CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pengarah Teknologi Maklumat Kementerian Terjun Tingkat Tujuh

24-5-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1809| Komen: 9

Description: Seorang saintis berusia 55 tahun yang bekerja dengan Kementerian Teknologi dan Maklumat maut selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan di Shastri Bhawan.
Seorang saintis berusia 55 tahun yang bekerja dengan Kementerian Teknologi dan Maklumat maut selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan di Shastri Bhawan.

Mangsa, Rakesh Malik ditemukan di depan pintu nombor dua di bangunan yang menempatkan beberapa pejabat kementerian, lapor NDTV.


Gambar hiasan

Rakesh merupakan Pengarah Teknologi Maklumat di Pusat Maklumat Negara.

Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi, Amrutha Guguloth berkata, sepasukan anggota polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan insiden tersebut pada pukul 3.06 petang.


Jelasnya, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kita tidak menemukan sebarang nota bunuh diri dan ahli keluarganya juga tidak membuat sebarang dakwaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Peeragarhi di barat Delhi, mempunyai seorang isteri dan dua anak perempuan.

Shastri Bhawan merupakan bangunan kerajaan yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri India kedua, Lal Bahadur Shastri.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-5-2022 03:34 PM
Ingatkan uttar pradesh.


Quote Orix 24-5-2022 03:44 PM
len kali tulis KEMENTERIAN INDIA kt tajuk... duhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote venom1 24-5-2022 04:11 PM
ingatkan kat Malaysia. dahlah sekarang kes membunuh diri semakin kerap
Quote Artemesiaa 24-5-2022 04:17 PM
Apa masaalahnya sampai dia bertindak macam tu
Quote supernaturalee 24-5-2022 04:26 PM
Orix replied at 24-5-2022 03:44 PM
len kali tulis KEMENTERIAN INDIA kt tajuk... duhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tu lahhh
dh lh hr tu doctor
belum lg org awam

rupanya leluhur


Quote Decaffeinated 24-5-2022 04:36 PM
Orix replied at 24-5-2022 03:44 PM
len kali tulis KEMENTERIAN INDIA kt tajuk... duhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kalau tulis macam tu takde pulak yang nak klik. Buat macam ni bukan sahaja dapat klik tapi dapat komen lagi, maki pun maki lah Kalau forummer sampai bergaduh lagi masyukkk


Quote gx5448 24-5-2022 07:26 PM
Apasal ramai org bunuh diri balik skg ni??..
Quote MsJules 24-5-2022 07:29 PM
Alaa India buatper...
Quote becir 24-5-2022 07:32 PM
Dah apsal berita India and Indonesia asik masuk forum ni?

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 09:35 AM GMT+8 , Processed in 1.824114 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top