CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Selepas Beri Kereta Mewah, AC Mizal Dah Siapkan Stesen TV Untuk Wariskan Kepada Anak

13-5-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8902| Komen: 112

Description: Datuk AC Mizal menegaskan pemberian kereta mewah Mercedes Benz C300 yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien sempena ulang tahun ke-18 adalah untuk mengaj ...
Datuk AC Mizal menegaskan pemberian kereta mewah Mercedes Benz C300 yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien sempena ulang tahun ke-18 adalah untuk mengajar anaknya menjadi lebih dewasa dan matang. 


AC Mizal berkata, video kejutan yang dikongsikan di media sosial bukanlah untuk memberi contoh kepada ibu bapa lain, sebaliknya atas keinginan diri yang sudah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya itu.


Foto: IG

"Sebenarnya pemberian itu supaya dia jadi lebih dewasa dan bukan budak-budak lagi. Saya dan isteri pun sudah siapkan stesen TV untuk dia warisi, jadi sudah tiba masanya dia lebih matang dalam menjalani kehidupan dan berdikari. 


"Tiada istilah mahu manjakan anak kerana saya menganggapnya perkara normal. Saya sudah bekerja kuat selama ini dan apa salahnya untuk saya hadiahkan anak saya kereta. 

"Walaupun ada yang berpendapat sebegitu selepas saya kongsikan di media sosial, tapi saya tiada niat nak cerita kepada orang kerana pengikut dia media sosial juga ada ramai kenalan saya. 



"Saya bukan nak bagi contoh kepada ibu bapa lain, tapi lebih kepada diri sendiri nak hadiahkan sesuatu kepada anak. Saya pun dah tua jadi sudah tiba masanya saya menikmati kehidupan ini bersama keluarga,"katanya ketika ditemui pada majlis Jom Raya Setikar bersama iQiyi yang diadakan di sebuah restoran di sini, semalam.

Menurut AC Mizal,  pada mulanya dia mahu menghadiahkan sebuah kereta 'sport' dua pintu, namun anaknya menolak kerana memikirkan keselesaan serta kesukaran untuk membawa ahli keluarganya bersama nanti. 



"Saya dan isteri memang sudah lama menyimpan impian untuk belikan Damien sebuah kereta sebaik dia berusia 18 tahun. 

"Pada awalnya saya tawarkan dia kereta 'sport' dua pintu tapi dia menolak kerana alasannya nanti susah nak bawa nenek, adik serta famili. Dia nakkan kereta yang miliki empat pintu dan kami pun akhirnya memilih Mercedez Benz C300 selepas pandu uji beberapa kenderaan lain.

"Ketika saya belikan kereta ini dia akui takut dan bimbang jika kereta itu tercalar atau terbabit kemalangan, tapi saya cuba yakinkan dia kerana tiada seorang pun bawa kereta untuk langgar orang,"katanya. 





Terdahulu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang ke-18, pasangan selebriti AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida menghadiahkan kereta mewah berkenaan kepada Muhammad Reeve Damien.



Emylia menerusi perkongsian di TikTok berharap anak lelakinya menjadikan hadiah itu sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih menimba ilmu dalam segala aspek kehidupan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 13-5-2022 03:43 PM
semoga tak lupa nafkah anak2 yang lain yaa...
Quote whimsicalmusic 13-5-2022 03:46 PM
Yg kerja kuat tu ko..bkn anak ko..nak ajar tanggungjawab xyah pakai kete mahal..bnda semua spoonfeed cmne nk belajar btanggungjawab..anak2 laki ko lg 2 org tu pakai kete ape lak eh?
Quote m2506 13-5-2022 03:47 PM
bertuah anak2 ni... jgn dlupa anak2 dgn ex wife ye..sian mereka.. bila baca psl nih
Quote Kancilkering 13-5-2022 03:53 PM
rasa dia ni nak berlawan ngan ifa rasiah lah…..sapa bizniz terpaling
Quote mamajawie 13-5-2022 03:58 PM
saja je ke nk bagi anak2 lain sakit hati??btw tinted ni makin lama mkin kelabu muka..
Quote bedahmenjuyah 13-5-2022 04:08 PM
Ackiok baca forum ke. Benang dah ada pastu forumner dok ckp apsal beli kereta org tua. Terus dia counter nak beli sport car bagai. Anyway takde la seprais kan. Anak dah siap test drive nak pilih kereta bawak nenek bagai
Quote mawarkhayalan99 13-5-2022 04:34 PM
kemain hidung acik tinted
Quote cikatilia 13-5-2022 04:39 PM
anak pompuan dia tgh merempan gemok tu
14 aje baru pon
pastu dok fak kena masuk kelas kena g sekolah.. hate from gut segala
Quote mojarean_X 13-5-2022 04:43 PM
Gigihlah Tok Gelang nk justify, nmpk sgt terkesan dgn kecaman acik porem sejak dari anak sulung dia kahwin ari tu
Quote ally9970 13-5-2022 04:45 PM
Beli keta utk anak pun heboh 1 dunia...
Quote AshkieLa 13-5-2022 05:02 PM
semoga dua abang2 yg disisihkan sabar..
harta dunia ni tak kemana...
Quote chekacheku 13-5-2022 05:06 PM
Harta2 ni debu dunia je..
Quote doubleA 13-5-2022 05:13 PM
Anak, harta pun antara ujian dunia. Semoga 3 S yg lain teruskan hidup dengan biasa dan lebih tenang. Lantakkan jela deme ni menongkat langit.
Quote mendeluk 13-5-2022 05:17 PM
Saja tanya kenapa
Dia berdendam sangaaat dgn ex wife dia eh?
Quote BoongaKertas 13-5-2022 05:18 PM
untuk anak2 yg lain, meols doakan u guys diberikan rezeki lain yg lebih baik serta besar berkat ketidakadilan layanan ini (sekiranya betul gosip itu)
Quote jihyomelly 13-5-2022 05:23 PM
mawarkhayalan99 replied at 13-5-2022 04:34 PM
kemain hidung acik tinted

kaka pun terganggu dgn idung acik tinted..dah bleh geng acik lana..renovate kat klinik yg sama ke?
Quote sofi_sofia 13-5-2022 05:55 PM
kenapa beraya dlm umah sendiri pun nak kena bawak beg?
Quote Ninani 13-5-2022 06:00 PM
Sebenarnya, kalau sayangkan anak, beri dia pelajaran dunia dan akhirat. Nanti pandailah dia gunakan ilmu tu untuk cari harta bagi survival dunia dan akhirat. Manjakan anak dgn harta-benda  tanpa ilmu, khuatir jadi manja dan tak boleh survive je. Harta tanpa ilmu ni xguna jugak.
Quote auntyonion 13-5-2022 06:02 PM
mendeluk replied at 13-5-2022 05:17 PM
Saja tanya kenapa
Dia berdendam sangaaat dgn ex wife dia eh?

Dah lama trtanya benda sama harap ada yg sudi jawabkan

Lihat semua komen(112)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.225100 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top