CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siswa ‘Law’ Kena Warning Bakal Gagal Subjek Jika Tulisan Masih Macam Cakar Ayam

17-5-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1390| Komen: 27

Description: Kebiasaannya, tulisan cakar ayam sering dikaitkan dengan kerjaya doktor.
Kebiasaannya, tulisan cakar ayam sering dikaitkan dengan kerjaya doktor.

Namun, seakan-akan 'memecah tradisi' perkongsian mahasiswa jurusan perundangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam di Selangor menerusi sebuah video di TikTok mengejutkan ramai.




Malah, disebabkan dia suka menulis dengan cepat seperti robot, rakan-rakan semasa berada di bangku sekolah rendah menggelarnya sebagai Terminator.

Berkongsi cerita kepada mStar, Khairiah Abdul Malik berkata, tulisan tangannya semakin sukar dibaca ketika dia berada di sekolah menengah.




"Semasa sekolah rendah, huruf yang ditulis masih gemuk dan apabila meningkat usia tulisan pun tiba-tiba jadi semakin kurus.

"Disebabkan itu, sejak sekolah menengah cikgu selalu pesan supaya saya menulis dengan baik terutama sekali semasa menjawab soalan peperiksaan.

"Jadi semasa menduduki peperiksaan, saya akan berusaha membulatkan setiap abjad yang ditulis," jelas anak ketiga daripada empat beradik.

Terdahulu perkongsian Khairiah tentang tulisan tangannya tular dan menarik perhatian ramai di TikTok.



Ia susulan penerangan pada video tersebut seakan merungut apabila pensyarahnya didakwa akan menggagalkannya gara-gara mempunyai tulisan yang buruk ketika menjawab soalan peperiksaan.

Khairiah turut berkongsi contoh tulisan tangannya pada video tersebut.

Susulan itu netizen meninggalkan komen yang rata-rata berpihak kepada pensyarah gadis berkenaan apabila mereka turut bersetuju tulisannya sukar dibaca.



Kata netizen mereka juga akan melakukan perkara sama jika berdepan situasi tersebut.

Bagaimanapun ujar Khairiah, dia tidak menyangka ramai yang salah faham dengan menyifatkan dia cuba menyalahkan tenaga pengajar tersebut.

"Saya sedar itu adalah kesalahan saya sendiri dan memerlukan sedikit masa untuk membaikinya," luahnya.

Mengimbas kembali tentang bentuk tulisannya itu, anak jati Selangor ini memberitahu dia pernah ditegur semasa berada di tahun pertama pengajian.

Lagi membimbangkan apabila pensyarah pernah memberi amaran supaya dia membaiki tulisan tangan bagi mengelakkan keputusan peperiksaannya gagal.

"Pensyarah bagi amaran sebab dia sudah berusia dan sukar untuk membaca tulisan saya yang halus. Selalunya semasa ujian di dalam kelas, nama saya pasti akan dipanggil ketika dia menanda kertas jawapan.

"Dia juga pernah nyatakan sukar untuk memberi markah peperiksaan kerana tidak dapat membaca dan memahami tulisan tangan saya.

"Pada awal waktu ujian memang saya akan berusaha sebolehnya membulatkan huruf tetapi apabila masa hampir tamat, ia automatik bertukar kepada asal," luahnya.

Mengakui pernah migrain apabila melihat tulisan tangan sendiri dari jarak jauh, dia kini kembali membuat latihan tangan bagi membaiki tulisan.



"Saya pernah buat latihan dan sebenarnya selepas ditegur pada tahun pertama, saya dah ubah tapi disebabkan kelas dalam talian selama dua tahun, jadi rentak menulis tu dah tak ingat," katanya.

Tambahnya, semasa mengikuti latihan industri baru-baru ini, dia bersyukur kerana tidak perlu banyak menulis di atas kertas sebaliknya maklumat yang diperoleh akan dimasukkan terus ke dalam perisian komputer.

Dokumen berkaitan mahkamah pula akan dicetak.

