CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Menikah Sebab Tengok Kawan-Kawan Kita Dah Kahwin

13-5-2022 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1022| Komen: 11

Description: “Kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main kerana anda perlu menggalas pelbagai tanggungjawab.”
“Kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main kerana anda perlu menggalas pelbagai tanggungjawab.”

Demikian antara pesanan yang diberikan seorang wanita menerusi videonya di TikTok mengenai ‘trend’ pasangan muda yang dikatakan seperti terburu-buru ingin berkahwin.

“Jangan menikah sebab tengok kawan-kawan kita dah kahwin dan jangan menikah sebab ikut trend.


Seorang wanita berkongsi pendapatnya mengenai ‘trend’ perkahwinan dalam kalangan pasangan muda.

“Pastikan keputusan untuk bernikah, berkahwin sebab kau dah sedia sepenuhnya, nak segerakan nikah boleh, tapi jangan tergesa-gesa,” katanya.


Tambah wanita tersebut, pastikan segala keperluan sebelum bernikah telah lengkap sepenuhnya dan jangan jadikan pasangan hidup itu sekadar ‘cukup syarat’.

“Asal ada sahaja, kau sebat, kahwin serkap jarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, pesanan wanita tersebut ternyata mendapat persetujuan ramai yang rata-ratanya mempunyai pendapat sama dengannya soal perkahwinan ini.

“Betul itu, jangan terburu-buru kahwin, kalau terikut mulu ‘mak cik bawang’ memang akan main serkap jarang cari pilihan hidup, tak sampai setahun dua kahwin, dah timbul masalah, cerai,” kata seorang pengguna.

“Sekarang ini memang ramai pasangan muda kahwin, tak tahu la apa mereka fikir, memang betul cegah dari maksiat, tapi cukup ka ilmu, duit untuk hidup sebagai keluarga, tak kan masih minta duit ibu bapa tanggung,” kongsi Faizul.

“Memang ramai budak sekarang gelabah nak kahwin, baru umur 20 tahun dah kata tua, semua nak jadi mak bapa muda,” tegur Aishah. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 13-5-2022 04:22 PM
Sbb yg mentah2 tu mudah trperdaya dgn apa yg d siarkn kat media psl khwin, klau yg dh matang, khwin tu sbb mmg dh sdia, bukn nak main2.
Quote white_musk 13-5-2022 05:37 PM
Kadang tu makcik bawang tak tanya pun, sendiri saja yang berfikiran negatif...
Quote Artemesiaa 13-5-2022 06:13 PM
Benarlah seperti yang dinasihatkan tu
Quote ezacbee 14-5-2022 10:43 AM
Aah ada yg jenis taknak gelaran andartu. Sanggup kawen sesapa je. Pastu dah menjanda boleh lak. Title janda lebih baik daripada andartu kot. Xpaham aku.
Quote Talisman 14-5-2022 11:46 AM
kew tak stabil dah cepat2 nak kawen susah le. tambah2 yg x biasa hidup susah
Quote Jitu 14-5-2022 06:33 PM
gideoncross replied at 13-5-2022 04:22 PM
Sbb yg mentah2 tu mudah trperdaya dgn apa yg d siarkn kat media psl khwin, klau yg dh matang, khwin  ...

sy sangat bersetuju
Quote wirazam 14-5-2022 08:03 PM
Terbiasa dgn drama kul 7 kot..muda muda dah kawin..pastu dok rumah serba lengkap double storey..
Quote cmf_jeangrey 15-5-2022 06:27 AM
Masih terbelenggu dgn doktrin org dulu2...pegang la banyak mana awards dan achievement pun...hujung2 kejayaan yg diukur adalah berapa awal umur kau berkahwin dan berapa ramai anak yg boleh dilahirkan..itu blm masuk kena pandai memasak, mengurus rumah, jaga anak, buat kuih, menyumbang ekonomi keluarga, jaga keluarga mertua...culture mcm ni membiakkan lagi ramai lelaki biawak
Quote haifawehbe 16-5-2022 01:23 AM
iols yg 30an pun masih takut nk kawen takut tersalah pilih. tapi bbnu baru 20 dah gelabah nk kawen..  apabenda la..
Quote aechae 16-5-2022 10:02 AM
Nk kawin awal2 pastu kna berusaha lbih nk hidup selesa dh mengeluh…pastu ngata pulak kita yg kawin lmbat dh ckup harta ni… rezeki masing2 kn, ko rezeki jodoh beranak awal, aku rezeki duit lbih xypayah lh nk jeles klu aku menayang gtuuu….
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 05:43 PM
Iol andartu umur 30 hanya mampu tersenyum sinis dengan gegadis bbnu
No, ko enjoy dulu dekkk
Jaga diri jangan lupa
Ramai fboys kat luar tu nak fooki jeee

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:21 PM GMT+8 , Processed in 3.082968 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top