CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ibu Bapa Takut Mat Dan Buat Perangai Lama Balik Kalau Pindah Ke England Semula

15-4-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3988| Komen: 22

Description: Ibu bapa penyampai radio, Mat Dan, 32, tidak menyuruh dia balik dan menetap semula di kampung halamannya di Bristol, England kerana bimbang cara hidupnya berubah.
Ibu bapa penyampai radio, Mat Dan, 32, tidak menyuruh dia balik dan menetap semula di kampung halamannya di Bristol, England kerana bimbang cara hidupnya berubah.


Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, dia sudah menetap di Malaysia sejak berusia 19 tahun lagi.


Foto: IG

"Kalau saya nak balik ke sana (England), saya kena bina hidup semula dari bawah sedangkan kawan-kawan di sana sudah berada di atas.

"Dulu bila cakap saya rindu kampung halaman, ibu bapa suruh saya fikir masak-masak. Mereka kata bukan tak nak saya balik ke sana, tapi mereka nampak perbezaan apabila saya berada di Malaysia berbanding di sana.


"Ini kerana gaya hidup saya di sana sebelum datang ke sini agak tidak menentu juga. Bukanlah jahat tapi tak seberapa dan mereka takut kehidupan saya jadi seperti begitu semula jika kembali ke sana," katanya.



Mat Dan yang ditemui pada majlis berbuka puasa Hot FM dan Molek FM semalam, bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada alasan kukuh lain untuk dia kembali ke England.

"Kita tak tahu, mungkin bila anak saya sudah besar dan dapat bersekolah di sana. Jadi, saya tak boleh kata nak menolaklah," katanya.

Dalam pada itu, Mat Dan bersyukur selepas menyertai stesen radio Molek FM sebagai penyampai sejak awal tahun ini.



Baginya, ia kelegaan terbesar untuknya kerana dia cukup terkesan sewaktu pandemik Covid-19.

"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya kehilangan banyak kerja sampingan dan buntu di rumah. Kalau sebelum ini bujang tak ada masalah, tapi sekarang sudah ada dua anak, mereka perlu saya tanggung.




"Dalam hati saya kata tak boleh jadi begini, kena cari kerja yang stabil dan menjamin. Selama 13 tahun saya berada di Malaysia, inilah pertama kali saya dapat kerja yang betul-betul tetap," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dagusengett 15-4-2022 03:31 PM
Dah dapat PR sini kan so byk je peluang cari kerja
Better than foreign spouse yg on dependent visa huhu
Quote ezacbee 15-4-2022 03:38 PM
Sekali imbas cam sam bunkface
Quote lanse 15-4-2022 03:53 PM
Anak dia yang sulung macam muka william hammington.
Quote lanse 15-4-2022 03:53 PM
Anak dia yang sulung macam muka william hammington.
Quote hashashes 15-4-2022 06:35 PM
Ala x dpt keje tetap pun tak kesah  kan? Dengar2 bini dia anak tokey bot kat pulau tu. Tapi bgs la matdang mu nak cari keje. Takkang nak jadi bewok plok  dop
Quote becir 15-4-2022 08:40 PM
Kawen foreigner camni la..one day dia mesti nak balik negara asal. I know one lady ni dia n laki foreigner dah beli rumah kat sini, ada business kat sini tapi laki dah start sebut2 nak balik negara dia..tapi tak tau kalau pindah sana camne nak survive. I won't be surprised kalau satu hari laki dia up and leave gitu je..
Quote Heydidle 15-4-2022 11:01 PM
becir replied at 15-4-2022 08:40 PM
Kawen foreigner camni la..one day dia mesti nak balik negara asal. I know one lady ni dia n laki for ...

Knp tiba2 terfikir nak balik eh
Selama berbelas tahun dok msia ok ja
Dah kawen wanita lokal, ada anak2, hidup dah establish sini tukar angin pulak.. tapi ye lah diff phase of life diff objektif hidup pulak lah kan.. rezeki ada di mana2
Quote cikrosienona 15-4-2022 11:30 PM
Heydidle replied at 15-4-2022 11:01 PM
Knp tiba2 terfikir nak balik eh
Selama berbelas tahun dok msia ok ja
Dah kawen wanita lokal, ada a ...

tu lah kene pikir panjang nak kawen foreigner...

kena get ready one day pasangan nak balik negara asal dia.

