Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui mati di dalam bilik asramanya, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
"Kami tidak membuat kesimpulan kematian mangsa akibat renjatan elektrik kerana laporan forensik masih belum selesai," katanya. Mangsa, Vinosiny Sivakumar, 21, yang merupakan seorang pelajar tahun dua perakaunan, ditemui mati di bilik asramanya pada Isnin.
Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube mendakwa mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik. Sementara itu, UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Vinosiny. UUM berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. "Sebagai tanda keprihatinan, UUM akan meringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa," kata UUM dalam satu kenyataan. - CARI Sumber: The Star |
tikusmontok replied at 24-5-2022 02:19 PM
Lately ramai mati mengejut
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
6-7-2022 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.196308 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.