CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dah Puas Khatijah Tan Pujuk, Pierre Andre Masih Merajuk Dengan Industri Seni

13-5-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5201| Komen: 60

Description: Bertahun-tahun lamanya menyepi dalam dunia seni lakon dan pengarahan, ibu kepada pelakon, Pierre Andre, Khatijah Tan, menjelaskan dia juga sudah tidak tahu cara bagaimana untuk memujuk anaknya itu unt ...
Bertahun-tahun lamanya menyepi dalam dunia seni lakon dan pengarahan, ibu kepada pelakon, Pierre Andre, Khatijah Tan, menjelaskan dia juga sudah tidak tahu cara bagaimana untuk memujuk anaknya itu untuk kembali aktif dalam industri seni.


Menurut Khatijah, selama Pierre ‘menghilang’, dia juga seringkali menjadi tempat pertanyaan ramai terutama orang industri yang mencuba untuk mendapatkan kembali khidmat seni anaknya itu.


Foto: Google

“Bukan saya tak pernah pujuk dia. Lagipun ramai tanya pada saya. Ada satu ketika, saya pernah bertanya pada dia sendiri, kenapa. Dia kata bohonglah kalau dia tak rindu dengan industri seni.


“Tapi satu daripada puncanya kerana dia terlalu kecewa. Sebab, jangkaan dia terhadap industri ini terlalu tinggi dan dia orang yang sangat sensitif. Bila dia tak dapat, dia jadi merajuk dengan industri.

“Bukan saya nak puji anak, tapi sebenarnya, dia adalah orang yang sangat kreatif.Sebenarnya, banyak skrip yang dia buat, tapi dia tak nak jual pada orang kerana dia tak dapat apa yang dia nak. Mungkin juga sebab dia jumpa orang yang salah sehingga menyebabkan idea dan karyanya terbantut,”katanya.

Khatijah berkata demikian semasa ditemui di majlis tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia di ibu kota, kelmarin.

Selain itu, kata pelakon berusia 62 tahun ini, dia juga tidak menolak bahawa Pierre mungkin mempunyai idea atau ilham yang lebih ke hadapan berbanding dengan apa yang disajikan oleh industri sekarang namun terhad kerana kekangan kewangan atau peralatan yang tidak seiring dengan karyanya.

“Dia tak dapat orang yang serasi dan faham jiwanya. Orang seni kreatif ini dengan orang yang buat bisnes, lain. Bila kita nak berkreativiti, tapi orang itu nak bisnes, dia tak akan menyatu dengan baik.

“Jadi susah dan ia buat Pierre jadi kecewa. Melainkanlah kalau Pierre ini penerbit macam Datuk Yusof Haslam misalnya. Itu lain. Mungkin hak begini yang membuatkan akhirnya dia malas dan merajuk dengan industri,”katanya.

Dalam pada itu, kata Khatijah lagi, dia yang kini menetap di Ipoh sementara Pierre pula di Ampang, Kuala Lumpur tetap berhubungan dan cuba bersama-sama membantu minat anaknya itu yang kini beralih kepada bahan kandungan di Youtube.

Kata Khatijah, menerusi saluran Andre Brothers Pictures di platform berkenaan, Pierre berkongsi cerita pelbagai bersama adiknya, Mikail Andre dan kini telah menarik banyak jumlah tontonan dan peminat.

“Saya pun ada ketika terlibat sama di saluran tersebut. Tetapi memandangkan perkongsian Pierre di situ cenderung kepada kisah-kisah mistik dan hantu, saya pun ceritalah dari sudut pengalaman buat penonton saluran itu.

