CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sporting Habis! Netizen Suka Cara Pengarah Urusan Mydin Turun Padang Buat Promosi

24-5-2022 03:14 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 748| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa yang tidak kenal dengan pengarah urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin. Datuk Ameer sangat dikenali kerana selalu membuat content di akaun rasmi Mydin dan kali ini beliau sekali ...
Sumber: Tiktok Mydin Malaysia


Siapa yang tidak kenal dengan pengarah urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin. Datuk Ameer sangat dikenali kerana selalu membuat content di akaun rasmi Mydin dan kali ini beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Untuk pengetahuan semua, walaupun Datuk merupakan pemilik pasaraya terbesar di Malaysia, beliau sangat merendah diri dan bersahaja.

Beliau juga sering membuat content video untuk mempromosikan barangan di Pasaraya Mydin dan sentiasa mengikut trend semasa.



Baru-baru ini, Datuk Ameer membuat beberapa siri video baru di akaun Tiktok rasmi Pasaraya Mydin bagi menjawab persoalan rakyat Selangor yang pening dengan stok ayam yang semakin berkurangan. Namun, beliau berkata, Mydin sentiasa mempunyai stok ayam yang banyak cuma dihadkan kepada dua ekor bagi setiap pembelian. 


Dalam satu lagi video, Datuk Ameer mengikut trend isyarat tangan yang popular di Tiktok. Hal ini membuat rata-rata netizen terhibur dengannya. Bagus betul Datuk Ameer buat video yang 'fun' untuk memberitahu orang ramai yang stok ayam masih ada di Mydin. 

Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk memberitahu bahawa janganlah kita menyebarkan info palsu sehingga menyebabkan orang ramai berasa gelisah dan takut terutamanya isu mengenai stok makanan yang semakin berkurangan. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji marketing Pasaraya Mydin yang mampu menarik minat pelanggan dan dalam masa yang sama juga memuji Datuk Ameer yang sanggup turun padang untuk menyebarkan info-info kepada pelanggan.


Sumber: Tiktok Mydin Malaysia

Bak kata pepatah Dato' Ameer, "Mydin sentiasa ada bersama anda". - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 25-5-2022 04:57 PM
Semalam masuk mydin beli supering, kat kaunter tulis kalau beli RM100 dalam satu resit, dapat diskaun RM10 bila bayar guna Boost.
Quote Nenasketum 25-5-2022 07:26 PM
Cacai UMNO, everything for the camera. KR1M apa cerita, duit rakyat tu dia tibai, indirectly. Mydin tak bayar cukai sebab janji dengan gomen nak guna duit tu untuk kekonon tolong rakyat dengan KR1M. Kendian dia approach Nestle dsbny & negotiate amik almost expired goods. Kes ni complicated sebab to companies like Nestle, benda2 tu dah write off. Jadi yang vangang ialah, once again, rakyat!!!

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.075512 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top