiliPadiSedap 23-6-2022 09:21 PM
elon musk xtahu kt indonesia tiada jusa c minus sampai friska terpaksa berenang masuk ke malaysia bermadu dengan suami orang
Quote ina_na 23-6-2022 10:48 PM
Adekah Elon Musk akan tergoda dgn retis2 terlebih seksi seks di Indonesia nanti..hehehe..kalo dia terkawin gan retis atau warga sana agak2 acik Amber meroyan x..hahaha
Quote Skuau 23-6-2022 11:00 PM
dengki ke???-friska,trisna,rohana
Quote dua_chzy 23-6-2022 11:14 PM
Boleh tahan vision Jokowi. Pak Mail mampu?
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2022 11:17 PM
Elon Musk ada duit tunai ke? Nak beli Twitter pun separuh mati!
Quote Orenn1 23-6-2022 11:59 PM
Pak mail diam takde nampak buat apa pun, at least pak jokowi tu berusaha gegeh tebalkan muka cari pelabur
Quote Zack8hunter 24-6-2022 12:09 AM
Nenasketum replied at 23-6-2022 07:30 PM
Musk tu mungkin scammer tau... hehehe

kan.. byk putarbelit jugak mamat tu.. jgn sampai kene scam mcm pelabur dogecoin sudah
Quote FOTHER-MUCKER 24-6-2022 12:21 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-6-2022 08:22 AM

Orang Malaysia yang pernah duduk di Indonesia

How does Malaysia compare to Indonesia?


Zaid Mohamad

Originally Answered: Is Malaysia better than Indonesia?
Economically, Malaysia is better than Indonesia.
Infrastructure, Malaysia is better than Indonesia.
Education, Malaysia is much better than Indonesia.
Industry, Malaysia is better than Indonesia.
Cleanliness, Malaysia is better than Indonesia.
City transport, Malaysia is better than Indonesia.
English fluency, Malaysia is much better than Indonesia.
Politically, Indonesia is much better than Malaysia.
Socially, Indonesia is much better than Malaysia.
Safety, Indonesia is much much better than Malaysia.
Culturally, Indonesia is better than Malaysia.
Patriotism, Indonesia is better than Malaysia.
Politeness, Indonesia is much much better than Malaysia.
Hospitality, Indonesia is much much better than Malaysia.
Agriculture, Indonesia is much better than Malaysia.
Tourism, Indonesia is better than Malaysia.
Food, Indonesia is better than Malaysia.
Personal satisfaction/happiness, Indonesia is better than Malaysia.
I am a Malaysian. I used to live in Indonesia for one year and on & off teaching in Indonesia for 10 years. My answer is based on my personal observation. No bias












Quote FOTHER-MUCKER 24-6-2022 12:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-6-2022 09:14 AM

Malaysian politicians = badut
Quote TeropongThaico 24-6-2022 01:45 AM
Agak2 siapa pemimpin kita yg nak ambil langkah begini

Tapi ramai kalangan pemimpin kita yg katanya hebat berniaga sampaikan masing2 kata raya 7 keturunan pun tak habis makan. Agak2 boleh tak bantu rakyat dgn kekayaan masing2
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 04:04 AM
Nusantara tersenyum sinis
Quote Dwdrum 24-6-2022 08:07 AM
Edited by Dwdrum at 23-6-2022 04:26 PM

Indonesia sudah ada advantage apabila elon mahu setup gigafactory di kalimantan... Bukan issue baru lagi bagi negara asean bawa team pergi lobby investors di america dan negara lain... Since trump jadi prrsident lagi ber perang economy dengan china... Malaysia sibuk perang politic tanah air... Marhein pula sibuk maki trump bodoh... Bila kata benak jangan pula marah memang benak pun.. ..
Bukan 100% salah current gomen sekarang.... Semua party politic patut di salah kan.... Oppositions sama saja....
Kasihan juga kepada mael asyik kena...kurang sopan if mahu steal elon ke malaysia sekarang...

Cash lah guan eng... Ego sangat dan bimboy last last baca titik pun failed... Last last haprak...
If nalaysia di perintah tok det lagi nauzubillah...
Quote tripleid 26-6-2022 06:10 PM
Sampahnya Mail kalo nak compare dgn jokowi
Quote krustykrab 26-6-2022 07:00 PM
FOTHER-MUCKER replied at 24-6-2022 12:21 AM
Orang Malaysia yang pernah duduk di Indonesia

How does Malaysia compare to Indonesia?

Safety tu sbb kt msia ni indon la yg duk buat hal, kopak rumah org, rogol org etc
Pasal makanan tu apa yg sedap sgt mknan indon ni? Bakso ke..geli tekak aku
Sapa la yg tulis ni..nak gak tau

Lihat semua komen(18)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.082152 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top