CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dalam Kenangan, Inilah 5 Filem Dan Drama Adibah Noor Yang Sentiasa Dekat Di Hati Penonton

20-6-2022 05:44 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1785| Komen: 22|Original author: Cinta Erina

Description: Pada tanggal 18 Jun 2022, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan penyanyi berbakat iaitu Adibah Noor.
Sumber: Google Image


Pada tanggal 18 Jun 2022, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan penyanyi berbakat iaitu Adibah Noor. 

Adibah Noor bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat malah allahyarham juga hebat dalam bidang pengacaraan dan perlakonan. Adibah Noor merupakan seakan sebuah permata buat negara Malaysia.

Seperti yang kita semua ketahui, banyak filem dan drama yang pernah dilakonkan oleh Allahyarham Adibah Noor. Berikut merupakan lima filem dan drama yang pernah dilakonkan oleh Allahyarham.



1. Talentime


Di dalam filem ini, Adibah Noor membawa watak sebagai Cikgu Adibah. Seperti tajuknya, filem ini berkisar tentang acara Talentime di sebuah sekolah. Filem Talentime pernah menjadi satu fenomena ketika ia mula ditayangkan, dan filem ini turut dilakonkan oleh beberapa pelakon popular lain seperti Syafie Naswip dan Harith Iskander.

2. Muhsin 


Filem yang juga merupakan arahan Yasmin Ahmad ini adalah trilogi kepada filem 'Orkid'. Filem Mukhsin menceritakan tentang kisah cinta Orked dan seorang lelaki bersama Mukhsin yang baru sahaja pulang ke kampung ketika cuti sekolah. Filem ini turut mengisahkan tentang perbalahan  di dalam keluarga Mukhsin. 

3. Sepet


Sepet pula merupakan sebuah filem romantik komedi yang  mengisahkan tentang kisah cinta di antara seorang pemuda Cina, dan wanita Melayu.

Untuk pengetahuan semua, filem ini berjaya merangkul pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa seperti Best Asian Film Award di 18th Tokyo International Film Festival, Best Film di 27th Créteil International Women’s Film Festival dan banyak lagi. 

4. Magika


Filem Magika patut berada dalam senarai filem terbaik Malaysia. Filem ini berkisarkan tentang dua orang beradik iaitu Ayu dan Malik yang mengalami kesempitan hidup selepas kematian ibu mereka.

Akibat pergaduhan dengan Ayu, Malik telah masuk ke dalam hutan dan tanpa disedari, dia telah termasuk ke dalam satu dunia asing yang dikenali sebagai Magika. Hal itu menyebabkan Ayu juga telah masuk ke dunia ini untuk menyelamatkan adiknya.

5. Oh My English! 


Siapa yang tidak kenal dengan Puan Hajar iaitu pengetua di Oh My English! Drama ini mula ditayangkan pada 20 May 2012 dan sejak itu drama ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya dikalangan pelajar dan remaja. 

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar di SMK Ayer Dalam yang berjumpa dengan guru Bahasa Inggeris baharu mereka iaitu Henry Middleton yang berasal dari United Kingdom. 

Semoga roh Allahyarham Adibah Noor sentiasa diberada di kalangan orang yang beriman. Kami akan merindui menyanyian dan lakonanmu. Damailah di negeri abadi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akumak 20-6-2022 08:16 PM
Alfatihah utk adibah noor. Semoga ilmu english yg diturunkan, lagu2 positif beliau menjadi pahala berterusan di alam sana
Quote dua_chzy 20-6-2022 08:39 PM
Banyak la filem lakonan dia. Filem ke pun OME tu?

