CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Guna Rekod Pergigian Kenal Pasti Identiti 3 Lagi Jenazah Penuntut USAS

13-5-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2185| Komen: 16

Description: Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah ...
Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara awal pagi Khamis.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti.


Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS. - Gambar/ Bernama

"Buat masa sekarang, pihak hospital cuba menggunakan rekod pergigian untuk membuat perbandingan dengan gigi mayat.


“Sekiranya terdapat persamaan, maka identiti mereka boleh dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa telah selesai dan hanya menunggu pengesahan rekod pergigian sebelum jenazah dibawa pulang oleh waris untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun kata beliau, sekiranya kaedah pengecaman melalui rekod pergigian tidak berjaya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan, yang memerlukan lebih masa.

"Oleh itu, waris setiap keluarga telah memberikan sampel untuk ujian DNA yang akan dihantar ke Jabatan Kimia di Cheras untuk dianalisis,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS.

Mangsa yang terlibat ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aienul 14-5-2022 12:47 AM
Allahuakbar. Semoga dipermudahkan urusan
Quote lyss0909 14-5-2022 01:02 AM
Salam takziahhhg
Quote fealefea 14-5-2022 07:16 PM
Ntah bila kita nk start bank dna nih
Quote Skuau 14-5-2022 07:36 PM
pada akhirnya... 'dunia' hnya melihat perkara ini...hanyalah...'kemalangan yg meragut nyawa'...semata.Sayang sekali 'tidak diperuntukkan undang2 sbg membunuh tanpa niat andai ia berpunca drp sikap manusia'...'Geram'.
Quote angelofish 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?
Quote miszclassique 15-5-2022 12:29 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

Zaman sekolah menengah punya record kot, kan tetiap tahun ada klinik datang sekolah check gigi student2 for free
Quote Lentera 15-5-2022 12:33 AM
Alhamdulillah dah dapat dikenalpasti dan dah selamat dikebumikan pagi tadi. Semoga ditempatkan di kalangan hamba2 yg beriman..
Quote kepompong 15-5-2022 01:43 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

klinik gigi nak menolong. bukan nak jaja gigi patient sembarangan lah
Quote JIGON 15-5-2022 03:12 AM
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un, wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun, allahummaktubhu ‘indaka fiil muhsinin, waj’al kitaabahu fii ‘illiyyiin, wakhlufhu fii ahlihi fil ghaabirin, wa laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.

Salam Takziah
Quote cmf_almondpecan 15-5-2022 03:38 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

Kalau ada kes kematian melibatkan mayat susah nak cam memang klinik gigi akan diminta tampil memberikan maklumat sekiranya ada. Misalnya masa kes MH17 dulu, Persatuan Pergigian Malaysia memang meminta ahli2 membantu jika ada rekod pergigian mangsa.
Quote pittjie 15-5-2022 08:11 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

'customer' doktor dipanggil patient dik. Klinik Gigi bukan jaja rekod patient gitu2 saja. Nak dapatkan rekod patient Dari mana2 klinik atau hospital pun mesti ada procedure dia.
Quote reddots 15-5-2022 08:21 AM
sedih lak bila baca psl ni.
klu dh sampai nak kecam guna dna gigi,
tp baru td ad nampak video mak driver, dia cakap masa nak buat pengecaman mayat, memula ingat dan terbayang akan tengok arang jer. tapi alhamdulillah, jenazah masih utuh, hanya terbaring mengiring kekiri. dan keadaan kaki dan peha masih elok. cuma kaki patah dan tengorak pecah. semasa mandikn pun ada darah mengalir.
jenazah sorang lagi, mak dia ckp wajah dia mcm hidup.
Quote dodolgemok 15-5-2022 08:52 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

Lahh dh kalau jadi kes polis, polis boleh je mintak klinik gigi utk sediakan rekod Pergigian tu. Rahsia apa lgi kalau dh jadi kes polis dek??
Quote mrsamz 15-5-2022 09:50 AM
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

What do u mean klinik gg tak reti jaga rahsia customer? Mmg mcm tu la caranya wei..dedulu kes plane crash nak identify body mmg guna rekod pergigian..trace balik satu2 kat mana last mangsa2 ni ada pegi cek gg
Quote mrsamz 15-5-2022 09:51 AM
dodolgemok replied at 15-5-2022 08:52 AM
Lahh dh kalau jadi kes polis, polis boleh je mintak klinik gigi utk sediakan rekod Pergigian tu. R ...

Aku saspek dia tu bbnu..csi pun tak penah tengok agaknya
Quote Artemesiaa 15-5-2022 11:31 AM
SOP nya macam tu untuk kemalangan jenis macam tu kan kenalah ikut mujur semua dah dipermudahkan

Lihat semua komen(16)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071953 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top