CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Miss You Baby” - Pengguna TikTok Diserang Muat Naik Video Treler Langgar 5 Pelajar USAS

13-5-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2951| Komen: 12

Description: Berita kemalangan membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada malam Rabu kelmarin, masih segar dalam ingatan dan menjadi bualan rakyat Malaysia.
Berita kemalangan membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada malam Rabu kelmarin, masih segar dalam ingatan dan menjadi bualan rakyat Malaysia.



Kredit foto: TikTok

Belum reda berita nahas kemalangan yang menimpa lima pelajar malang berkenaan, tular pula video lori treler tersebut dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok dengan kapsyen kurang sensitif.

Pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Kishok Kumar itu dipercayai bekerja sebagai pemandu lori dan sering memandu lori treler sama seperti yang merempuh kereta mangsa.


“I really miss you baby come back,” coretnya.

Gara-gara muat naik video berkenaan, ramai mendakwa pemilik media sosial tersebut merupakan pemandu sama menyebabkan kemalangan tersebut. 

Namun, ia disangkal segelintir warganet dengan menjelaskan pemandu lain memandu treler berkenaan ketika kemalangan meragut nyawa itu.



Meskipun begitu, muat naik berserta tulisan kapsyen yang kurang sensitif seperti itu membuatkan ramai pengguna media sosial berasa tidak puas hati terhadap pemilik TikTok terbabit apatah lagi kemalangan tragis tersebut meragut nyawa kesemua mangsa di tempat kejadian.



Lima penuntut USAS yang maut berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak itu ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-5-2022 04:15 PM
kadang sesetengah abang lori ni over macam dia terpaling kerja susah, sikit2 upload video sudikah jadi pasangan, sanggupkah faham kerja abang lori...sedih tak ada orang yang nak, hujung2 ajak kongkek kat belakang seat je sebenarnya...pastu suruh orang faham pulak bawak lori kena berhenti break angin drpd jauh la apa lancau lah.....dah itu kerja kau, gaji pun mahal nak mampos, yang tak main betina, tak main barang, tak berjudi elok je kaya-raya hidup senang aku tengok...yang biasa feeling-feeling ni biasanya yang kaki barang...pastu merepek..
Quote _kelly 13-5-2022 07:26 PM
prince_marhaen replied at 13-5-2022 04:15 PM
kadang sesetengah abang lori ni over macam dia terpaling kerja susah, sikit2 upload video sudikah ja ...


dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser
Quote cmf_premierleag 13-5-2022 09:03 PM
_kelly replied at 13-5-2022 07:26 PM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser

Memang pun...dpt gaji 8K terus rasa kaya
Tu level M40 je.
8k tu pun sbb komisyen trip je..basic tetap 1200
Bleh sustain ke nak dpt 8k tu tiap2 bulan
Kalo depa ni tunjuk slip gaji, mmg akan tunjuk yg tertinggi je dia dpt dlm memana bulan.
Sbb komisyen trip tu mmg tak tetap.
Tu pun ada betina impress nk gak kawen dgn drebar lori jd 2nd wife.pls do maths la
Quote cheezel 13-5-2022 09:07 PM
Geli betul. Tak sedar diri gelar diri sendiri pilot darat. Yikes. Pilot tu juruterbang bknnya geng lanyak kete org cm palat2 ni
Quote _kelly 13-5-2022 10:11 PM
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 09:03 PM
Memang pun...dpt gaji 8K terus rasa kaya
Tu level M40 je.
8k tu pun sbb komisyen trip je..b ...

upload payslip sambil kutuk pekerjaan org lain belajar tinggi2 tapi xdpt 8k sebulan..dah tu takkan semorang nk g bawak lori pulak kann..yang hat duk bangga dpt abg lori tu xtau la pikir camne siap berangkut anak2 naik lori sekali
Quote sambaldurian 14-5-2022 08:55 PM
Betul lori driver ni penting, sbb logistik kn. Sapa lg nk tlg bwk barang mknn, construction , petrol semua tu. Tp tu la kt Msia ni kemalangan ngeri punca dari brek x mkn la, tayar haus la. So company pun jgn la kedekut sgt x servis lori. Govt pun bg la diskaun harga tayar lori ke kt company. Kata negara pengeluar getah, apahal lori2 pki tayar celup. Menyampah tau nmpak serpihan2 tayar besar gedabak atas highway, kita pulak nk kena elak. Buat health screening ke, trip/shif munasabah ke.idok le menghigh beam kita suh bg laluan. Amek 'something high' ke.
Quote damsel_fiji 14-5-2022 09:24 PM
Edited by damsel_fiji at 14-5-2022 10:17 PM

Palat darat ni kan acah2 kerjaya terpaling sukar dan terpaling penting kat malaysia ni..
Quote xAthenax 14-5-2022 10:07 PM
kalau takat driving kat highway  di WM tak usah megah sangat lah
cuba  jadi pilot darat dari Pontianak  Kuching  Sibu Miri  Brunei KK
baru cerita
or jadi pilot trelar balak atas gunung jalan  tanah merah licin
baru tau
Quote renko 14-5-2022 11:09 PM
_kelly replied at 13-5-2022 07:26 PM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser

Nak dpt 8k kerja mcm babi tu dia xnk cite lak
Quote Lagubestbest 16-5-2022 03:50 AM
Edited by Lagubestbest at 16-5-2022 04:01 AM
cmf_premierleag: Memang pun...dpt gaji 8K terus rasa kaya Tu level M40 je.8k tu pun sbb komisyen trip je..basic tetap 1200 Bleh sustain ke nak dpt 8k tu tiap2 bu ...

I rasa tak salah diorang brag. faham2 la yang jadi driver lori ni rata2 kelas2 belakang/ ada problem nak hidup. Tup2 keje income lagi mahal dari kebanyakan engineer tanpa perlu masuk uni pun. Smooth je hidup, mana ada hutang ptptn bagai. PS: 8K tu rate income doktor gomen jawatan tetap okay, geng2 kontrak bawah kaki driver lori je.
Quote epal21 16-5-2022 09:06 AM
_kelly replied at 13-5-2022 11:26 AM
dorang kan "pilot darat" tu yg perasan habis..upload payslip 8k rasa mewah sangat dah..kosser

Khenssss. Tak habis2 nak emphasize kan gaji besar. Tak kuasa lah iols nak bertungkus-lumus kejar trip semata2 gaji rm8k.
Quote rospinki 16-5-2022 09:22 AM
Sakit otak punya worg..aku nk bkak vid tu pon tak sggup ni bole ulang2 tgk. Gila saiko

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069874 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top