CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Humble Sangat" - Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Semasa Beraya Kampung Mertua

9-5-2022 09:43 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 12362| Komen: 69|Original author: Cinta Erina

Description: Sejak bernikah pada Januari 2020, tahun ini merupakan tahun pertama Elly Mazlein menyambut lebaran di kampung halaman suaminya Mohamad Azlan atau Cikgu Azlan di Kelantan.
Sumber: Tiktok Meqdiksurah


Sejak bernikah pada Januari 2020, tahun ini merupakan tahun pertama Elly Mazlein menyambut lebaran di kampung halaman suaminya Mohamad Azlan atau Cikgu Azlan di Kelantan.

Walaupun sudah lama berada dalam industri seni, pelakon dan pengacara ini tidak kekok untuk berkomunikasi dan melayan keluarga di sebelah suaminya. 

Elly pula terkenal dengan personalitinya yang sangat peramah dan merendah diri, maka tidak hairanlah jika dia disenangi peminat dan orang di sekelilingnya. 


Baru-baru ini, video berkenaan Elly Mazlein dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Meqdiksurah. Menerusi video itu, kelihatan Elly bertandang ke rumah sepupu suaminya. 


Pelakon itu kelihatan sangat manis dan sopan berbaju kurung berwarna kuning dan bersimpuh di atas lantai sambil menikmati juadah hari raya bersama anak perempuannya, iaitu Putri Sara Sefhia. Elly nampak begitu merendah diri dan tidak sombong dengan senyumannya yang manis. 

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Tambah pengguna Tiktok itu, cara Elly membawa diri sangat jauh berbeza dengan dirinya yang nampak begitu meriah dan 'gila-gila' di kaca TV.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Elly Mazlein. Dalam masa yang sama, netizen turut berterima kasih kepada pengguna Tiktok itu kerana sudi menjaga privasi anak sulung Elly. - CARI

Sumber: Tiktok Meqdiksurah


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 9-5-2022 11:01 AM
agak2 siapa artis kekwat...?

elly ni mmg nmpk peramah dia....mudah mesra gitu klu tgk gaya dia la..
Quote meteorspeed 9-5-2022 11:27 AM
Aku teringin nak jadik mcm dia.. Mudah ramah.. Tp aku kalu ramai org mcm nak lari jer.. Introvet whuahhh
Quote zaraaqilah 9-5-2022 11:32 AM
Nampak betul sinar kebahagian dia
Quote lasagna 9-5-2022 11:37 AM
tapi kan dari dulu smp skrg, kak kepom suka tutup muka anak nya ittew, kot ya pun dah besar kan, tunjuk jer laa. adakah anaknya tak comel ke acaner? tak tau camne muka sefhia smp la ni.
Quote Nurul_007 9-5-2022 11:48 AM
lasagna replied at 9-5-2022 11:37 AM
tapi kan dari dulu smp skrg, kak kepom suka tutup muka anak nya ittew, kot ya pun dah besar kan, tun ...

Meols pernah terbaca dia sengaja tak tunjuk sb tak nak ex suami tengok.kalau nak tengok ex tu kena dtg n tengok sendiri anak tu
Quote Suchi 9-5-2022 12:30 PM
Iols ternampak selinganvideo lagu raya oleh alumni GV8.
Nampak mcm Kak kepom ngn nabil jd pengacara tp terkejut tgk mcm slim banyak la.
Lengan dia kecik je pastu dia pakai baju melekap kat badan leper je perut.
Taktaula kalau iols salah org tp mmg nampak dia,dahla pakai baju yg bukan kebiasaan dia pakai.
Tp bila tgk dia kt ig sama je mcm sblm2 ni. Harap iols tak salah org la.
Quote SherryZass 9-5-2022 12:33 PM
lasagna replied at 9-5-2022 03:37 AM
tapi kan dari dulu smp skrg, kak kepom suka tutup muka anak nya ittew, kot ya pun dah besar kan, tun ...

