CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Salam Mawi, Kenapa Tipu Pesakit Kronik Saya? Tak Perlu Tunggang Agama!"

5-5-2022 06:24 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12565| Komen: 56|Original author: LilRose

Description: Penyanyi dan pengarah filem, Mawi menerima teguran daripada pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah.
Kredit foto: IG


Penyanyi dan pengarah filem, Mawi menerima teguran daripada pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah.

Ia berikutan kenyataan dibuat Mawi berhubung keberkesanan mengamalkan jus minuman dalam mengatasi masalah buah pinggang.


Kredit foto: Twitter

"Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit kronik saya? 


"Tak payah nak cerita tentang kenyataan menipu dan menunggang agama!" ciapnya di Twitter.

Dr Rafidah juga mendakwa perbuatan Mawi itu salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956. 

Malah, dia mempersoalkan sama ada golongan artis dan selebriti tidak beretika.


Kredit foto: Twitter

"Kan ada panduan untuk selebriti yang KKM keluarkan. Silalah baca betul-betul. 

"Cukup-cukup menipu orang tua," tegasnya.


Kredit foto: IG

Mawi sebelum ini muncul dalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang didakwa boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain selain menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang mengamalkan jus minuman tersebut berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Apa respons Mawi? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 5-5-2022 07:23 PM
Dr kau marah artis yg promote..yg sah2 hamya jlnkan tugasnya...dia promote pun berdasarkan info yg dia dapat knowing artis ni idoklah cerdik mana..knp x marah je dekat pengeluar or owner syarikat..buat direct complaint to them..cc to kkm ke ppim ke mende.....kau kan cerdik...dr..takkan benda ni x blh fikir...mmg byk iklan2 yg promote kelebihan berlebih2an....sama je produk melayu cina ke india....
Quote umbut 5-5-2022 07:37 PM
Dari zaman af lagi dia dah jadi penunggang.. Tunggang jgn x tunggang.. Baru disayangi acik2.
Quote Nham22 5-5-2022 07:46 PM
Dasarrrrre
Quote slyfynx 5-5-2022 08:29 PM
jas7512 replied at 5-5-2022 07:23 PM
Dr kau marah artis yg promote..yg sah2 hamya jlnkan tugasnya...dia promote pun berdasarkan info yg d ...

Die gune formula kene duri.
Cabut duri je, and x perlu cari dari mana duri tu datang.
Quote Belibis 5-5-2022 08:33 PM
'minum milo,anda jadi sihat dan kuat'..
Salah ke tak salah??
Quote nolya 5-5-2022 08:52 PM
Sebenarnya pengguna harus bijak menanggapi setiap barang yg diiklankan dn jgn mudah terpedaya.  Setiap pemakanan diiklankan begitu bagus dn boleh menyembuh berbagai penyakit, tetapi setiap orang harus sedar ubat atau suplimen yg diwar2kan bukan sesuai untuk semua penyakit bagi semua orang.  Mungkin sesuai untuk si A, tapi jadi alahan untuk si B walaupun penyakitnya sama. Maka jgnlah para pengguna mudah terpengaruh dgn iklan2 yg menggiurkan kerana akibahnya ditanggung sendiri.
Quote nolya 5-5-2022 08:54 PM
Belibis replied at 5-5-2022 08:33 PM
'minum milo,anda jadi sihat dan kuat'..
Salah ke tak salah??



Anak saya minum milo bukan jadi kuat tapi cepat jadi mengantuk. Mcmane tu?
Quote mojarean_X 5-5-2022 09:15 PM
Belibis replied at 5-5-2022 08:33 PM
'minum milo,anda jadi sihat dan kuat'..
Salah ke tak salah??

Haha...itu lobby kuat tu
Quote mojarean_X 5-5-2022 09:16 PM
nolya replied at 5-5-2022 08:54 PM
Anak saya minum milo bukan jadi kuat tapi cepat jadi mengantuk. Mcmane tu?

Milo adalah penipuan terbesar
Quote Raman 5-5-2022 10:41 PM
MILO tak claim boleh rawat penyakit kronik
Quote tobobon 5-5-2022 10:48 PM
slyfynx replied at 5-5-2022 08:29 PM
Die gune formula kene duri.
Cabut duri je, and x perlu cari dari mana duri tu datang.

Hihihi..tak berani nak cari dari mana duri tu datang..silap2 sheols kena saman balik...
Quote MinyakAngin 5-5-2022 11:45 PM
Dulu aku percaya la doktor2 fb ni. Sekarang malas nak percaya 100% sejak sekor doktor ni tak bagi laki aku makan raw habatussauda masa positif covid itu hari. Konon akan rosakkan buah pinggang. Bodoh punya doktor. Apa yg diorg belajar dekat medical school pun tak tau la.
Quote dua_chzy 5-5-2022 11:54 PM
Edited by dua_chzy at 5-5-2022 03:55 PM
MinyakAngin replied at 5-5-2022 03:45 PM
Dulu aku percaya la doktor2 fb ni. Sekarang malas nak percaya 100% sejak sekor doktor ni tak bagi la ...


Doktor yang terlalu ngikut buku, gitulah. Aiol suka doktor yang praktikal. Biasanya doktor2 veteran.
Quote Lagubestbest 6-5-2022 12:28 AM
doktor yang ni bukan jenis semua jenis makanan pun dia highlight bad side. pokok hijau katanya ada potassium takleh dimakan pesakit buah pinggang. tapi maybe dia "defend" pesakit2 dia yang dah kronik kot.. yela kawan tu dah nak go dah pun, lagi mau scam macam2 kat diorang ka?
Quote Buritan 6-5-2022 12:36 AM
MinyakAngin: Dulu aku percaya la doktor2 fb ...

Kannn.. kalo sunnah nabi tuu semua tak elokk.. ubat depa jee yg elok.. gum arabic tuu elok ape.. mmg dia dpt kurangkan beban pd buah pinggang.. tak tau laa depa depa nii.. aku pun naik bosan
Quote Buritan 6-5-2022 12:39 AM
dua_chzy replied at 5-5-2022 11:54 PM
Doktor yang terlalu ngikut buku, gitulah. Aiol suka doktor yang praktikal. Biasanya doktor2 vetera ...

Yep.. aku ade tunjuk minyak habbatus pd sorang dokto tua.. dia ckp ok.. dia ckp mkn sesudu ok srhari.. pas tuu dia ckp jgn mkn sama masa dgn ubat sepital.. ok ape..
Quote Buritan 6-5-2022 12:42 AM
Lagubestbest replied at 6-5-2022 12:28 AM
doktor yang ni bukan jenis semua jenis makanan pun dia highlight bad side. pokok hijau katanya ada p ...

Yep kenkadang seller ni mmg cilakak pung.. cth siriak tuu laa.. ade ke patut herba timbang kilo bangang dia tuy leh cure cancer jabtung buah pinggang semua laa pnyakit..
Quote Jajuli 6-5-2022 03:59 AM
Edited by Jajuli at 6-5-2022 04:06 AM

Kdg ubat pun bukan sama spt diklaim, contoh konon ubat gout makan boleh hilang sakit ketika gout menyerang takdanya berkesan cpt, hanya pil tahan sakit je yg paling mujarab ketika DTG gout ,kalau begitu berkesan sudah pasti klinik berbayar guna je ubat tu , murah pun murah
Quote eyansss 6-5-2022 06:28 AM
Belibis: 'minum milo,anda jadi sihat dan kuat'..Salah ke tak salah??


milo dah tukar tagline kan since kantoi kandungan gula tinggi…  hehehe…

Lihat semua komen(56)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077929 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top