Selepas kalah dalam kes saman fitnah dengan bekas suami, Amber Heard diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada Depp.
Susulan itu, Amber Heard kini kelihatan seperti 'pokai' kerana berhutang dengan Depp sebanyak $8.4 juta sebagai ganti rugi. Menurut laporan Baystpost, pelakon filem Aquaman itu dilihat membeli-belah di kedai serbaneka diskaun TJ Maxx di Hamptons. Amber dilihat bersama kakaknya, Whitney Henriquez membeli-belah di TJ Maxx yang merupakan sebuah kedai pakaian dengan tawaran diskaun dan menjual barangan dengan harga berpatutan.
Malah, aktres berusia 36 tahun itu dikatakan bangkrup kerana membayar upah guaman yang tinggi. Sebelum ini, peguamnya, Elaine Bredehoft ditanya sama ada aktres itu mempunyai wang yang cukup untuk membayar penghakiman yang dijatuhkan oleh juri, jawabnya "tidak sama sekali". Sumber: BeautifulNara |
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
27-6-2022 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083742 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.