CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Baru Sebulan Wawa Hadiahkan, Aeril Zafrel Kata Tak Nak Pakai Lamborghini Lama-Lama

24-5-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4156| Komen: 49

Description: Aeril Zafrel tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah Lamborghini Aventador pemberian isterinya juga pelakon Wawa Zainal dalam tempoh yang panjang biarpun baru menerima kereta itu bulan lalu.
Aeril Zafrel tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah Lamborghini Aventador pemberian isterinya juga pelakon Wawa Zainal dalam tempoh yang panjang biarpun baru menerima kereta itu bulan lalu.


Aeril berkata, dia sudah memaklumkan perkara terbabit kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta itu.

Foto: IG

"Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.

"Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan," katanya.




Menurut Aeril, Wawa tidak berkecil hati atau marah sebaliknya begitu memahami dirinya yang sekadar mahu mencuba sesuatu kereta yang diidamkan.

"Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan 'feel' kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.

"Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram," katanya.



April lalu, Aeril menerima kejutan istimewa daripada Wawa apabila isterinya itu menghadiahkan kereta mewah Lamborghini Aventador.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan selain memang inginkan warna kuning. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hannan_rayyan 24-5-2022 02:26 PM
ke sewa sebenarnya
Quote navyna 24-5-2022 02:36 PM
Dh tamat tempoh sewaan ke?
Quote sukacactus 24-5-2022 02:38 PM
Mcm tepat je spekuan kete sewa
Quote asamfish 24-5-2022 02:39 PM
cakap je la keta sewa deknonnnnnn.....koserrrrr
Quote kuzaime 24-5-2022 02:42 PM
Netizen biasa laju aje buat kerja. Kalau dapat no plat boleh tau keta register atas nama sapa
Quote Nham22 24-5-2022 02:44 PM
Sape la bodowww percaya ckp ank didik sifu marketing ni
Quote menjad 24-5-2022 02:46 PM
Macam beli ikan kat pasar plak. Cakap jer le kete sewa. Tiru lopak jer senang
Quote babelina 24-5-2022 02:47 PM
jual blk kete x dpt untung.. ko pula bole selamba jer..
Quote chandrahusin 24-5-2022 02:49 PM
menepati komen forumer yg bgtau
keta2 mewah ni kebanyakkan artis/influencer
sewa je untuk marketing purposes
kesian la yg percaya
yg mengidolakan diorg2 ni
Quote KBW2 24-5-2022 02:51 PM
Aku dah kata dia sewa jah
Quote sharlenetexas 24-5-2022 02:52 PM
Kereta pinjam?

Quote JunkMail 24-5-2022 02:53 PM
Sembang babi terbang
Quote salimrock 24-5-2022 02:58 PM
chandrahusin replied at 24-5-2022 02:49 PM
menepati komen forumer yg bgtau
keta2 mewah ni kebanyakkan artis/influencer
sewa je untuk marketing  ...

yg aku hairan, ada orang sanngup tu sewa dan mengaku kereta sendiri, dan tunjuk kaya...


best ke pura2 kaya ni?



Quote chandrahusin 24-5-2022 03:01 PM
salimrock replied at 24-5-2022 02:58 PM
yg aku hairan, ada orang sanngup tu sewa dan mengaku kereta sendiri, dan tunjuk kaya...

best la Salim
klu tunjuk kaya baru org kagum
baru byk likes kat medsoc


Quote Mulotkoyak 24-5-2022 03:08 PM
kuzaime: Netizen biasa laju aje buat ke ...
bole je iols nk semak kan… hahaha ape harta si wawa ni ade and aeril. Hahaha
Quote mieymiey 24-5-2022 03:09 PM
HAHAHAHA. Beli sebulan, dah pakai beberapa kali, tak minat sangat, tak nak pakai lama, terus jual. Cenggitu haaaaa
Quote makton 24-5-2022 03:21 PM
sebelum netizen tau tu kete sewa, awal2 dia dah kabor "Sejenis pakai nak rasa sekejap."

so klu dia pulangkan kete tu balik, dia akan ckp "sy dah boring pakai. so sy jual"
Quote prettyuglybabe 24-5-2022 03:28 PM
dia ingat orang bodoh macam dia
Quote zallama 24-5-2022 03:49 PM
haha..sewa j mmpooooooo

Lihat semua komen(49)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 11:06 AM GMT+8 , Processed in 1.745256 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top