CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kerajaan Harus Pertimbang Gubal Undang-undang Cuti Haid

24-5-2022 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 587| Komen: 7

Description: Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang memberikan cuti haid bagi wanita yang mengalami sakit haid teruk atau dismenorea.
Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang memberikan cuti haid bagi wanita yang mengalami sakit haid teruk atau dismenorea.

Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia, Haniza Mohamed Talha berkata, cuti haid bukan baharu kerana wanita Indonesia yang mengalami sakit haid teruk boleh mengambil sehingga dua hari cuti dalam sebulan.


Gambar hiasan

Negara lain yang mempunyai cuti haid termasuk Korea Selatan, Jepun dan Taiwan manakala Sepanyol negara terbaharu meluluskan rang undang-undang sedemikian.

Menurutnya, sudah terlalu lama kesihatan haid menjadi topik yang enggan ditangani oleh ramai pembuat dasar, terutamanya dari Asia, termasuk Malaysia sedangkan kesihatan haid adalah sebahagian daripada hak wanita.


Mengabaikannya merugikan separuh penduduk negara ini, tambah beliau.

”Sesetengah wanita mengalami sakit haid yang teruk, sehingga menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, pening, muntah, sakit di bahagian kaki atau pengsan.

“Jadi tidak adil untuk mengharapkan pesakit ini menggunakan kuota cuti sakit tahunan mereka untuk keadaan yang mungkin berulang setiap bulan,” jelas Haniza.

Tambah beliau, parti itu menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan pasukan petugas untuk meneliti perkara itu dengan segera.

Beliau juga akan menulis surat kepada kedua-dua menteri ini untuk mengemukakan pandangan berhubung cuti haid. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 24-5-2022 02:16 PM
..yawn.......
Quote dua_chzy 24-5-2022 02:29 PM
Haniza Talha pula yang bersuara.

Rina Harun ko mana?
Quote Skuau 24-5-2022 02:30 PM
mana piginya SEMANGAT...'Tangan yang mengayun buaian...dapat/mampu/boleh mengoncang dunia...' sekali datang haid...'tak larat la bang...'.......pulak.
Quote cucutokwan89 24-5-2022 03:17 PM
Ermmm...



Quote pooh~key 24-5-2022 03:19 PM
Skuau replied at 24-5-2022 02:30 PM
mana piginya SEMANGAT...'Tangan yang mengayun buaian...dapat/mampu/boleh mengoncang dunia...' sekali ...

Kali ni akak sokong statement kau dek!
Quote cm_vungtau 24-5-2022 08:37 PM
Susah la perempuan nak dapat kerja lepas ni. Sakit sikit pun mc setahun
Quote sharlenetexas 24-5-2022 08:43 PM
Skuau replied at 24-5-2022 02:30 PM
mana piginya SEMANGAT...'Tangan yang mengayun buaian...dapat/mampu/boleh mengoncang dunia...' sekali ...

Bangjat kalau sekali kena senggugut teruk confirm tobat takmau jadi perempuan. Fuh!


Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 11:09 AM GMT+8 , Processed in 4.914556 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top