Ibu bapa seorang kanak-kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 30,000 yuan (RM19,750) kepada sebuah kedai permainan selepas budak lelaki tersebut menjatuhkan patung Teletubbies yang dipamerkan di premis itu, lapor laman berita St Headline.
Menurut kenyataan kedai KK Plus di Mongkok, pelanggan berkenaan telah membayar pampasan bagi patung yang bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919) itu. Kata kenyataan itu, insiden tersebut telahpun selesai dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Patung itu juga merupakan prototaip bagi cetakan pertama dan harga rasmi bagi prajualan adalah 52,800 yuan (RM34,765).
Dekorasi itu diletakkan hanya untuk tujuan pameran dan berada di kedudukannya sejak November tahun lalu tanpa mengganggu laluan pelanggan. Tambah kenyataan sama, memandangkan insiden itu menerima kecaman ramai, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk menghubungi pelanggan terbabit bagi menjernihkan keadaan. “Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,” ujarnya. Sumber: Kosmo |
venom1 replied at 24-5-2022 04:21 PM
kopak parents budak tu. kena buat personal loan dengan Bank Rakyat kalau kat Malaysia hehe
Jitu replied at 24-5-2022 11:48 PM
klu kat Malaysia tak perlu bt loan karang je citer sedih kat fb nnt menderu2 bantuan smpi
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
4-7-2022 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075569 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.