CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Saya Bakar Kedai Sebab Tertekan Di Tempat Kerja'

23-6-2022 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 693| Komen: 10

Description: Staf sambilan di kedai bahan binaan di Soka, Jepun bertindak di luar jangkaan dengan membakar premis tempat dia bekerja kerana tertekan.
Staf sambilan di kedai bahan binaan di Soka, Jepun bertindak di luar jangkaan dengan membakar premis tempat dia bekerja kerana tertekan.

Yahoo! News melaporkan, Tatsuya Matsuzawa, 32, yang bekerja sebagai penghantar barang dan pengawal keselamatan di kedai bahan binaan itu mengaku bersalah membakar Ken Depot Soka Sezaki Store di Soka, Jepun.


Yahoo! News

Ketika disoal siasat, suspek yang bekerja di kedai itu selama setahun mengaku melakukan jenayah tersebut kerana terlalu tertekan dengan kerjanya.

Menurut laporan, beberapa pelanggan serta staf masih berada di dalam kedai, termasuk Matsuzawa sendiri ketika kejadian.


Malah, seorang staf berusia 42 tahun cedera dan dibawa ke hospital.

Kerja berlebihan merupakan satu isu berpanjangan dalam kalangan pekerja di Jepun dan ia berlarutan beberapa dekad sehingga ada terma ‘karoshi’ yang membawa maksud ‘mati akibat kerja’ wujud sejak 1970an.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-6-2022 03:30 PM
Tak happy berhenti cari kerja lain buat macam tu lagi tambah masaalah
Quote nonanje59 23-6-2022 03:50 PM
apo ni. suka2 ekau je nak bakar2
Quote pooh~key 23-6-2022 03:53 PM
Akak dah cakap dah sis laif kat jepun emang merengsakan sis. Yang engkau orang nampak badigol2 foreigners semacam happy kat sana tu atas kapasiti students dan tourists jah sister. Yang betul2 menetap kat bandar is depressing katanya sister.
Quote AbukRokok 23-6-2022 05:50 PM
suruh dia pindah malaysia
duk kat perok

kita bako
kita bakoooo
Quote Cokoro 23-6-2022 05:53 PM
Kasihannn. Ptt ramai rkyt jepun nk bersara kt msia. Tak stress katanya
Quote appleringo 23-6-2022 06:47 PM
Kdg2 tengok working environment jugak. Kedai ni kat area Saitama, dekat dgn Tokyo. I can say sapa2 duduk kat area Tokyo semua stress lain mcm sikit. Tp actually Saitama ni dh pinggir Tokyo dh.  Lain org lain pengalaman.

But for me, so far, I lagi suka kerja kat Jepun compared to KL. I dah kerja kat Jepun for more than 5 years sampai sekarang. My Japanese boss is super workaholic but I tak stress kerja kat Jepun under Japanese boss so far. Alhamdulillah. I start kerja Kobe, then sekarang buat research collaboration kat Okinawa. Most of the time, I memang balik kerja lambat but memang my own choice. Boss tak pernah paksa. Boss I walaupun Japanese memang jenis flexible tp bab masa memang punctual. Recently dia approve je I cuti for 1 month utk balik Malaysia. I rasa lagi tak stressful kerja kat Jepun compared to KL. No traffic jam, harga brg mentah murah sesuai dgn gaji and living cost. But this is just my own experience. Lain org lain experience n cara handle stress.

Quote jas7512 23-6-2022 06:51 PM
appleringo replied at 23-6-2022 06:47 PM
Kdg2 tengok working environment jugak. Kedai ni kat area Saitama, dekat dgn Tokyo. I can say sapa2 d ...

Sbb u kerja researcher..gaji pun mesti ok kan...klu yg kerja bawah2 ni yg selalu tertekan
Quote TomyamPuteh 23-6-2022 07:29 PM
Sementara di Malaysia ramai yg nk keja 4 hari seminggu.
Quote appleringo 26-6-2022 06:11 PM
jas7512 replied at 23-6-2022 06:51 PM
Sbb u kerja researcher..gaji pun mesti ok kan...klu yg kerja bawah2 ni yg selalu tertekan

from my observation, working environment tu yg paling contribute to stress. bkn sbb gaji byk ke apa. ktorg kat sini lg byk gaji, lg byk keje n lg lambat blkI ada another kwn Msian yg sama keje mcm I kt uni ni tp dia punya stress sampai tahap hari2 gastrik n ulser time nk meeting dgn boss Jepun dia. Gaji sama je ktorg, mcm mana pun memang depends on you dpt boss n colleagues mcm mana.
Plus point sbb ddk Tokyo yg crowded mmg extra stress. Semua org yg ddk Tokyo kalau time blk keje, x kira la keje pgkt tinggi ke rendah, semua muka 'keruh' je lg satu memang Tokyo living cost mahal gila. tu pun menyumbang stress kot. pastu org Tokyo semua bnda rush, berlari2. memang boleh nampak beza Japanese yg duduk Tokyo n area Kansai mcm Kobe and Kyoto. org2 Kansai lebih mesra alam n tak berlari2 kat train. Pastu benda paling tak best, time balik kerja tunggu train dulu2, tiba2 dorang announce train delay sbb 'human accident'. tu memang kes org terjun kt railway. byk kes tu kt Tokyo and bandar2 crowded lain.
Quote mojarean_X 26-6-2022 06:21 PM
Edited by mojarean_X at 26-6-2022 06:22 PM
appleringo replied at 26-6-2022 06:11 PM
from my observation, working environment tu yg paling contribute to stress. bkn sbb gaji byk ke ap ...

siannya dorang...dah lah negara dorang bakal mengecil disebabkan kadar kelahiran dan kematian yg sgt x seimbang.tu sbb byk org jepun dtg malaysia wat youtube channel
[youtube]7aYR-Ef9kQM[/youtube]

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.089142 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top