CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Syirik Bila Percaya Benda Macam Ni," Betul Ke Mandi Di Tasik Dayang Bunting Boleh Cepat Dapat Baby?

13-5-2022 04:08 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 758| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Description: Kepada yang tidak tahu, apabila kita berkunjung ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi pasti kita akan melihat satu bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan terbaring dengan perut yang sedang ...
Sumber: Tiktok Royal Kaftan


Kepada yang tidak tahu, apabila kita berkunjung ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi pasti kita akan melihat satu bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan terbaring dengan perut yang sedang bunting.

Sejak dari dahulu lagi tasik ini sangat popular di mana ada mitos yang mengatakan bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan zuriat dengan cepat boleh berikhtiar dengan mandi atau berendam di tasik itu. Selalunya orang yang susah untuk mendapat zuriat pasti akan dinasihati oleh rakan-rakan atau keluarga sendiri untuk pergi ke tasik itu. 


Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Royal Kaftan telah memuatnaik satu video di platform itu untuk memberitahu kepada orang ramai mengenai keberkesanan mitos tersebut apabila selepas seminggu wanita itu pulang dari tasik tersebut, dia akhirnya mengandung.


Namun perkara itu telah menimbulkan kerisauan ramai dan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Malissa Ali juga tampil untuk meluahkan rasa kebimbangannya terhadap video tersebut kerana takut menyesatkan orang ramai.


Menurut Malissa, ikhtiar yang dilakukan oleh wanita itu ialah perkara khurafat dan boleh jatuh syirik kerana ia memesongkan akidah seseorang.

Ternyata ramai netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan Malissa dan mengatakan bahawa amalan ini tidak seharusnya dilakukan terutamanya kepada individu beragama Islam. -CARI

Sumber: Tiktok Royal Kaftan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-5-2022 04:37 PM
daripada dulu kan orang percaya benda ni... padahal waktu tu ko tengah happy bercuti, tenang, mood cantik, kebetulan pulak subur, 3D2N (pakej paling murah lah contoh) hari-hari main, kejap2 balik hotel kongkek lagi...mana tak balik pregnant.. kalau gitu semua yang balik holiday esp honeymoon tu kalau pregnant tu kuasa sakti tempat kau honeymoon ke? kalau honeymoon kat temerloh, kena tukar sungai temerloh bunting ke??
Quote Belibis 13-5-2022 07:22 PM
Dayang nurfaizah tersenyum sinis[em:3:]
Quote musangbodoh 13-5-2022 08:09 PM
bos aku 7 tahun xdpt anak...sekali g bercuti kt gold coast tros bunting bininyer...makan modal...skrg dh ade 3 anak....
Quote Normabaru 14-5-2022 12:06 PM
Jah sempat berendam x masa melangkawi dulu?

Bilal lahir bulan 1 so made in Langkawi masa work outstation chatime halimunan tu la kan kan
Quote sambaldurian 14-5-2022 08:44 PM
Rosie phua chu kang pun dpt anak kembar dgn chu kang lepas dia terjatuh dlm tasik ni kn dlm citer tu [em:3:] mungkin la kot ada mineral2 yg memasuki tubuh badan waktu berendam tu ke, so melancarkan perjalanan sperm ke. Ekeke
Quote eyansss 15-5-2022 03:35 AM
yoyo ooo la…  mana ada pregnancy strip boleh detect kandungan baru seminggu…  ke dah makin hebak pregnancy strip zaman la ni…
Quote swimswim 15-5-2022 08:45 AM
Bersyukur la kpd tuhan yg memberi rezeki. Tasik tu xde kuasa pape pun
Quote ezacbee 15-5-2022 10:43 AM
Mitos je.
Quote Perawankota 15-5-2022 09:11 PM
Normabaru replied at 14-5-2022 12:06 PM
Jah sempat berendam x masa melangkawi dulu?

Bilal lahir bulan 1 so made in Langkawi masa work outst ...

Rasa jah tu tak rajin nak jalan sampai ke tasik tu turun naik bukit kan...
Quote ladybugz 15-5-2022 11:50 PM
mende nk jatuhkan syirik kat org pun kena hati2. jgn ikut suka shj. khurafat syirik ni berat hukumnya. ramai org suka share ikhtiar atau cara mereka berusaha. bg saya selagi diorg tak secara jelas mengatakan ianya kuasa dari sekian2 makhluk atau benda ianya bukanla boleh sewenang2 nya dijatuhkan sebagai syirik. ianya lebih kepada mmemberitahu cara ikhtiar yg mereka telah lakukan. seperti, makan panadol sekian2 dapt pulihkan daripada demam. semua sedia maklum bukan panadol tu penyembuh. Allah jualah yg Maha Penyembuh
Quote aechae 16-5-2022 10:05 AM
Iols pegi tasik ni x lalu nk terjun..celup kaki pn tidak dgn air hijau gtu rsa mcm akn gatal2 je badan slps tu… antara tmpt yg menyesal pegi n xkn pergi dh n xkn promot pn kt org suh pegi

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074059 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top