CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sanggup Kurangkan Mas Kahwin, Namun Pengantin Lelaki Tetap 'Lari' Masa Hari Nikah

13-5-2022 02:54 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 574| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, seorang pengantin perempuan di Jawa Timur, Indonesia berdepan detik pahit dalam hidupnya apabila hari perkahwinannya berubah menjadi kelam kerana dia terpaksa berdiri di pelamin tanpa p ...
Sumber: Google Image


Baru-baru ini, seorang pengantin perempuan di Jawa Timur, Indonesia berdepan detik pahit dalam hidupnya apabila hari perkahwinannya berubah menjadi kelam kerana dia terpaksa berdiri di pelamin tanpa pengantin lelaki.

Untuk pengetahuan, kejadian itu berlaku pada 8 Mei 2022 lalu di mana bakal suaminya dikenali sebagai Gandy tidak hadir semasa hari pernikahan mereka walaupun setelah ditunggu dari pagi sehingga ke malam.

Menerusi portal Kompas, pengantin wanita bernama Andi itu mengakui bahawa keluarga mereka terpaksa menanggung malu akibat daripada perbuatan lelaki terbabit.


Hal ini kerana, keluarga wanita itu telah menjemput hampir 1000 tetamu pada majlisnya. Walaupun tidak berkahwin, majlis terpaksa diteruskan dan ibu bapa pengantin lelaki sahaja yang hadir.

Sumber: Google Image

Sehingga kini wanita itu masih mencari di manakah Gandy. Menurut wanita itu, tiga hari sebelum tarikh pernikahan mereka, lelaki itu telah mempertikaikan jumlah mas kahwin mereka yang berjumlah 2 juta rupiah persamaan dengan RM600 dan satu set barang kemas. 

Kata lelaki itu, apa yang diminta olehnya itu agak melampau walhal dia meletakkan jumlah itu sendiri. 

Oleh kerana segala persiapan sudah ada, wanita itu dan keluarganya mengalah dan menurunkannya jumlah itu kepada Rp 200,000 persamaan RM60 dan tanpa barang kemas.

Namun, bakal suaminya itu tetap tidak muncul pada hari pernikahan mereka. Oleh itu, kedua-dua belah keluarga telah bersepakat sama-sama menanggung jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk majlis mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rachel_Green 16-5-2022 03:05 PM
kesiannya..mesti kecewa pengantin pompuan tu..

Brengset loh Gandy.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 08:46 PM GMT+8 , Processed in 3.948453 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top