“Ternyata ramai juga yang suka dengan cerita-cerita hantu yang dikongsikan. Saya pun sementara duduk di Ipoh tak ada kerja, bolehlah bantu dia buat itu,seronok juga. Sekurang-kurangnya orang yang rindu nak tengok saya, boleh tengok di situ,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mademoisellee 13-5-2022 03:31 PM
Dia ni start senyap Lepas kes dia kena catfish dgn perempuan yg tak wujud tu kan? Sehingga menggemparkan seluruh industri gitu
Quote Nenasketum 13-5-2022 03:35 PM
Ada ke anybodi missing him?
Quote mizruncing 13-5-2022 03:53 PM
nape ek dia merajuk ngan dunia seni? trtinggal ketapi plak pasal ni
Quote prettyuglybabe 13-5-2022 03:59 PM
penangan maya darina
Quote akuMNdia 13-5-2022 04:03 PM
aku ingat2 lupa dah pasal maya darina tu.
tapi sungguh ke dia nyorok sbb kes catfish ni?
Quote prince_marhaen 13-5-2022 04:19 PM
merajuk ke? atau sebab dah malu kantoi kes kena scam ngan bapok Maya Darina sampai mengamuk-ngamuk dulu tu? ke ada kena ugut video tumbuk sambal ke apa ke? ekekekekeke.... kalau idea & kreativiti kau tak diterima, macam mustahil, banyak je filem berat, filem merepek, filem deep, semua genre keluar je panggung kalau kena dengan productionnya...kalau nak 100% ikut hati perut kau maybe kena jadi producer sendiri kot..kalau takat idea skrip, for sure kena rombak ngan pengarah, produksi, penapisan lagi...banyak org terlibat..kalau nak filem feeling2 100% hasil kau, kau lah invest, kau director, kau pelakon, kau promo, etc etc sendiri..
Quote taji2906 13-5-2022 04:21 PM
Mademoisellee replied at 13-5-2022 03:31 PM
Dia ni start senyap Lepas kes dia kena catfish dgn perempuan yg tak wujud tu kan? Sehingga menggempa ...

betul2.. masa tu ntah sapa la kencing dia kan..
tp dia berlakon takde la best sangat n pelat dia ketara
Quote per706 13-5-2022 04:26 PM
Rajin layan utube dia..best gak..tak yah la masok industri…yg mainstream pon tah ape2 da skang..maintain je la u tube tu..tayang kat u tube sndiri je ok gak
Quote tripleid 13-5-2022 04:49 PM
Merajuk sbb filem2 sampah dia x laku ke?
Quote mojarean_X 13-5-2022 04:52 PM
Iols cuma ingat dia dlm dunia baru je
Quote Mademoisellee 13-5-2022 05:20 PM
taji2906 replied at 13-5-2022 04:21 PM
betul2.. masa tu ntah sapa la kencing dia kan..
tp dia berlakon takde la best sangat n pelat dia k ...

Tak silap scriptwriter MIG production, Lepas kantoi Tu, scriptwriter tu kena pecat. Kes ni famous gila ditambah pulak dgn Julia Ziegler and Yana shamsudin pun ada bagi Komen pasal kes ni,dorang pelik dgn perangai Pierre time tu. Yg bestnya scriptwriter tu masih wujud menjadi scriptwriter sehingga kehari ini, banyak je nama dia as scriptwriter I nampak kat drama2 tv. Uols Google je Maya Darina Pierre Andre, bersepah info from A-Z
Quote BoongaKertas 13-5-2022 05:21 PM
iols crush kejap heols dlm gol & gincu. comel kot heols dgn putri farhana.
Quote Mademoisellee 13-5-2022 05:24 PM
Tak lupa juga, selain Pierre, Faizal Tahir, Pekin juga senasib
Quote SisLena 13-5-2022 05:25 PM
BoongaKertas replied at 13-5-2022 05:21 PM
iols crush kejap heols dlm gol & gincu. comel kot heols dgn putri farhana.

Kan..suka tgk.
Quote kaoru44 13-5-2022 05:35 PM
Ow..dia merajuk eh..
Quote Rogue98 13-5-2022 05:48 PM
Takperlah kalau sensitip sangat ..biarlah duk kat YouTube tu...nanti tak habis2 citer maya darina keluar....kitorang bizi byk lagi citer artis nak kena cover...
Quote auntyonion 13-5-2022 05:59 PM
Kesian dia ken catfish ke turn out jd cmni crush dulu dia dgn putri farhana gng comel
Quote Kancilkering 13-5-2022 09:30 PM
sekarang cam org tabligh pun hado…
godaan masa zaman glamer…gitu lah….sekali kene…
Quote Belibis 13-5-2022 09:33 PM
prettyuglybabe: penangan maya darina

Bermadu dengan pekin ke watak pompuan lain?

Lihat semua komen(60)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069598 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top