Dulu pernah dia tunjuk gambar anak dia tu, tapi lepas bapak budak tu tak ambik peduli dah, dia tutup semula. Dia tutup sebab tak nak ex tu tengok.
Quote sleepandream 9-5-2022 01:07 PM
balik kg mertua memangla.... lagi pulak first time beraya sana...
kenala behave chuols org baru dlm family...
nanti dah lama sikit keluarla perangai tingtong sheols
Quote MatDeghem 9-5-2022 01:19 PM
lasagna replied at 9-5-2022 11:37 AM
tapi kan dari dulu smp skrg, kak kepom suka tutup muka anak nya ittew, kot ya pun dah besar kan, tun ...














Quote sukacactus 9-5-2022 01:24 PM
meteorspeed replied at 9-5-2022 11:27 AM
Aku teringin nak jadik mcm dia.. Mudah ramah.. Tp aku kalu ramai org mcm nak lari jer.. Introvet whu ...

Same here!
Aku kalau dpn2 org ramai, byk mendengar & senyum je
Quote gekkou 9-5-2022 01:24 PM
cantik dan manis je make up simple dan lepas rambut gtu
respect boleh duduk bersimpuh kain ketat amat sambil makan
kalau aku bersila lebar dah
or lebih suka duduk atas kerusi

semoga kekal bahagia ke akhir hayat
Quote ngek 9-5-2022 01:36 PM
sedangkan Bini retis pun ramai kekwat.
nak layanan tarap vvvip
Quote lasagna 9-5-2022 01:42 PM
Nurul_007 replied at 9-5-2022 11:48 AM
Meols pernah terbaca dia sengaja tak tunjuk sb tak nak ex suami tengok.kalau nak tengok ex tu kena ...

oohhh begitu kaaa? ambooiii ada halangan berpagar ghopenya. baru ler iols tau.
Quote lasagna 9-5-2022 01:43 PM
SherryZass replied at 9-5-2022 12:33 PM
Dulu pernah dia tunjuk gambar anak dia tu, tapi lepas bapak budak tu tak ambik peduli dah, dia tut ...

dahsat juga ek bapak sebegitu, kesian kt anak.. ptt ler kak kepom trpaksa buat satu rules.
Quote Mary_jane 9-5-2022 01:43 PM
Dah kalau sofa pun tak cukup, takkan makan berdiri plak? Kalau dia menyombong, berkunjung rumah sedara level marhaen pun dia tak hingin kot.
Quote lasagna 9-5-2022 01:44 PM

waaaa chomey si sefhia ni.. halahalahala.. kan elok tunjuk jer.. tp persis apak nya juga yaa..
Quote SherryZass 9-5-2022 01:54 PM
lasagna replied at 9-5-2022 05:43 AM
dahsat juga ek bapak sebegitu, kesian kt anak.. ptt ler kak kepom trpaksa buat satu rules.

Entahlah chuolls, padahei yg jadi bekas tu isteri jah bukan anak...
Quote Zaien 9-5-2022 02:09 PM
Nurul_007 replied at 9-5-2022 11:48 AM
Meols pernah terbaca dia sengaja tak tunjuk sb tak nak ex suami tengok.kalau nak tengok ex tu kena ...

ada baca jugak cmni.. x mau tunjuk sbb geram ex hubs sejenis x ambik peduli hal sephia tu...
tu yg x mau dia tunjuk trus muka anak tu..
Quote kechikchomel 9-5-2022 02:18 PM
meteorspeed replied at 9-5-2022 11:27 AM
Aku teringin nak jadik mcm dia.. Mudah ramah.. Tp aku kalu ramai org mcm nak lari jer.. Introvet whu ...

samaaaa!!!! iolss kalau orang tanya sepatah jawab sepatah. kalau org tanya 10 patah pun jawab sepatah

Lihat semua komen(69)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.123271 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top