Btw favourite akak tohtap Sepet dan Mukhsin.
Quote gideoncross 20-6-2022 11:14 PM
Dlu ada movie kat TV2 lakonan Eman Manan & arwah Adibah Noor. Best movie tu, romcom tpi dh lupa title.
Quote nolya 21-6-2022 12:38 AM
Paling terkesan bagi saya ialah iklan arwah Adibah jadi supir teksi yg bawa penumpang balik dari London kononnya, menuju ke kg. di N9.  Mula2 cakap penumpang tu sangat Londonan, tapi bila terbrek, penumpang latah langsung keluar loghat nogori.  Lucu.
Quote asfaz 21-6-2022 01:24 AM
https://youtu.be/9TCRVOC0MaY
Quote nuralisa 21-6-2022 09:13 AM
gideoncross replied at 20-6-2022 11:14 PM
Dlu ada movie kat TV2 lakonan Eman Manan & arwah Adibah Noor. Best movie tu, romcom tpi dh lupa titl ...

iklan dia amik cokodok org ..
iklan bola time world cup tv3 ...
dan bnyk lagi iklan...  

Quote zehra2 21-6-2022 09:21 AM
patut ada tribute film kakak dib..
Quote Lavender_Violet 21-6-2022 09:24 AM
Ada banyak jugak drama2 yg arwah ni berlakon
Tapi dah tajuknya filem maybe ini lah antara filem yg arwah pernah berlakon
Memang ni aje rasanya, x de dah yg lain
Quote wolfheart 21-6-2022 10:01 AM
Mula suka nengok lakonannya sejak tvc dia dgn yuhang.
Quote Prickford 21-6-2022 10:09 AM
Iolls suka cerita Sepet sebab dulu penah berada dalam keadaan tu. Kawan rapat dengan jejaka Cainis. Tapi idok lerrr budak jual DVD, dengan ketua editor advertising. Cuma filem Sepet ni kurengz sebab semasing nak converse in English sedangkan kalau cakap Bahasa Malaysia lagi berpijak di bumi yg nyata. Sedangkan iolls dengan editor tu je dah beria cakap Bahasa Malaysia eventho heolls graduate luar, inikan pulak dengan budak jual DVD.
Quote ezacbee 21-6-2022 10:35 AM
Drama kampung people. Arwah beradu suara dengan anak kesayangan Munah.

Haaa... masukkk !!!


[youtube]yNIxqqoVeS8[/youtube]
Quote cap_ayam 21-6-2022 10:53 AM
Indahnya keroncong trailer Muhsin.

Pernah nampak arwah kak adibah kat kedai makan nasi lemak pak ayob seksyen 20 shah alam. Tahun 2014 macam tu lah. Ceria tengok dia berborak.
Quote KamikuP 21-6-2022 12:49 PM
Mana tribute cfilem arwah Hamid Gurkha?
Quote kucingitam 21-6-2022 01:03 PM
rasanya tak perlu kot tribute filem kak dib, kecuali yang menutup aurat.. done jadi ostajah.
Quote gideoncross 26-6-2022 08:45 PM
nuralisa replied at 21-6-2022 09:13 AM
iklan dia amik cokodok org ..
iklan bola time world cup tv3 ...
dan bnyk lagi iklan...

Yep tpi iol dah lupa, yg pling iol ingt iklan arwah yg psl wrestling & "Cik cik, boleh tpi skit cik?".
Quote gideoncross 26-6-2022 08:46 PM
nolya replied at 21-6-2022 12:38 AM
Paling terkesan bagi saya ialah iklan arwah Adibah jadi supir teksi yg bawa penumpang balik dari Lon ...

Yg ni btul, pling memorable.
Quote budi_jentayu 26-6-2022 09:20 PM
cap_ayam replied at 21-6-2022 10:53 AM
Indahnya keroncong trailer Muhsin.

Pernah nampak arwah kak adibah kat kedai makan nasi lemak pak a ...

[youtube]SC-2BHZy4Zc[/youtube]

lagu ni memang best...
Quote arffa 26-6-2022 10:54 PM
zehra2 replied at 21-6-2022 09:21 AM
patut ada tribute film kakak dib..

Astro ada buat
Quote cap_ayam 27-6-2022 08:20 AM
budi_jentayu replied at 26-6-2022 09:20 PM
lagu ni memang best...

Terima kasih sharing..

Lihat semua komen(22)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.181577 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top