CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Saya tak bodoh..." - Sharnaaz Bebas Dengan Jaminan Polis, Bakal Adakan Sidang Media

20-6-2022 01:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9049| Komen: 94|Original author: Tatod

Description: Tiga hari dalam tahanan reman, aktor, Sharnaaz Ahmad yang dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi (20 Jun), kelihatan tenang menjawab pertanyaan-pertanyaan dilontarkan wartawan yang sudah sia ...
Sumber IG


Tiga hari dalam tahanan reman, aktor, Sharnaaz Ahmad yang dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi (20 Jun), kelihatan tenang menjawab pertanyaan-pertanyaan dilontarkan wartawan yang sudah siap menunggunya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Tidak menceritakan secara terperinci mengenai dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut, pelakon lelaki itu bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan secara terperinci mengenai insiden berkenaan.


"Sekarang ini saya dah selesai dengan siasatan polis. Insya-Allah tiada apa-apa. Yang digembar-gemburkan, hati-hati sebab ia masih dalam siasatan dan apa yang dikeluarkan oleh pihak media tidak benar.

"Tunggu peguam saya dan kenyataan yang saya akan buat dalam masa terdekat. Insya-Allah, saya akan ceritakan perkara sebenar. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat," katanya.


Berdasarkan laporan Utusan Malaysia sebelum ini, dikatakan seorang rakan pelakon menghantar minyak masak kepada aktor berkenaan di kediamannya, namun pengawal keselamatan terbabit tidak membenarkan rakannya masuk

Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara rakan pelakon dan pengawal keselamatan tersebut sebelum Sharnaaz dikatakan turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah, lalu terus menumbuk dan menendang muka, dada serta perut mangsa.

Sinonim dengan sifat panas baran, Sharnaaz bagaimanapun menjelaskan perkara itu sama sekali tidak ada kaitan dengan sikapnya itu serta menafikan tuduhan ke atasnya. Dia juga berterima kasih kerana masih ramai yang percaya aktor berkenaan tidak bersalah.


"Saya tak bodoh untuk lakukan sesuatu yang begitu. Kepada yang buat spekulasi, tunggu cerita sebenar akan keluar. Saya percaya saya tak bersalah. Saya akan buktikan pada semua ada kebaikan yang saya buat dalam ini yang orang tak tahu, yang tak diceritakan dan yang akan diceritakan di mahkamah nanti.

"Nanti saya akan ceritakan dengan terperinci bersama lawyer saya, tak boleh cerita panjang sekarang ni sebab masih dalam siasatan dan belum masuk mahkamah lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat. 

"Saya ingin bersihkan nama, nama keluarga dan nama jenama-jenama di belakang saya. Panas baran memang sinonim dengan saya tetapi tiada unsur panas baran di sini. Tiada langsung dan saya buat apa yang saya rasa perlu.

Loading FB Post...

"Saya harap jangan terus buat spekulasi dan menuduh saya penjenayah. Bukan pasal penjenayah tetapi bantuan siasatan polis," katanya yang berharap agar umum mendengar kenyataan kedua-dua belah pihak agar dapat memahami situasi sebenar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-6-2022 02:18 PM
Shilalat 10
SA mamu kepam 0
Quote DayangKirana 20-6-2022 02:30 PM
kemain siap tumbuk and tendang2 bagai.. so, tu semua fitnah ke?
bideo cctv takde? ke takat hearsay je? ade saksi tak?
Quote mizruncing 20-6-2022 02:34 PM
cepatlaa sikit adakan sidang media. tak sabar nk tau apakah benar or sebaliknyaaa
Quote BoongaKertas 20-6-2022 02:43 PM
iols terhibur org dok nganjing mamat ni kat twitter.
Quote taji2906 20-6-2022 02:49 PM
beli minyak masak pun nak kirim kat orang. betul la korang cakap, dia tgh lapar nk goreng apa kat umah minyak abis... orang lapar memang cepat baran
Quote doridori_hi 20-6-2022 02:49 PM
Minah garik kt FB back up nanas kalau takde apa2 nape dia nk pukul
Quote SANKURIANG 20-6-2022 02:50 PM
Tungg7 la masuk court, buat apa buat PC? Nanti bercanggah lak fakta di mahkamah nanti.
Buatla bideo dgn jebat....terhibur gak hati
Quote makcun14 20-6-2022 02:53 PM
Saya ingin bersihkan nama .. kata nyehh. Dari zaman shilalat lagi dah pakai statement tu, dah tua bangka jadik bapak orang pun asik salahkan orang lain
Quote Piramida 20-6-2022 02:55 PM
Apa apa lah nanaz.
Byk caption acah2 ko dlm ig pun dah menampak kan kebodohan ko. Tu semua bukti.
Biarlah netizen menilai, tanpa perlu gi Nilai. Hihi
Quote Nham22 20-6-2022 02:58 PM
Cepatnye karma menghingkap nenaih... Tunjuk lg anu ko kat org akak jari tgh... Kan dh tuhan balas...
Quote ina_na 20-6-2022 03:01 PM
Btl korang nye tekaan..senang kalo ade mcm teka teki retis mn bt perangai..msk sini je baca..korang mmg hebat
Quote SherryZass 20-6-2022 03:03 PM
Sharnaaz dikatakan turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah, lalu terus menumbuk dan menendang muka, dada serta perut mangsa.

Kemon nanaz, nak tahu juga apakah reason sebalik tindakan chuolls inehhh. Betul atau sekadar fitnohhhh
Quote wolfheart 20-6-2022 03:04 PM
Tertarik nengok facemask dia. Mcm niqab bawahnya. Cuma tak cukup panjang je.
Quote silampumeja 20-6-2022 03:06 PM
rakan pelakon mana yg hantar minyak kat sharnaaz ni. salah sorang saksi lah kan...si shuib ke si sukri yahya ke ...ke siapa
Quote Burong_Hantuk 20-6-2022 03:12 PM
Aku rasa si mamu jambang busuk nih tengah terkangkang karang skrip untuk buat sidang media...
Quote prince_marhaen 20-6-2022 03:23 PM
dengan kak nab & family dulu kecoit teloq pulak... jaga-jaga Xila Amxia XingXang dah join underground...silap-silap kalau bersambung balik memang berentam lah mamu kepam dengan budak-budak gila... hihihihi
Quote babelina 20-6-2022 03:31 PM
teruk naw ker kisahnya.. sampai kn ko nk sepak terajang guard tu.. citer jer la..
Quote per706 20-6-2022 03:32 PM
Lama sgt terbwak2 stress tgan bertepuk sebelah nehhh




Ohoiiii!
Quote epal_putih 20-6-2022 03:37 PM
Knab mesti legaaaa sgt

Lihat semua komen(94)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.072159 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top