Kerajaan disarankan untuk menjenamakan semula semua nama tempat, jalan serta iklan kepada bahasa Melayu bagi mewujudkan persekitaran yang melambangkan identiti Malaysia di negara ini.
Ini kerana, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican menyifatkan kebanyakan lokasi di negara ini sudah hilang identiti negara termasuklah Kuala Lumpur. “Bila nama Inggeris, persekitaran pun Inggeris. Kuala Lumpur pun sama, nilainya sebagai bandar Melayu telah hilang. Apa yang berlaku selama 65 tahun di beberapa tempat di Malaysia seperti di pantai barat Semenanjung, selain di Sabah dan Sarawak, persekitaran bahasa Inggeris dengan nama tempat, nama jalan, iklan…alam yang dibina ini perlu diubah.
“Macam masuk masjid berbeza dengan masuk bank, jadi persekitaran membentuk kita…tetapi tidak ada persekitaran yang mantap dan menyeluruh dalam bahasa Melayu dan memancarkan penggunaan bahasa ini di tempat-tempat di negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sidang 9: Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara bersempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Pada masa sama, beliau mencadangkan supaya undang-undang dari segi tribunal diwujudkan khusus untuk isu bahasa kebangsaan. “Di Filipina dan Jepun sudah diwujudkan tribunal sejarah untuk menimbang tara dan menyelesaikan pertelingkahan sejarah. Di sini kita ada masalah pertelingkahan bahasa Melayu selama 65 tahun tetapi tidak ada tribunal. “Di mana kita nak mengadu masalah, bukan hanya bahasa dan budaya, tetapi identiti tribunal mungkin boleh letak di bawah penyemakan kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). “Tribunal mempunyai kuasa menghukum, bukan seperti mahkamah, mungkin tidak memenjarakan, tetapi mendenda kesalahan yang secara tidak langsung berkaitan bahasa,” katanya. Sumber: UTUSAN |
~boolean replied at 24-5-2022 07:35 PM
pasal nama rumah/taman pula aku nampak sebab untuk naikkan value kawasan tu..tapi aku memang geli de ...
pooh~key replied at 24-5-2022 08:47 PM
Khennnn sister? Se sekular2 akak ni pun, rengsa aih tengok nama jadi omputih sis. Rela la lagi aka ...
sharlenetexas replied at 24-5-2022 08:48 PM
Korek pusat kak pooh la.
Decaffeinated replied at 25-5-2022 07:26 AM
Eh ko lupa ka melayu dah guna nama ereb sejak beberapa keturunan. Kalau dulu ok lah nama simple2 iku ...
~boolean replied at 24-5-2022 07:35 PM
pasal nama rumah/taman pula aku nampak sebab untuk naikkan value kawasan tu..tapi aku memang geli de ...
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
6-7-2022 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.068246 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.