"Tapi walau bagaimanapun, saya perlu baiki tulisan tangan kerana akan datang perlu mengisi borang untuk client," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-5-2022 05:51 PM
Ramai tak tahu tulisan pun boleh bantu bagi markah tinggi atau rendah oleh itu tulislah dengan tulisan yang memudahkan orang yang membacanya
Quote HappyGumbira 18-5-2022 12:59 AM
kat court pun ada je lawyer kena sound tulisan buruk isi form yang kena bagi kat judge. dulu la
Quote anony-mous 18-5-2022 02:06 PM
Ya ampun!! Mmg hodoh sakit mata tulisan dia. Jd la cikgu / pensyarah baru ko tau sakit kepala kena hadap tulisan mcm tu
Quote SedihPedih 18-5-2022 02:30 PM

kalau i cikgu/lecturer kena baca karangan panjang2 tulisan hodoh, mmg iols lambungkan aja...
Quote shernazz 19-5-2022 06:02 PM
Dah memang cakar ayam
Kau tak terima hakikat ke?
Cikgu kat skola mesti dah sound tp ko tehtap rasa tulisan kau mmg boleh paham.khennn
Quote felinecat 19-5-2022 07:44 PM
Makeup boleh pulak kemas2, tulisan xboleh pulak buat kemas2
Quote makita 20-5-2022 08:58 AM
Lecturer meols senang je bagi markah..
Yg mana aseimen plg pendek yg tu dpt A
Quote annehuda 20-5-2022 09:03 AM
ada kawan aku penah share, makin buruk tulisan seseorang tu makin genius katenye. maybe sis ni feeling die genius kot tu yg tulisan cakar ayam tu
Quote cikdot 20-5-2022 11:10 AM
aku rasa tulisan dia kemas je, as in takde la ke atas bawah or bersambung2 ke apa. tapi maybe nipis sangat sampai tak nampak huruf properly.

kalau telek betul2 rasanya most of the words boleh dipahami je. tapi yelah lama la jugak nak memaham esp kalau tulis panjang2 gitu
Quote dua_chzy 20-5-2022 11:19 AM
Sapa la ajar kau buat perenggan panjang gitu. Dah la tulisan jenis kurus halus. Mesti dari SK SMK lagi ko dah kena tegur pasal tulisan tapi tak makan saman.
Quote dua_chzy 20-5-2022 11:20 AM
Perenggan 1 tu tahap panjangnya dah boleh bahagi kepada 2 perenggan. Then untuk memudahkan lecturer ko baca tulisan ko, ko boleh tulis ayat2 ko selang 1 baris. Nampak lebih kemas, lebih teratur.
Quote kakigojes 20-5-2022 01:31 PM
Law kat uitm belajar BM ke English? I selalu confuse, kalau belajar BM, dalam court Malaysia pakai BM atau English? And vice versa.. soalan serious Terima kasih
Quote nuryakmal 20-5-2022 05:07 PM
ko tau course yang ko pilih ni mmg menulis je keja nya. so properlah sikit tulisan.
Quote nuryakmal 20-5-2022 05:08 PM
kakigojes replied at 20-5-2022 01:31 PM
Law kat uitm belajar BM ke English? I selalu confuse, kalau belajar BM, dalam court Malaysia pakai B ...

kat court pakai bahasa melayu. kalau nak guna english kena mintak kebenaran. tapi jarang lah...

Quote kakigojes 20-5-2022 07:10 PM
nuryakmal replied at 20-5-2022 05:08 PM
kat court pakai bahasa melayu. kalau nak guna english kena mintak kebenaran. tapi jarang lah...

...

Thank you! Tapi I hairan jugak kalau court pakai BM, tak pening ke belajar English
Quote renko 21-5-2022 11:20 AM
memang buruk pun
xpadan muka
Quote epal21 21-5-2022 12:19 PM
Macam mana nak baca tu? Iols pun geng tulisa  hodoh juga, masa sekolah menengah selalu kena komen 'sila baiki tulisan anda' tapi masihlah boleh dibaca patah perkataannya. Adik ni dah rupa guna hieroglif je.
Quote epal21 21-5-2022 12:22 PM
Artemesiaa replied at 17-5-2022 09:51 AM
Ramai tak tahu tulisan pun boleh bantu bagi markah tinggi atau rendah oleh itu tulislah dengan tulis ...

Itulah, kalau iols jadi lecturer dia kosongkan je markah tu. Dia ingat dia sorang je student lecturer tu? Tulisan macam org malas nak pegang pen dengan condongnya lagi. Selayaknyalah belajar menulis abjad guna buku abc balik.
Quote ezacbee 21-5-2022 04:47 PM
Buruk sangat susah nak baca.. kasi kosong je

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 02:01 AM GMT+8 , Processed in 4.301265 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top