CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Berjiran Dengan Awal Ashaari- Lufya Omar Menyampah Dengan Management Perumahan, Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin

19-5-2022 02:44 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10752| Komen: 91|Original author: Saiful

Description: Kecoh bila Awal Ahaari didakwa merosakkan pagar perumahan.
Kecoh bila Awal Ahaari didakwa merosakkan pagar perumahan.

Sebagai jiran yang duduk di kawasan yang sama, Lufya Omar mendedahkan dia juga mengalami pengalaman buruk.


Foto: IG

Katanya pihak berkenaan menjaga keselamatan keterlaluan sehingga menyukarkan aktiviti penduduk.

Lufya mendakwa seorang pekerja di pengurusan itu juga tidak boleh bertolak ansur sehingga sering menimbulkan salah faham.




"Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja lambat bayar, tapi ada masalah management itu.

"Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan... semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.



"Bagi saya, ni bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!

"Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin," katanya kepada mStar.



Aktres ini menambah pihak pengurusan tak ada hak untuk halang pemilik kediaman walaupun mempunyai yuran tertunggak.

"Saya berjiran dengan Awal... rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus.

"Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.




"Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?

"Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia."- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 19-5-2022 02:47 PM
bagitau sikit kawasan mana senang netizen buat kerja
Quote belacan_gurl 19-5-2022 02:48 PM
Management umah aku pun over juga ni....kalo beli barang yg kena buat penghantaran guna lori kena htr isnin hingga jumaat ....pindah pun kena antara hari bekerja..selepas kul 5 dah x dibenarkan....pastu kena byr pendahuluan rm200....geram je...
Quote LembingDayanti 19-5-2022 02:53 PM
awal ni kg sgt. bila access card kena cancel, kau pegi security dan register macam visitor lain nak pegi unit. Takde masalah. Maybe ada la dia perli2 guard ke apa ke. pastu main angkat je palang mmg kena la...
Quote Lolalala 19-5-2022 02:57 PM
belacan_gurl: Management umah aku pun over j ...


Umah aku pun. Dah la nak deposit 200. Ok lagi. Tapi dah kenapa nak ambil deposit dia bg cek selepas 14hari? Lagi bongok. Nasib kejap je. Dulu x dibaginya grab, foodpanda masuk sampai lobi. Kena jalan pergi guard house. Mengarut² je
Quote uori 19-5-2022 02:58 PM
samalah kondo rumah adik aku, nak mandi pool ada had untuk satu rumah tapi kalau geng2 dia upah orang datang ajar swimming untuk anak dia, siap conquer satu pool hanya untuk dorang belajar. kalau ramai okay lagilah, ni sorang budak je. cis!
Quote jejaka_hensem 19-5-2022 03:05 PM
Masa beli rumah situ,dorang xgtau siap2 ke pasal rnr sume tu?ke dorang xbaca?
Ke management buat rules suka hati je?

Entah la sis,iols duduk landed,sape nak kluar masuk xde hal,nk hntr brg pagi bute pun xde org kisah
Quote deebiz14 19-5-2022 03:12 PM
LembingDayanti replied at 19-5-2022 02:53 PM
awal ni kg sgt. bila access card kena cancel, kau pegi security dan register macam visitor lain nak  ...

Pepun gangster sangat kot management nak halang smpi gitu skali. Ape salah bertolak ansur. Kalau aku pun hangin disuruh register sbgai visitor padehal tu rumah aku kot dan bukan pak guard tak kenal yg kite ni duduk kat situ.
Management da macam secret society plak collect2 duit kawasan, kalau tak bayar bersiaplah ko.
Quote nuralisa 19-5-2022 03:12 PM
kawasan apa ya tempat awal duduk tu?
mcm susah betul ..nak masuk umah sendiri
Quote GegarVaganja 19-5-2022 03:13 PM
LembingDayanti replied at 19-5-2022 02:53 PM
awal ni kg sgt. bila access card kena cancel, kau pegi security dan register macam visitor lain nak  ...

Tapi kalau unit dia tu kosong, camne nak masuk nok.
Sebab bukan ke most kondo ni sejenis, kalau ada visitor akan call owner rumah untuk sahkan terima visitor.
Kalau dah awal kat luar tu, sapa yang dia nak call untuk bagi dia masuk.


Quote mendeluk 19-5-2022 03:15 PM
LembingDayanti replied at 19-5-2022 02:53 PM
awal ni kg sgt. bila access card kena cancel, kau pegi security dan register macam visitor lain nak  ...

Kadang i rse bagus jugak management mcm ini. So takdelah ada segelintir group mcm ini fefeeling entitled dapat treatment lain dari lain.


Quote meah_kelabu 19-5-2022 03:24 PM
rasenye bukan kondo sunway challis ni
dia mcm landed n ade town house jugak
tp mmg kawasan have2 la
too much la nk msuk rumah sndiri pon smpai kene halang
bukannye management yg baya pn duit rumah tu dkt bank bulan2
Quote hanihan16 19-5-2022 03:26 PM
i cuma nak tanya ig video gucci model challenge yg dia buat siap tag gucci tu dia buat secara serius ka? cringe gila
Quote Normabaru 19-5-2022 03:31 PM
Taknak ckp byk..acik lupiya ni masuk porum kem.gigih naw sexplen mcm kami kat sini plak
Quote Rogue98 19-5-2022 03:56 PM
Yg family Adam Autism tu pun duduk situ dulu kan...now dah pindah rumah lebih besar. Masa tu baik jugak guard2 situ tolong stop Adam nak lari keluar ke jalanraya.
Quote KamikuP 19-5-2022 04:01 PM
Taknak ada guard baik duduk ppr jahh
Quote sue_liah 19-5-2022 04:19 PM
Normabaru replied at 19-5-2022 03:31 PM
Taknak ckp byk..acik lupiya ni masuk porum kem.gigih naw sexplen mcm kami kat sini plak

acik lufya ni sejak kurus konfiden lain machiam tetiba2 je nak menyibuk
ada je nama dia naik kat forum ni sekarang

baju pun dah ketat tunjuk body dah kuwus nak test market ke  




Quote Normabaru 19-5-2022 04:25 PM
Edited by Normabaru at 20-5-2022 07:59 AM
Rogue98 replied at 19-5-2022 05:56 PM
Yg family Adam Autism tu pun duduk situ dulu kan...now dah pindah rumah lebih besar. Masa tu baik ju ...


edit

Kt benang sblh ada org ckp fmly ni pindah pun sbb ank dia bising ..jiran bising so tuan rumah suruh pindah

Btw apak Adam ni kje ape..kira have2 la ye selevel retis
Quote BoongaKertas 19-5-2022 04:32 PM
kiranya moral dia kan, kena letak siap2 1 account khas utk deduct payment management fees per month so that takde masalah terlupa/terlepas pandang/tak sempat nak byr. ke mahal sgt fees management rumah depa ni? sampai kerek sgt management pun.
Quote Rogue98 19-5-2022 04:33 PM
Normabaru replied at 19-5-2022 04:25 PM
Kt benang sblh ada org ckp fmly ni pindah pun sbb management situ hauk

Btw apak Adam ni kje ape. ...

Bapak Adam tu komposer or musician kalau tak silap...nama Iman Wan..ada buat lagu ctdk..wife mayb keje entertainment biz jugak tapi both dah resign jaga Adam..now biz eo doTerra.

Lihat semua komen(91)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.084053 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top