Quote nononcrux 16-4-2022 10:57 AM
suka la matdan ni humble je & family
Quote Miamorrr 17-4-2022 02:40 PM
Heydidle replied at 15-4-2022 11:01 PM
Knp tiba2 terfikir nak balik eh
Selama berbelas tahun dok msia ok ja
Dah kawen wanita lokal, ada a ...

Biasa foreigner uk/us ni mmg ala2 freewill gitu..bila rasa bosan atau life stagnant diorang nak cari arah lain yg fresh pulak, relocate/balik kg sendiri etc. Diorang ada yg jenis taktakut nak start new life kat tmpt baru yg tak pernah sampai pun.
Quote fefeeling 17-4-2022 06:30 PM
dagusengett replied at 15-4-2022 03:31 PM
Dah dapat PR sini kan so byk je peluang cari kerja
Better than foreign spouse yg on dependent visa h ...

Sapa ckp dia dah ada PR? Senang nye dapat? Org lain turun naik imigresen bertahun2 still tak dapat, sebab dia ala retis so dia snang dapat? Tak adil la camni!
Quote fefeeling 17-4-2022 06:38 PM
Heydidle replied at 15-4-2022 11:01 PM
Knp tiba2 terfikir nak balik eh
Selama berbelas tahun dok msia ok ja
Dah kawen wanita lokal, ada a ...

Kadang2 faktor family dia kt sana.. parents sakit ke, passed away ke.. pastu ada harta inheritance yg nak kena uruskan sendiri or dgn adik beradik.. selalunya yg balik habis ni mmg dah setel kt negara ni, and jenis anak2 dah tak duduk dgn diorang so takde responsibility berat sgt nak pikir.. sometimes maybe cam matdan dia nak anak dia masuk skolah kt uk kot lg bagus tapi possibilities anak2 kena buli tinggi.. budak2 sekolah uk ni ramai kaki buli..
Quote dagusengett 17-4-2022 09:49 PM
fefeeling replied at 17-4-2022 06:30 PM
Sapa ckp dia dah ada PR? Senang nye dapat? Org lain turun naik imigresen bertahun2 still tak dapat ...

Ye dia dapat pr
Time zahid hamidi jadi timb pm
Mmg celeb n footballer senang je dapat
Pr ke warganegara ke
Zakir naik pun dpt pr
Jgn harap la kita marhaen ni nak dpt utk spouse kita
Ni dah open border silap2 imigresen suruh balik negara asal taknak bagi sambung dependent pass
Never know so prepare jelah apa yg patut
Quote Nham22 18-4-2022 07:39 AM
UK mmg seronokla nak ddk... Tp klu nk pindah sana.. Sian plak parent mentua tu...
Quote prince_marhaen 18-4-2022 10:12 AM
balik sana nanti jadi average omputih je, wajah pun biaser2 je, job susah, kalau kat sini disanjung-sanjung hanya sebab pandai cakap melayu, ada loghat pata timor pulak tu...mana tak berair mek mek ngan makwe makwe pata timo... hanya sebab dia omputih kan... Melayu pandai English berhabuk pun orang tak pandang sangat kan, siap perli-perli poyo lagi, unless kau pan-asian.
Quote black_handbag 18-4-2022 10:30 AM
comel2 anak dia. nasib baik ngikut muka mat dan.. wife dia iras yuna sikit2
Quote faraway1 18-4-2022 09:34 PM
sebab malaysia glamer, semua orang cam wow...

balik negara sendiri cam sapa anda? plus lama tinggalkan negara kan.. nak cari kerja baru itu ini..

cam me dah duduk kat canada ni 17 tahun, kalau pikir balik malaysia nak start balik dari bawah cam emmm memang susah nak buat walaupun negara sendiri...
Quote masnona 20-4-2022 01:10 PM
Kt msia org tempatan, sanjung2 org luar. So sng dpt peluang keje.
Quote Heydidle 20-4-2022 04:57 PM
Siapa isteri matdan? Low profile sungguh which is bagus lah

Lihat semua komen(22)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.180322 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top