CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lukisan Picasso Yang Hilang Rupa-Rupanya Berada Di Rumah Balu Diktator Filipina

15-5-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2874| Komen: 31

Description: MANILA – Sebuah lukisan karya artis seni Sepanyol, Pablo Picasso yang dilaporkan hilang telah dikesan di rumah ibu kepada Presiden Filipina yang baharu, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr, lapor akhbar ...
MANILA – Sebuah lukisan karya artis seni Sepanyol, Pablo Picasso yang dilaporkan hilang telah dikesan di rumah ibu kepada Presiden Filipina yang baharu, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr, lapor akhbar The Sun.


Lukisan dinamakan ‘Reclining Woman VI’ itu dilihat tergantung di dinding ketika temu bual bersama Marcos Jr diadakan. 

Karya mendiang Picasso yang tidak ternilai itu yang pada asalnya dipercayai diarahkan untuk dirampas daripada keluarga Marcos pada 2014 bersama tujuh lukisan lain.

Foto: CEN

Keluarga itu dipercayai membelinya menggunakan wang hampir £8 bilion (RM43.15 bilion) yang dirampas daripada rakyat ketika pemerintahan mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos.


Kewujudan lukisan itu dikesan ketika isteri mendiang, Imelda Marcos ditemui dalam satu segmen temu bual berkenaan.

Lukisan yang dilaporkan bernilai sekitar £125 juta (RM674.3 juta) itu pertama kali dilihat dalam satu dokumentari pada 2019, ‘The Kingmaker’ arahan pengarah dari Amerika Syarkat, Lauren Greenfield.

Dalam dokumentari tersebut, Imelda mempamerkan lukisan tersebut bersama dengan beberapa artifak lain yang mahal dan jarang ditemui dalam koleksinya.

Bagaimanapun, apabila penyiasat tiba di rumah Imelda di bandar Makati di selatan Manila, mereka tidak menemui lukisan itu.

Kini, ia telah muncul semula setelah hampir tiga tahun selepas anak lelaki Marcos, Ferdinand Marcos Jr, memenangi pilihan raya presiden pada minggu ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lukisan itu asli atau replika. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-5-2022 04:52 PM
Bumiputera Pelipin tetap mahu naikkan kembali keturunan ni walaupun tahu sejarah hitam gimana. Selayaknya.
Quote musangbodoh 15-5-2022 05:57 PM
dalam setandan pisang x semua busuk.....tiberrrrr
Quote kechikchomel 15-5-2022 06:02 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 04:52 PM
Bumiputera Pelipin tetap mahu naikkan kembali keturunan ni walaupun tahu sejarah hitam gimana. Selay ...

Benda yg iolss paling igt pasal imelda ni yg lecturer iolss citer..dia byk kasut

OT: kaka tau tak apa maksud utus? Haritu kawan iolss kadus, dia curhat kat FB, bagitau utus dia meninggal. Pastu dia ada mentioned 'she'
Quote xAthenax 15-5-2022 06:04 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 04:52 PM
Bumiputera Pelipin tetap mahu naikkan kembali keturunan ni walaupun tahu sejarah hitam gimana. Selay ...

kita pun kearah itu juga
Quote dua_chzy 15-5-2022 06:06 PM
xAthenax replied at 15-5-2022 10:04 AM
kita pun kearah itu juga

Memang pun. Berpuluh tahun buat2 buta sokong nepotisme dalam politik.
Quote cmf_premierleag 15-5-2022 06:07 PM
Cash lah buat ummah pilipin yg bodoh pi vote anak marcos jd presiden baru
Quote dua_chzy 15-5-2022 06:08 PM
kechikchomel replied at 15-5-2022 10:02 AM
Benda yg iolss paling igt pasal imelda ni yg lecturer iolss citer..dia byk kasut

OT: kaka tau  ...

Tatau sis. Nenek kot maksudnya? Aiol tak arif pasal bahasa bumiputera Pelipin ini.
Quote cmf_premierleag 15-5-2022 06:09 PM
Harga lukisan £125 juta (RM 674.3 Juta)
Di saat ummah pilipin siap ada yg stay atas kubur sbb takde rumah,takde tanah sbg tempat tinggal
Atas kubur ya
Yg bawah jambatan toksah cakap laaa

Quote Skuau 15-5-2022 06:16 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 06:06 PM
Memang pun. Berpuluh tahun buat2 buta sokong nepotisme dalam politik.

aku jual tanah betul..ko jual tanah salah...nk pilih sapa???
Quote dua_chzy 15-5-2022 06:20 PM
Skuau replied at 15-5-2022 10:16 AM
aku jual tanah betul..ko jual tanah salah...nk pilih sapa???

Alang2 takyah beli la kalau bikin sakit kepala.
Quote dua_chzy 15-5-2022 06:22 PM
cmf_premierleag replied at 15-5-2022 10:09 AM
Harga lukisan £125 juta (RM 674.3 Juta)
Di saat ummah pilipin siap ada yg stay atas kubur sbb takd ...

Stay atas kubur tu aiols boleh terima lagi.

Yang sampai tahap korek tempat pembuangan sampah untuk kutip sisa makanan @ makan pag-pag tu memang tak tau nak kata apa dah.
Quote rosmahisham 15-5-2022 07:35 PM
Lukisan buruk cam gitu pon sanggup bayo berbiliion2 lain macam nafsu serakah depa laki bini nih!
Quote hashashes 15-5-2022 09:11 PM
rosmahisham replied at 15-5-2022 07:35 PM
Lukisan buruk cam gitu pon sanggup bayo berbiliion2 lain macam nafsu serakah depa laki bini nih!

Orang2 kaya memang camtu lah hobi nya, beli lukisan yang mahal2 ni masa auction so sape yang palling tinggi bid dia lah dapat. Busuk2 ratus ribu & juta2 yach. Tak main lah frame kat Kaison 19.90 jah
Quote Nham22 15-5-2022 09:27 PM
Aku xpaham.. Lukisan tu ade keluarkan ramalan mase depa ke ape.. Punyela mahai sampai ratus2x juta.. Pelukis die terkenai sgt ka..
Quote Firenzza 15-5-2022 10:01 PM
Kt tanah air pun nak ikut jejak yg sama
Quote msdummy.2018 16-5-2022 07:47 AM
Firenzza replied at 15-5-2022 10:01 PM
Kt tanah air pun nak ikut jejak yg sama

Betul cko ko..negara diaorg kantak p lah..mslhnya negara kita pub dh nk hd mcm diaorg ni
Quote Atata 16-5-2022 08:59 AM
hashashes replied at 15-5-2022 09:11 PM
Orang2 kaya memang camtu lah hobi nya, beli lukisan yang mahal2 ni masa auction so sape yang palli ...

19.90 pon masih mahal masalahnye
Quote she 16-5-2022 09:06 AM
Macik suka seni halus
Tapi karya2 agung ni kemain harga jahil
Gigih letak harga billion2

Btw Imelda tu lawa dari kecik
Boros tu biasalah
Duit bergunung depan mata
Dia macam Kak Ros masa kecik hiduo susah asal kampung
Quote Suchi 16-5-2022 09:11 AM
Nham22 replied at 15-5-2022 09:27 PM
Aku xpaham.. Lukisan tu ade keluarkan ramalan mase depa ke ape.. Punyela mahai sampai ratus2x juta.. ...

Gitula nilai hasil seni hehe Pablo Picasso tu kan pelukis terkenal.

Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.077559 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top